Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Isu ini kini menjadi semakin hangat dibincangkan oleh pelbagai masyarakat umumnya Di Malaysia. Kenapa terjadi sedemikian?
Ini kerana pihak dari akhbar mingguan The Herald Catholic Weekly yang menjadi suara penganut kritian ingin meminta kebenaran untuk menggunakan nama Allah bagi sebutan Tuhannya.
Bagi saya, ini sangat mencabar tahap pemikiran samada perkara ini boleh diterima ataupun tidak.
Pada pandangan saya, perkara ini tidak perlu diberikan kebenaran dan terlalu berlembut dalam isu ini. Kerajaan perlu memainkan peranan yang sangat penting disamping mengambil kira suara rakyat terutamanya masyarakat Islam. Islam telah menjadi agama rasmi Malaysia dan telah diistiharkan negara sebagai sebuah negara Islam. Kini slogan perdana menteri kita dilancarkan "Rakyat Didahulukan, pencapaian diutamakan". Slogan ini telah memberi kelegaan pada seluruh rakyat Malaysia sejak Dato' Seri Najib mula mengambil alih tampuk kepimpinan Malaysia.
Oleh itu, suara rakyat dalam isu penggunaan Nama Allah dalam sebutan Tuhan Kristian adalah tidak wajar berlaku. Nama Allah kebiasaan hanya untuk umat Islam. Bagi agama Kristian ia adalah God, Jesus atau Lord.
Bagi saya sesiapa pun boleh menggunakan nama Allah sebagai hamba Ciptaannya.Hanya Allah sahajalah satu2nya yang menciptakan alam dan makhluk didunia dan luar dunia sana. Akan tetapi bagi orang yang tidak mengakui Allah itu satu dan tiada Tuhan selain Allah, Nabi Muhammad itu pesuruh Allah, mereka tidak mengakuinya Allah itu sebagai Tuhan mereka kerana kejahilan mereka dalam kepercayaan.
Saya sangat bimbang andai kata jika Kita membenarkan mereka menggunakan Nama Allah, mereka hanya menjadikan Nama Allah sebagai permainan mereka dan pengujian mereka bagi mengelirukan umat Islam seluruhnya.
Juga jika kita membenarkan, maka mereka mungkin akan mencipta suatu ayat pesong dan menghebohkan ayat pesong tersebut sebagai sebutan dari Allah. Oleh sebab ini ia boleh menyebabkan kita menjadi kufur. Sedangkan kita hanya berpandukan dari Al-Quran dan Al-Hadis sahaja sebagai panduan kita. Hanya Al-Quran sebagai kalam Allah yang boleh kita percayai.
Oleh itu,jelaslah bahawa tidak boleh sama sekali membenarkan mereka menggunakan nama Allah dalam penulisan dan sebutan mereka. Nama yang sangat suci yang perlu kita jaga sebagai umat Nabi Muhammad dan Hamba Allah.
Dalam kitab Injil mereka cukuplah dengan menamakan tuhan mereka sebagai God,Jesus dan Lord. Persoalannya kenapa mereka mahu menambahkan lagi nama Allah sbg nama Tuhan mereka? Adakah ini kerana tujuan untuk mengelirukan ayat-ayat nyata Allah dalam Al-Quran bertujuan untuk merosakkan kepercayaan hakiki kita umat Islam? Perkara sebegini sepatutnya perlu sentiasa bermain di fikiran kita sebagai Hamba Allah yang membela kesucian agama.
Demi agama, marilah kita sama-sama menyuarakan apa yang sepatutnya tidak berlaku. Undang-undang dalam negara tidak boleh terburu-buru memberi keputusan yang muktamad. Sedangkan ramai rakyat yang masih menjadi tanda tanya. Diharapkan kepimpinan Malaysia mengambil keputusan yang lebih bijak demi agama,bangsa dan negara yang tercinta ini.
Jangan biarkan maruah Islam tercalar.
2 comments:
Jadi yg kat arab tu mcm ner erk?
kan diorang yg xtian tu dah lamer dah guna nama allah.atau masyarakat kiter ni jer yg otak sempit?
Kenpa isu ini dibangkitkan masa skrg? Sedangkan penggunaannya dah digunakan sejak 50 tahun yg lalu.
Post a Comment