Showing posts with label Sejarah. Show all posts
Showing posts with label Sejarah. Show all posts

Tuesday, September 2, 2014

[Gambar] Penemuan Terbaru Kerajaan Firaun Tengelam Di Dasar Laut

Benarlah apa yang Disebutkan di dalam Al-Quran :

"(Keadaan mereka) serupa dengan keadaan Fir’aun dan pengikut-pengikutnya serta orang-orang yang sebelumnya. Mereka mendustakan ayat-ayat Tuhannya maka Kami membinasakan mereka disebabkan dosa-dosanya dan Kami tenggelamkan Fir’aun dan pengikut-pengikutnya; dan kesemuanya adalah orang-orang yang zalim.” (QS. Al Anfaal, 8: 54).

Ianya telah ditemui apabila sekumpulan arkeologi yang diketuai oleh seorang ahli arkeologi marin Perancis Franck Goddio terjumpa beberapa peninggalan. Ia membawa mereka kepada salah satu penemuan terbesar dalam abad ke-21, iaitu bandar dalam air ini.

Penemuan itu berlaku apabila Goddio berusaha mencari kapal perang Napoleon dari 1798 Battle of the Nile, apabila dia telah dikalahkan oleh Nelson pada ketika itu, dan ianya telah membawa kepada penemuan ini. Pasukan Goddio telah disertai oleh Pusat Oxford bagi Maritim Arkeologi dan Jabatan Antikuiti Mesir telah menghasilkan pelbagai penemuan ini.

Di antara penemuannya adalah seperti patung dewa Hapi, patung granit merah ratu Ptolemy,dulang emas, Patung gangsa daripada dinasti ke-26 Firaun,

Satu Lampu Purba dan berbagai penemuan lagi. Penyelidik juga telah mendedahkan pelbagai artifak keagamaan di bandar tenggelam itu, termasuk ukiran batu 16 kaki dianggap telah menghiasi kuil pusat bandar dan sarcophagi batu kapur yang dipercayai mengandungi haiwan mumia.

Masya Allah!!



Gambar seterusnya...

Koleksi Logo-Logo Kemerdekaan Negara Malaysia Sejak 1976

Sekadar kenang-kenangan dan simpanan koleksi logo-logo ni sebab dari kecil lagi teringat-ingat juga melihat logo kemerdekaan negara dari tahun ke tahun.

Koleksi ini bermula sejak penubuhan awal logo untuk kemerdekaan negara bermula dari tahun 1976 sehingga kini 2014:


Tema Bagi Tahun 2014

"Di sini, Lahirnya Sebuah Cinta"

sumber: malaysiancoin


Monday, August 25, 2014

Gambar Tun Dr. Mahathir Dan Teman Wanitanya pada 1940 an

Sekadar kenang-kenangan Tokoh Wira Negara di zaman remajanya. Artikel ini juga adalah bersempena hari Kemerdekaan Negara yang ke 57. Merdeka!!! Merdeka!!! Merdeka!!!


Masa ni Tun Mahathir (Bekas Perdana Menteri ke-Empat Malaysia) baru selesai menyambut Konvokesyen bersama teman wanitanya yang kini bergelar isteri Tun Dr Siti Hasmah pada tahun 1940 an.

Dan di bawah adalah satu video berdurasi 10.52 minit mengisahkan perjalanan Tun Dr. Mahathir sepanjang karieernya sebagai pemimpin tertinggi negara. Jom saksikan:

Thursday, September 5, 2013

Sejarah Ringkas Mat Kilau Yang Mungkin Tidak Diketahui Umum.

SEJARAH PERJUANGAN MAT KILAU

Mat Kilau dilahirkan pada tahun 1865 di Kampung Masjid, Pulau Tawar, Jerantut, Pahang Darul Makmur. Bapanya bernama Imam Rasul atau gelarannya Tok Gajah, seorang pembesar Pahang.

Ibunya bernama Mahda binti Tok Kaut Burau. Dari kecil beliau telah pandai membaca al-Quran, berzanji, berdikir maulud dan berdikir rebana yang dikenali sebagai ‘Dikir Pahang’.

Hobi beliau ialah bermain gasing dan berlaga buah keras, sejenis permainan tradisional yang telah pupus.

Beliau sentiasa menjadi juara di kampungnya. Ketika berusia 20 tahun, Mat Kilau berkahwin dengan Yang Chik binti Imam Daud dari Kampung Kedondong dan dianugerahkan tiga orang cahaya mata.


Mat Kilau belajar silat, menuntut ilmu kebatinan dan seni mempertahankan diri serta bermain senjata seperti keris, tombak dan parang daripada ayahnya, Tok Gajah. Beliau menuntut ilmu agama daripada

Monday, December 31, 2012

Gambar Bandar Kota Bharu DULU dan KINI

Pasti sejarah ini tidak akan dilupakan. Kekadang bila melihat gambar2 ini zaman sungguh cepat berlalu juga kekadang kita dapat rasa teringin nak sampai ke tahun yang lalu untuk merasai keindahan alam yang menghijau seperti dahulu.

Sebagai pengubat rindu buat kita semua:

(klik pada gambar untuk besarkan)

Friday, December 28, 2012

Wong Fei Hung Sebenarnya Seorang Islam

Wong Fei Hung (Faisal Hussein Wong) ternyata muslim dan ia adalah ulama yang jaguh kungfu dan juga seorang tabib.

Tuesday, August 7, 2012

Sumber Asal Gambar Agong Pada Duit Malaysia

Kita selalu lihat pada wang kertas (RM) dengan nilainya tetapi perasan atau tidak sebenarnya Gambar Yang di Pertuan Agong pertama adalah simbol diraja dan kekuatan negara yang berdaulat. Yang di-Pertuan Agong Pertama Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman Ibni Al-Marhum Tuanku Muhammad (24 Ogos 1895 - 1 April 1960) dipilih dan dicetak sejak dahulu hingga kini pada wang kertas Ringgit Malaysia.

Tuesday, July 17, 2012

Iklan Kapal Haji Di Kotak Mancis 1977

Mungkin ada yang masih ingat lagi benda ni kot.. :)

 Laluan atau Map Kapal Haji suatu ketika dulu...

Friday, September 23, 2011

Sejarah Pertandingan Cipta Bendera Malaysia

Yap, Pertandingan mencipta bendera Malaysia pernah diadakan di negara ini pada tahun 1949. Nak tahu bagaimana bentuk2 yang pernah dipertandingkan? Memang banyak yang sertai, tetapi 3 bentuk inilah yang masuk final.

(klik gambar untuk besarkan)
Sekadar kenangan dari sejarah....

Sumber : Emel seorang pensyarah

Tuesday, September 21, 2010

Pembunuhan ke atas orang Islam. MasyaAllah...

Apa benarkah video ini?

Dikatakan Rakaman ini berlaku pada 18 dan 20 januari tahun 1964 ke atas orang kulit Hitam Arab kepulauan Zanzibar ( Orang Islam) yang terletak di selatan benua Afrika.

Kekejaman ini dikatakan akibat pembubaran oleh kerajaan Omani (Tentera Salib).
Dalam masa 2 hari, pembunuhan seramai lebih 20,000 dilakukan dengan kejam. Mayat orang-orang islam bergelimpangan begitu sahaja. Mereka Syahid di medan peperangan. Masya Allah, begitu keji mereka yang lakukan kekejaman ini.

Mari kita sama2 saksikan video yang penuh dengan tragis ini.



Semoga Allah menempatkan mereka (orang Islam) yang mati ini ke dalam syurga. Amin...

(update)
Aku cuba cari dalam google maps dimana kepulauan zanzibar ini, dan aku dapati ia berhampiran dengan negara Tanzania, Afrika. Di bawah ini lokasi pulau Zanzibar (bertanda A) yang dikatakan dalam video ini :

Ya Allah ya Tuhanku, tempatkanlah mereka yang sengsara ini dikalangan orang-orang beriman dan beramal soleh. Amin.

Wednesday, July 28, 2010

Hitler (NAZI)....Samaada baik atau jahat.

Tidak dijangkakan yg mana terdapat bukti-bukti dan gambar-gambar yang mengatakan bahawa tentera yang dipimpin oleh seorang tokoh perang dunia(Hitler) pernah dipengaruhi oleh kemuliaan Islam.

Disebabkan itu kaum yg dilaknat Allah iaitu Yahudi diserang dan dibunuh oleh hitler kerana dianggap kaum ini akan merosakkan bangsa lain. Di bawah adalah gambar-gambar yg menunjukkan bahawa Hitler tidak memusihi Islam dan telah menjadi rujukan kepada Hitler dan mengakui kebenaran yg dibawa Agama Islam.




Tentera-tentera Hitler sedang solat berjamaah sebelum berperang.




Hitler sering menghubungi mufti al-Quds dalam siasah ketenteraan. Hitler tidak pernah minum arak. Kenapakah Hitler sangat benci kepada Yahudi? Sebab beliau yakin Yahudi akan memusnahkan bangsa manusia apabila mereka bersekutu dengan British, Amerika dan Perancis. Sejarah buruk Hitler yang dibaca di Malaysia ditulis oleh British. Wajah buruk tersebut sama seperti British menyatakan DR Burhanuddin Hilmi komunis di Tanah Melayu.
Siapakah sebenarnya Hitler?




Sumber : emel dihantar oleh seorang pensyarah.

Wednesday, February 24, 2010

Salam Maulidur Rasul 2010



Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul. Hari yang penuh dengan sejarah kelahiran Nabi Muhammad S.A.W yang akan disambut pada hari Jumaat (26 Februari 2010) bersamaan 12 Rabiulawal 1431H. Tema untuk tahun ini adalah "Memantap Ukhuwah Memperkasa Ummah".


Sama-sama kita hayati ketika zaman kelahiran Nabi Muhammad S.A.W....

Sebelum kelahiran Rasulullah, Zaman Jahiliah yang juga dianggap sebagai zaman kebodohan berlaku dengan kekejaman dan ketidakadilan juga penghinaan dan kemaksiatan berleluasa di Tanah Mekah. Anak-anak perempuan ditanam hidup-hidup,jarak kemiskinan dan kekayaan makin jauh menyebabkan orang miskin terus jadi miskin,dan orang kaya terus menerus tamak mencari harta kekayaan. Pada zaman ini mereka menyembah berhala yang dibina mereka sendiri yg tidak dapat berbuat apapun kerana tidak percaya lagi dengan ketuhanan Allah S.W.T.

Pada tahun kelahiran Nabi, mengukir sejarah dan peringatan yang mana datangnya tentera Abrahah mahu menyerang Kaabah yang begitu cemburu dengan kemajuan di Mekah. Akan tetapi tentera mereka kalah dengan perlindungan dari Allah yang menghantar burung Ababil yang membawa batu dari neraka untuk menghancurkan tentera jahat Abrahah yang akhirnya mereka tumpas seperti dedaun kayu yang dimakan ulat. Dengan peristiwa ini,maka tahun tersebut diberi nama tahun Gajah.

Begitu juga dengan peristiwa lain sewaktu kelahiran Rasulullah iaitu Api yang menyala beribu-ribu tahun yang menjadi tempat penyembahan kaum Majusi tiba-tiba padam.
Begitu menakjubkan dan mulia ketika kelahiran Nabi Muhammad, Baginda dilahirkan di Mekah dari kaum Bani Hashim. Baginda menjadi anak yatim dalam usia 7 bulan kerana kematian ayahanda Abdullah Bin Abdul Mutalib.

Beliau diasuh oleh Ibunya Aminah Binti Wahab dan diberikan dan disusui oleh Siti Halimatu Saadiah kerana kerisauan dengan penyakit berjangkit di Kota Mekah pd ketika itu, Pada asalnya Halimah tidak mahu menyusui anak yatim, akan tetapi tanda Kenabian yang ada menyenangkan hati Halimah untuk menyusui Nabi. Semasa Saad Halimah menjaganya, Allah memurahkan rezeki kepada mereka,Kambing2 ternakan banyak menghasilkan susu.

Setelah selama 2 tahun diasuh oleh Halimatu Saadiah,ketika Nabi bermain-main dengan anak-anak Halimahtu Saadiah, Baginda didatangi oleh dua orang pemuda yang berpakaian putih iaitu Malaikat diutuskan Allah untuk membedah dada Nabi Muhammad untuk membersih dan menanam kemuliaan. Peristiwa ini tidak diketahui oleh Halimah yang mendapat aduan dari anak-anak mereka akan hal itu. Halimah terus memeriksa badan Nabi akan tetapi tidak ada satu pun kecacatan atau parut yang ada pada Nabi.

Selama 5 tahun Nabi dijaga Halimah kemudian Halimah menyerahkan kembali kepada Datuk Baginda iaitu Abdul Mutalib. Dalam ketika itu, Ibu baginda Aminah pula meninggal dunia kerana jatuh sakit. Ketika Nabi berusia 8 tahun, Datuknya Abdul Mutalib pula meninggal dunia. Kematian Abdul Mutalib suatu kehilangan besar bagi Bani Hasyim kerana sifat wibawa,tegas dan sentiasa memberi pandangan bernas juga menjadi pemimpin kepada kaum Bani Hasyim ketika itu. Begitu Nabi Muhammad sangat sedih akan kehilangan orang tersayang,walaubagaimanapun, Baginda tetap tabah menghadapi dugaan ini, walau baginda masih kecil, akan tetapi Baginda sudah mengerti yang ini adalah kehendak Allah S.W.T.

Kemudian Baginda diasuh oleh Bapa saudaranya iaitu Abu Talib. Abu Talib sangat menyanyangi Baginda. Abu Talib sangat tertarik dengan budi pekerti dan sifat baik yang ditunjukkan Rasulullah.

Semasa Baginda Rasulullah berumur 12 tahun, Abu Talib dan saudara lain mahu berkunjung ke Syam untuk berdagang. Rasulullah juga bersama Abu Talib berdagang,Sepanjang perjalanan,Allah melindungi Rasulullah dengan awan tebal yang melindungi Baginda dari panas terik.Dalam perjalanan mereka bertemu dengan seorang Rahib yang tahu tentang ciri-ciri kenabian Rasulullah. Rahib tersebut berpesan kepada Abu Talib supaya menjaga dan melindungi Rasulullah sebaik-baiknya dan menjauhi dari kaum Yahudi yang cuba mengkhianati Nabi.

Baginda dan Abu Talib sangat mesra dan Abu Talib melayani Nabi seperti anak-anaknya yang lain, Nabi juga seorang yang rajin dan Nabi melakukan kerja dengan mengembala kambing,Baginda juga selalu merenung dan berfikir tentang kejadian alam ciptaan Allah.Pada ketika ini juga Nabi telah digelar Al-Amin oleh penduduk Mekah yang mempercayai bahawa Nabi tidak pernah menipu dan Baginda sentiasa jujur dalam perbuatannya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Ping site Hypersmash.com