Showing posts with label video. Show all posts
Showing posts with label video. Show all posts

Tuesday, September 13, 2016

Viral Ustaz Cilik - Anok Dokleh Derhaka ke Mokk

Dikatakan baharu menceah umur 6 Tahun dan senang dipanggil Ustaz Ipang, tetapi sudah petah bercakap dan menjadi pendakwah cilik yang melarang kita derhaka ke mok dan satu lagi video jangan derhaka ke suami.

Image result for ustaz ipang

jom layan ketiga-tiga video ini yang kini telah menjadi viral di media sosial..
Muhasabah diri kita...







sumber : youtube


Wednesday, December 23, 2015

Video : Setahun Memperingati Banjir Besar Kelantan - Manek Urai

BANJIR MANEK URAIGENAP SETAHUN BANJIR MANEK URAI#segardiingatan#abadikantragedi#share Kredit to : Wan Valuer
Posted by I Love Kuala Krai on Tuesday, December 22, 2015

Friday, June 5, 2015

Video Menakutkan, Gempa Bumi di Ranau, Sabah 7.15 Pagi Tadi Sehingga 6.0 Skala Richter

Masya Allah,  apakah bumi Malaysia kita ini masih selamat dari bencana gempa bumi? Apapun kuasa Allah mengatasi segalanya. Telah berlaku gempa bumi pada pagi tadi dalam jam 7.15 pagi 5 Jun 2015 (Jumaat).

Kejadian tersebut telah menyebabkan banyak harta benda rosak dan sangat menakutkan bagi penduduk yang berada di Ranau.




Semoga kita sentiasa menginsafi diri..

Saksikan video-video yang menceritakan akan hal kejadian tersebut:

Wednesday, February 4, 2015

Video Tragis, Kejadian Berlaku Pagi Tadi, Kapal Terbang Tran Asia Terhempas

Kita Baharu sahaja digemparkan dengan tragedi Pesawat Air Asia terhempas di Lautan Indonesia dan mengorbankan kesemua nyawa. Sebentar tadi kita dikejutkan pula Pesawat Domestik Tran Asia milik Taiwan dengan Kod ATR-72 dikatakan terhempas dikawasan Sungai Keelung Bandar Taiwan dan dikatakan telah mengorbankan seramai 8 orang setakat ini.



Pesawat tersebut yang membawa 58 Orang penumpang masih lagi ada yang terperangkap dan mendapat kecederaan serius.

Video yang sempat dirakam oleh salah seorang pengguna jalan raya ini amat mengejutkan orang ramai seluruh dunia.



Dan selang beberapa kereta perakam dibelakangnya:

Friday, December 12, 2014

Satu Lagi Video Terungkai, Tsunami Jepun Yang Mungkin Belum Dilihat Ramai

Tiada siapa yang boleh menandingi kuasa Allah s.w.t.. Allah menguji perkara seperti ini amatlah kecil bg Allah, akan tetapi ia boleh menggentarkan tubuh badan manusia apabila melihat kejadian aneh ini. Waktu inilah baru manusia benar-benar mahu bertaubat dan sentiasa ingatkan tuhan. Segala harta kekayaan yang dicari didunia, dilupakan terus ketika ini.

Jika Allah hendakan sesuatu kejadian itu terjadi.. maka jadilah ianya ketika itu, tidak pula terlalu pantas dan tidak pula lambat.


Walaupun kejadian dalam video ini telah lama berlaku, maka apa salahnya kita jadikan ia sebagai iktibar.. Video dibawah ini

Tuesday, August 19, 2014

Video: Konvoi Permotoran PDRM Terbesar Malaysia

Nah, hebat kan?



Sekali dengar siren dan hornnya tu syok ja dengar. rasa nak sertai jugak dlm konvoi tu. Ada sesiapa boleh kira tak berapa jumlah motor tersebut dari awal sampai akhir video ini:

Friday, July 18, 2014

Iklan Hari Raya PETRONAS 2014, Lain Dari Yang Lain.

Sebelum ini Iklan Petronas 2013 memberi gaya seorang makcik menjahit baju raya.

Kali ini agak unik iklan Petronas pada 2014. Yang mana ia mempamerkan Iklan secara senyap, hanya kedengaran lagu hari raya sahaja. Lakonan ini mengimbau kembali kita di zaman kanak-kanak sehingga kita dewasa.

Boleh tahan best video ini. Jom saksikan:




Thursday, July 17, 2014

Video Kiki Kamarudin Sudah Berbaik Semula Dengan Uncle Sim

Kes pergeseran kereta dan pergaduhan yang menjadi Viral dan hangat diperkatakan rakyat Malaysia kini telah menjadi cool kembali apabila siaran Anjuran Radio Era ini menjadi bukti yang mereka berdua sudahpun berbaik semula.



Video di bawah telah pun membuktikan yang Kiki sudahpun Berbaik semula dan saling bermaafan antara satu sama lain:

Monday, June 30, 2014

Video Peragut Dibelasah Orang Ramai

Kejadian yang berlaku di Lebuhraya DUKE ni sangat menyedihkan apabila seorang makcik telah diragut dan muka makcik ditoreh dengan pisau. Walaubagaimanapun perbuatan jahat peragut tersebut dapat dikepung oleh orang ramai yang berdekatan dan sekaligus peragut ni serta merta kena balun dan dipukul orang ramai sebelum dihantar ke pihak Polis.


Saksikan video tragis ini:

Wednesday, June 11, 2014

Perghh!! Dasyat Giler Video Iklan Dari Nike Ni Sempena Piala Dunia 2014

Hebat dan canggih animasi yang direka khas dari syarikat terkenal NIKE. Terpegun jugak aku tengok video ini yang berdurasi selama 5.28 minit.

Video ini melibatkan animasi bintang bola sepak seperti Neymar, Zlatan Ibrahimovic, Wayne Rooney, Iniesta, Ronaldo, Frank Ribery,


Jom kita saksikan video di bawah ini dan selamat tak tidur malam semua yang kaki bola. Tapi jangan lupa solat subuh dahla ye. :)hahaha:

Thursday, June 5, 2014

Video CCTV Rakam Hantu Jual Surat Khabar Di Kuala Lumpur

Mungkin korang rasa video ni adalah editor kan? Tapi video yang dikatakan dirakam pada 29 April 2014 ini dikuatkan dengan pembeli(orang awam) yang membeli surat khabar dengan hantu tersebut. Apabila dirasakan lain macam pada akhbarnya, pembeli tersebut berpatah balik dan didapati penjual surat khabar tersebut telah hilang dan tiada ditempat asal.


Apapun jom lihat video pelik ini. Cuba korang fokus pada pembeli dan penjual surat khabar tersebut:

Wednesday, June 4, 2014

Punca Kenapa Bandar Kuantan Dibanjiri Rama-Rama

Sejak dua minggu lalu, hari ke hari berlarutan fenomena Kupu-Kupu atau Rama-rama membanjiri seluruh bandar Kuantan, Pahang termasuk kedatangan banyak rama-rama ketika perlawanan bola sepak di stadium Darul Makmur baru-baru ini. Dengan kejadian pelik ini ramai yang memberi andaian dan pendapat, dan ini yang dapat tahu dari komen2 orang ramai tentang ini di Facebook. Antaranya:

Ada setengah pihak mengatakan kebanjiran rama-rama ini adalah disebabkan ketarikan cahaya lampu waktu malam yang dianggap pelindung bagi rama-rama apabila berada ditempat cerah. Persoalannya kenapa sebelum ini tak pernah plak berlaku sebegini rupa?


Kata Profesor dari Pusat Pengajian Sains Kaji Hayat, USM. Profesor Che Salmah Mat Rawi pula ia adalah akibat

Thursday, May 29, 2014

Video Perogol kena sebat Dikhalayak Ramai Di Tumpat.

Nah, amik ko rasakan.. itulah luahan seorang hati ibu yang memberi denda kepada perogol anaknya yang berusia 12 tahun. Kejadian ini berlaku di Pantai Seri Tujuh, Tumpat, Kelantan.


Keluarga mangsa berjaya mencari lelaki tersebut lalu diikatnya dan di lorohkan seluar untuk memberi laluan kepada ibu mangsa supaya dihukum sebat.

Jom saksikan pula video perogol ini kena sebat:

Friday, May 9, 2014

[Video] Sejadah Solat Sendiri Kerana Pentingkan Program TV

Berlaku di Tanah Arab yang mana dikatakan seorang wanita yang tengah-tengah solat tiba-tiba jer hentikan solatnya yang belum habis untuk melihat siaran program TV yang diminatinya.

Dan apabila program TV nya tamat, wanita ini ingin menyambung solatnya tadi, apa yang mengejutkan wanita ini, ianya tergamam dan terkejut kerana dilihat sejadahnya berdiri dan seolah2 ia sedang melakukan solat. Sehinggalah wanita tadi Histeria.


Kemudian sanak saudara dan jiran-jiran sempat datang kerumahnya untuk mengambil gambar dan video kerana kejadian pelik ini jarang-jarang dijumpai didunia..

Saksikan video ini:

Saturday, February 15, 2014

Kereta Canggih Masuk Parking Sendiri. Tak Payah Kawal

Ini bukan nak tolong promote atau tidak, cuma nak share dengan korang yang mana telah ada kereta yang menggunakan sistem parking sendiri. Dunia yang semakin canggih ini membuatkan semakin ramai manusia mengejar penciptaan yang semakin memudahkan pengguna terutama dari segi penggunaan kereta ini.


Sistem parking ini mungkin boleh diserapkan ke kereta buatan Malaysia (Proton & Perodua) suatu masa nanti kerana ia telah mula dilancarkan oleh kereta Eropah. Sistem ini dinamakan Smart Park Assist System.

Tak Percaya? jom saksikan video ini:




Tuesday, January 21, 2014

Video Curi Barangan Dalam Kereta Tak Sampai 30 Saat

Sekadar peringatan buat kita semua, jangan sesekali meninggalkan apa-apa barangan yang berharga dalam kereta kerana padahnya bila ia jadi sebegini.

Satu Kejadian ini telah berlaku di Semabok Perdana, Melaka. Pencuri ni telah mencuri barangan tersebut tidak sampai pun 30 saat. Bayangkan macamana.. Tapi tiba masanya "sepandai-pandai tupai melompat akhirnya ada juga yang jatuh ke tanah".


Jom saksikan adengan yang boleh menjadi peringatan kita semua:

Tuesday, December 17, 2013

Beberapa Orang Masuk Islam Setelah Melihat Video Ini

Video baharu ini adalah satu video yang sangat mencuit hati sesiapa pun yang melihatnya. Ada yang mengatakan telah seramai 37 orang telah masuk Islam setelah melihat video ini. Walaubagaimanapun itu bukanlah satu target bagi video ini, yang penting dakwah dari video ini membuka hati dan minda semua orang.

Islam adalah pembawa rahmat dari asal kehidupan manusia yang jahil sehinggalah kedatangan Nabi Muhammad S.A.W datang untuk

Friday, November 29, 2013

Rakaman Suara Dari Langit Yang Mengemparkan

Gementar tubuh badan apabila mendengar rakaman suara yang dikatakan datang dari langit. Mungkin orang yang melalui situasi sebegini lagi merasai ketakutannya. MasyaAllah..


Mari kita sama-sama saksikan dan dengar bunyian yang sangat menakutkan ini yang dirakam di beberapa kawasan di negara Eropah, Kanada pada 29 Ogos 2013 yang lalu :

Wednesday, November 20, 2013

Kisah Kehidupan Al-Syahid Ahmad Ammar. Al-Fatihah

APABILA AHMAD AMMAR BERTEMU BIDADARINYA....

Pemuda berusia 20 tahun, Ahmad Ammar bin Ahmad Azam yang merupakan penuntut jurusan Sejarah di Universiti Marmara, Turki kembali ke rahmatullah bertemu dengan Rabbul Jalal pada 2 November lalu di sana.....

Keistimewaan anak muda bernama Ammar ini, dapat dilihat selepas dia pergi. Antaranya, Allahyarham disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan menghadap Laut Golden Horn, Turki.

Tanah perkuburan ini menempatkan lebih 60 jasad para sahabat nabi, termasuk sahabat Nabi, Abu Ayub Al-Ansari r.a., para-para auliya’, panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan di sana.Namun Datuk Bandar telah memberi pengecualian kepada Ammar hingga allahyarham menjadi orang Malaysia pertama disemadikan di sini.


Malah begitu ramai orang termasuk masyarakat setempat selain rakan satu universiti yang hadir ketika allahyarham disolatkan di Masjid Ayub Sultan, Istanbul seterusnya mengiringi jenazah Ammar ke kubur. Subhanallah!! Berebut-rebut orang ramai untuk menjadi sebahagian orang yang mengusung keranda allahyarham.....Lihat video ucapan imam disana.....ramai yang tersentuh dan mengalirkan airmata......Sedangkan Ammar, hanyalah salah seorang penuntut dari Malaysia yang berada di sana.

Bagaimanapun satu yang pasti, Ammar sememangnya pernah meluahkan hasrat keinginan mati syahid.Cuma untuk mati syahid seseorang itu tidak semestinya

Saturday, November 16, 2013

Video Kemusnahan Filipina Dalam Taufan Haiyan

Sejarah Dunia tercatat kembali dalam bencana alam paling teruk selepas bencana Tsunami yang melanda Jepun pada 11.3.2011. percaya atau tidak, Taufan Haiyan ini adalah terkuat didunia iaitu mampu mencapai kelajuan angin sebanyak 380 kilometer sejam, bayangkan kelajuan tersebut.

                                                 Photograph: Aaron Favila/AP

Kejadian yang bermula pada 4.40 pagi pada 8 November 2013 lalu telah menyebabkan kematian yang cukup ramai iaitu dianggarkan seramai 10,000 orang pada permulaan berita. Walaubagaimanapun, laporan berita dari Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang lebih tepat mengatakan seramai 4,460 telah terkorban dalam bencana ini. Lapor berita dari http://www.mstar.com.my semalam.

Bawah adalah beberapa Video yang Tragis yang boleh kita saksikan :



Lagi Video bencana Taufan Haiyan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Ping site Hypersmash.com