Showing posts with label Nuffnang. Show all posts
Showing posts with label Nuffnang. Show all posts

Tuesday, June 11, 2013

8 BE/CPUV On Going Nuffnang

Terima kasih buat Team Nuffnang yang memilih blog aku ini yang meletakkan iklan sebanyak 8 iklan besar dan tengah berjalan selain dari iklan campaigns (CPC). Hasil campaigns ini adalah dari gabungan dua blog ini   http://www.kenalikomputer.com & http://kesinambunganzaman.blogspot.com

Tak sedar duk asyik-asyik update blog rupanya nuffnang baik hati pilih blog aku sebagai tapak iklan pengiklan-pengiklan hebat Malaysia. 


Antara CPUV( Cost-Per-Unique-Visit) yang dulunya dikenali sebagai

Tuesday, May 22, 2012

BE Nuffnang setakat ini...Ada untungnyaa...

Hari ini aku dikejutkan dari Nuffnang tentang perjalanan BE aku sekarang ini macamana.. Nah, inilah rupanya :

Wednesday, December 7, 2011

RM3.93 Lagi Boleh Cash Out Nuffnang (Tips BE)

Ushhhh, Aku memang tak sabar nak cash out duit dari nuffnang ni yang mana ini adalah kali ketiga cek akan sampai. Ini adalah akaun aku kini:

Macamana nak dapat macam ni? Ushhh, senang cerita aku cakap ye. Hanya perlu satu je, setia sahaja pada nuffnang ni. Kalau dikira dah nak sampai 3 cek ni dah kira membantu dah dari segi kewangan aku. Blog mesti sentiasa ada trafik supaya pihak pengiklan akan lebih bertapak di blog kita. Target kita sudah tentu untuk BE sebab ia memberi peluang untuk tambahan dan bonus akan diberikan.

Terima kasih pada Campaign dan Metered Earnings (hasil dari Buffered Earnings) yang pernah bertapak di kedua blog aku kesinambunganzaman dan kenalikomputer.com

Senarai di atas adalah pengiklan2 yang pernah bertapak di blog ini dan website kenalikomputer.com tidak termasuk kategori campaign.

Camana nak setia dengan Nuffnang? Yap, Memang banyak blogger2 yang memberi pandangannya. Bagi aku inilah tipsnya:

1) Sentiasa update Survey.
2) jangan letak iklan lain selain dari nuffnang. Nantikan merajuk plak dia.hehehe
3) Setiap artikel pastikan tidak menghentam mana-mana pihak secara tidak logik dan fitnah, sebab nuffnang ni dia sukakan kedamaian. Lau boleh dia nak berbaik dengan semua orang sebab diaorang perlu juga jaga busness dieorang termasuk pengiklan-pengiklan lain.

4) Selalu jugalah berhubung dengan nuffnang dengan cara menggunakan tiket yang disediakan dalam website nuffnang. Tapi jangan sesekali tanya yang bukan2 plak.

5) Pastikan trafik atau pelawat lebih pada 100 UV sehari.

6) Kemaskan dengan baik blog anda. Jangan bagi ianya berselerak dan pening dengan blog korang. Pengiklan tengok pun takde selera nak bertapak.

7) Buat back link kepada website nuffnang. Supaya website ini dikenali semua.

8) Sentiasalah berdoa kepada Allah supaya dimurahkan rezeki. Kita berusaha tapi Allah sahaja yang tentukan rezeki kita.

9) Jangan sesekali tinggal solat.

* Hehehehe. Tips yang ke 8 dan 9 tu adalah kredit untuk korang dan aku sendiri sebenarnya.:)

Tak tahu lagi dah aku nak komen apa kat sini. Apa yang aku nak sampaikan sekarang adalah:

"TERIMA KASIH NUFFNANG"

Monday, October 3, 2011

3 BE tengah berjalan

Aku tidak rasa yang nuffnang kedekut dan susah untuk dapat Buffered Earnings seperti mana yang dikatakan sesetengah blogger. Tapi hari ni aku sendiri tengok akaun aku yang mana nuffnang memang tak kedekut, malah ia membantu kita menambahkan lagi sumber pendapatan. Hari ini ada 3 BE tengah berjalan dan sedang dipromote dalam blog aku ni..iklan daripada Unilever Magnum Royal Treatment,Celcom Purple Shopping Spree dan The Secret Life of Nora menyedapkan mata memandang. Kita tahu sumber pendapatan nuffnang adalah daripada hasil BE dan juga campaign yang diberikan pihak pengiklan.


Bagaimana nak dapat buffered earnings (BE)? Ushhh, pertanyaan ini kadang-kadang banyak tidak difahami termasuk aku sendiri. Aku pun masih lagi tidak pasti tips2 untuk dapatkan BE yang sebenar-benarnya camana. Apa yang pasti, kita tulis artikel yang bermanfaat dan tidak menyentuh soal-soal yang boleh mengundang kemarahan orang lain terutamanya politik. Nuffnang ni kalau boleh dia nak berbaik dengan semua orang tau tak?:)

Tips lain yang boleh aku bagi adalah sentiasa update blog dan update survey bio dalam akaun nuffnang. Bukan susah pun kan? Update je yang terkini. Ini bertujuan supaya ia dapat dilihat oleh pengiklan yang sedang mencari tapak untuk iklankan produk mereka. Terima kasih Nuffnang..

Friday, April 1, 2011

Tips Tambah Trafik Blog (TTTB)

Aku nak bagitau korang tips yang aku pernah cuba semalam. Nak tahu tips yang bagaimana? Haaa...Tipsnya memberi komen yang No.1 dalam mana-mana post di blog yang popular selain dari post-post kita yang sedia ada dan menarik di blog kita sendiri.

Yap, bukanlah perkara yang mudah untuk memberi komen pertama dalam satu post di website atau blog popular. Apa tidaknya, admin mereka baru sahaja berikan post baru, dah beratus-ratus orang sudah menunggu untuk memberikan komen. Oleh kerana itu, orang akan berlumba-lumba untuk dapatkan komen yang first supaya pembaca post baru itu mudah dan berpeluang untuk melihat link blog kita.

Satu tips ialah setiap komen yang kita nak buat, buatlah yang ada link ke blog kita. Pembaca berpeluang besar melihat komen yang paling atas dan dekat dengan post dan pembaca akan klik link ke laman blog kita.

Seperti contoh, Korang tentu pernah dengar blog popular Beautiful Nara kan? Ini adalah blog yang aku gemari dan aku sudah menunggu lama untuk memberi komen first dalam post Abg Nara nie..Tapi baru semalam aku berkesempatan untuk memberi komen yang pertama dalam post barunya yang berkenaan Malek Noor masuk ICU diserang sakit jantung.
* Sorry Abg Nara, guna nama blog Beautiful Nara tanpa was-was.hehehehe.

Dan aku sudah tengok statistik blog aku semalam (31 mac 2011), memang ada kesannya. Trafik blog aku semakin meningkat.
Statistik ini aku amik dari Analystic Nuffnang.. :) dan automatik aku nak berterima kasih kat blog Beautiful Nara (Blog popular dimasa kini)

Friday, March 4, 2011

Twiends mampu tingkatkan trafik blog

Aku dapat tips ini dari seorang rakan blogger yang mana salah satu cara untuk tingkatkan trafik blog kita adalah dengan cara menggunakan Twiends. Aku belum pakar lagi bab2 ni tapi aku sudah pun merasai bahangnya hanya sekadar aku register dengan twiends dan kesannya jadilah seperti gambar dibawah ini yang di print dari nuffnang.

Aku mula pada 3 mac semalam. Dan aku terkejut trafik semakin naik selepas menyertai twiends. Korang boleh cuba tetapi berhati-hati dengan pembayaran kerana ada satu part dlm website twiends menjalankan aktiviti busness bagi pembelian kredit jika mahu lebih lagi follower daripada twitter,facebook, website dan youtube.

Apapun website ini sangat-sangat berguna dan memudahkan bagi blogger-blogger yang inginkan trafik yang lebih tinggi.

Korang boleh register terlebih dahulu di laman website Twiends.com

Korang juga boleh mendapatkan pengetahuan yang lebih lanjut tentang hal ini dalam google. Ramai blogger yang sudah mengetahui tentang twiends.

Selamat maju jaya. :)

Friday, November 19, 2010

Post aku di Featured Post - All

Alhamdulillah...
Hari ini blog aku mencipta sejarah kerana berjaya sampai ke Featured Post di All iaitu di page utama Innit. Belum pernah lagi mana-mana post aku ni boleh sampai ke tahap macam ni, biasanya hanya dibahagian-bahagian kecil sahaja seperti di Happenings,sports,sci/tech dan lain-lain. Walaupun ia hanya bersifat sementara di innit ini, tapi ia telah membanggakan. :)

Post dengan tajuk Permaisuri Siti Aishah bercinta dengan UncleSeekers? telah mampu menarik minat pembaca untuk mengetahui kisah cinta mereka ini. Bayangkan gosip yang melibatkan Permaisuri Agong. Aku sendiri ingin mengetahui kesudahannya bagaimana, sebab itu aku buat satu entry tentang percintaan ini.


Apapun, jutaan terima kasih aku ucapkan buat semua nuffnangers dan para pembaca blog ini semua.

"Sememangnya dunia ini penuh dengan warna-warni kehidupan."
Fikir-fikirkan....

Saturday, October 23, 2010

Fahami dan Join ChurpChurp

Untuk pengetahuan semua, churp-churp adalah dibawah syarikat Nuffnang dan telah dilinkkan di header nuffnang. com. Tengok gambar dibawah ni ada gambar burung. Semua Nuffnanger telah dimaklumkan akan hal ni.

Apa yang aku fahami, churpchurp ni mampu memberi sumber kewangan. Ia adalah sebuah media pengiklanan yang menggunakan dua platform sosial iaitu facebook dan twitter.

Rasanya lebih kurang jugak dengan nuffnang, tetapi churpchurp ia berbeza kerana ia tidak mengeluarkan iklan-iklan di blog seperti nuffnang. Untuk pengetahuan korang, selepas aje korang mendaftar churpchurp ni anda diminta untuk mengaktifkan facebook dan twitter.

Selepas itu, dalam beberapa masa churpchurp akan memberi assignment atau tugasan untuk iklan kemudian korang perlu menghasilkan tweet / post bagi mengiklankan produk yg dinyatakan. Korang akan mendapat bayaran bergantung ramai friends atau follower yang ada dalam facebook dan twitter.

Aku sendiri pun belum merasainya lagi tapi yg aku faham lebih kurang macam tula, aku join bukan pe, sebab aku sayang sangat dengan nuffnang ni, aku join je apa yang diwar-warkan oleh pihak Nuffnang disamping ia boleh berikan maklumat terbaru dan menjana pendapatan kita.
Setelah aku register dan aktifkan facebook dan nuffnang jadila status seperti dalam gambar di bawah ni...
(Klik gambar ini untuk besarkan)

Bila dah register dan aktif facebook dan twitter, korang tunggu mesej assignment yang akan diberikan.
Rasanya kalau korang aktifkan salah satu pun tidak mengapa. Aku sendiri pun pada awalnya aktifkan facebook je sebab twitter aku tak aktif mana. Tapi dah aku pernah buat akaun twitter dulu, so, aku aktifla kedua-duanya lagi pun sedap mata memandang kat churpchurp ni ada tanda betul semua. Kalau ada pangkah tak best kan? tul tak? :)

Apapun,sebenarnya semua ni akan memberi benefit pada blogger-blogger semua. Apa lagi yang ditunggu2kan. Jom join disamping ia mampu menjana pendapatan kita semua.

Join ChurpChurp & Klik Di sini

Akhir kata :
"Usaha Tanda Kejayaan"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Ping site Hypersmash.com