Wednesday, June 4, 2014

Punca Kenapa Bandar Kuantan Dibanjiri Rama-Rama

Sejak dua minggu lalu, hari ke hari berlarutan fenomena Kupu-Kupu atau Rama-rama membanjiri seluruh bandar Kuantan, Pahang termasuk kedatangan banyak rama-rama ketika perlawanan bola sepak di stadium Darul Makmur baru-baru ini. Dengan kejadian pelik ini ramai yang memberi andaian dan pendapat, dan ini yang dapat tahu dari komen2 orang ramai tentang ini di Facebook. Antaranya:

Ada setengah pihak mengatakan kebanjiran rama-rama ini adalah disebabkan ketarikan cahaya lampu waktu malam yang dianggap pelindung bagi rama-rama apabila berada ditempat cerah. Persoalannya kenapa sebelum ini tak pernah plak berlaku sebegini rupa?


Kata Profesor dari Pusat Pengajian Sains Kaji Hayat, USM. Profesor Che Salmah Mat Rawi pula ia adalah akibat
perubahan cuaca yang sedang berlaku kini. Persoalannya perubahan cuaca kepada apa? adakah salji bakal turun di Malaysia atau kerana kedatangan fenomena El-Nino  yang hangat diperkatakan kini?


Ada juga yang mengatakan kiamat bakal berlaku.

Ada yang kata satu bencana besar akan berlaku.

Ada yang kata ada orang nak datang ke rumah.

(sumber photo : fb Anak Mersing)

Ada yang kata MH370 akan kembali.

Ada yang kata disebabkan tanda kesedihan sekembalinya ke rahmatullah Sultan Azlan Shah.

Ada yang kata kerana ia tanda kegembiraan apabila Bulan Ramadhan hendak datang.

Ada yang cakap musim rama-rama menetas.


Ada yang cakap musim perpindahan rama-rama.

Ada yang cakap ribut nak datang.

Foto

Ada yang cakap ia umpama petunjuk yang sama ketika Tsunami datang melanda yang mana ikan-ikan semua naik ke darat. Dan ada haiwan-haiwan naik ke tempat tinggi sebelum berlakunya Tsunami yang manusia belum ketahui kedatangan bencana tersebut.

Dan dibawah adalah video yang menunjukkan kedatangan ribuan rama-rama yang membanjiri sesuatu tempat oleh NTV7:


Apapun andaian manusia, mungkin ada yang betul dan mungkin ada yang tak betul. Jawapan yang sebetulnya adalah berbalik sahaja kita kepada kekuasaan Allah S.W.T. Yang lebih tepat mungkin ini adalah tanda satu amaran dari Allah untuk meminta manusia berfikir tentang pencipta makhluk yang tidak dapat dilakukan oleh manusia. Dan juga yang pasti setiap kejadian yang berlaku pasti ada hikmah yang tersembunyi yang tidak diketahui oleh kita.

Sentiasalah muhasabah diri dan tempuhi setiap ujian yang bakal berlaku.

sumber: ntv7,myMetro,Kosmo,anak mersing


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Ping site Hypersmash.com