Showing posts with label Berita. Show all posts
Showing posts with label Berita. Show all posts

Friday, December 30, 2016

Jadual Pembayaran Gaji Penjawat Awam Tahun 2017

Berikut adalah jadual pembayaran gaji bagi sesi 2017. Rancang dan berbelanjalah secara berhemah. :)

Friday, September 16, 2016

Al-Fatihah : Tuan Guru Datok Dr. Haron Din Telah Kembali Ke Rahmatullah.

Sedih dan pilu menyelubungi Tanah Bumi Malaysia Hari ini apabila kita kehilangan seorang lagi ulamak besar dan disegani yang juga memegang jawatan Mursyidul Am PAS yang mana sebelum ini pernah dipegang oleh Arwah Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Arwah Tuan Guru Dr. Haron Din sebelum ini telah dirawat di Hospital Stanford University US kerana mengalami Komplikasi Jantung. Walaubagaimanapun pada awal pagi pada 16 September 2016 yang juga jatuh pada Hari Jumaat dan Hari Perayaan Hari Malaysia Arwah Tuan guru tidak sedarkan diri dan hanya bergantung pada Life machine.

Dan Dipagi jam 10.10 Pagi 16 September 2016 Hari Jumaat yang Mulia pada umur 76 Tahun Dengan hujan sedang membasahi bumi Malaysia kita telah dikhabarkan Tuan Guru Datok Dr. Haron Din telah kembali Ke rahmatullah di Hospital Stanford University US. Dan perkara ini telah disahkan oleh Dewan Ulamak PAS Pusat.

Image result for al-fatihah kepada arwah

Latar belakang penuh Tuan Guru Datok Dr. Haron Din sebagai pejuang Agama serta pendakwah

https://ms.wikipedia.org/wiki/Haron_Din

Semoga Arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan amal soleh.. Ameen...



Friday, June 5, 2015

Video Menakutkan, Gempa Bumi di Ranau, Sabah 7.15 Pagi Tadi Sehingga 6.0 Skala Richter

Masya Allah,  apakah bumi Malaysia kita ini masih selamat dari bencana gempa bumi? Apapun kuasa Allah mengatasi segalanya. Telah berlaku gempa bumi pada pagi tadi dalam jam 7.15 pagi 5 Jun 2015 (Jumaat).

Kejadian tersebut telah menyebabkan banyak harta benda rosak dan sangat menakutkan bagi penduduk yang berada di Ranau.




Semoga kita sentiasa menginsafi diri..

Saksikan video-video yang menceritakan akan hal kejadian tersebut:

Friday, May 8, 2015

Lagi Kereta Myvi kene tempias diconteng - Akibat Tragedi DUKE

Sejak berita tragis kejadian kemalangan antara kereta Pajero dan 2 buah Myvi di lebuhraya DUKE pada sabtu 2 Mei 2015 yang lalu sehingga mengorbankan 3 nyawa menjadi satu cerita yang masih tidak terhenti di sini. Ramai Netizen-netizen diluar sana memberi pelbagai reaksi yang mana berpunca dari perlumbaan melibatkan 6 buah kereta Myvi yang kini terus menjadi viral di media sosial dan Televisyen.


Gambaran grafik bagaimana kejadian berlaku:


Rakaman CCTV yang dikatakan sebelum kemalangan berlaku:

Monday, February 16, 2015

Wan Zack Haikal Selak Baju Tunjuk Gambar Tuan Guru Nik Aziz

Pemain Berkaliber No. 11 Kelantan Wan Zack Haikal Semalam Menunjukkan aksi tanda salute dan hormat kepada Allahyarham Tuan Guru selepas kemenangan berpihak kepada Kelantan ketika menentang Lions Xii 2-0.

Pemain ini juga boleh dijadikan contoh dengan berpakaian lengkap menutup aurat dengan tidak menampakkan kepala lutut.

Dengan kemenangan semalam memberikan kelebihan kepada Kelantan dengan menduduki tempat teratas setakat ini carta Liga Super 2015 pada perlawanan kali kedua semalam.

Berikut carta Liga Setakat ini:

Friday, February 13, 2015

Al-Fatihah:Ringkasan Latar Belakang Allahyarham Tuan Guru Hj. Nik Abdul Aziz

Terkejut dan sedih apabila negara sekali lagi kehilangan seorang ulama Ilmuan yang amat sukar dicari ganti. Semoga Allahyarham tuan guru ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.


Di sini, diceritakan sedikit latar belakang Allahyarham Tuan guru untuk tatapan sejarah buat kita semua di masa hadapan.
Menteri Besar Kelantan ke-12
Tempoh jawatan
22 Oktober 1990 – 6 Mei 2013
TimbalanDato' Haji Ahmad Yaakob
Didahului olehMohamed Yaacob
Diganti olehAhmad Yaakob

Ahli Perhimpunan Kelantan
untuk N6 Chempaka
Penyandang
Tempoh jawatan 
1995 – 12 Februari 2015
Majoriti6,500

Mursyidul Am PAS

Lahir10 Januari 1931 (84 tahun)
 Kota Bharu, Kelantan
Meninggal dunia12 Februari 2015 (umur 84)
Pulau Melaka, Kota Bharu,Kelantan
Parti politik PAS - Pakatan Rakyat
PasanganDatin Hajjah Tuan Sabariah Binti Tuan Ishak
Beliau juga pernah belajar di:

Wednesday, February 4, 2015

Video Tragis, Kejadian Berlaku Pagi Tadi, Kapal Terbang Tran Asia Terhempas

Kita Baharu sahaja digemparkan dengan tragedi Pesawat Air Asia terhempas di Lautan Indonesia dan mengorbankan kesemua nyawa. Sebentar tadi kita dikejutkan pula Pesawat Domestik Tran Asia milik Taiwan dengan Kod ATR-72 dikatakan terhempas dikawasan Sungai Keelung Bandar Taiwan dan dikatakan telah mengorbankan seramai 8 orang setakat ini.



Pesawat tersebut yang membawa 58 Orang penumpang masih lagi ada yang terperangkap dan mendapat kecederaan serius.

Video yang sempat dirakam oleh salah seorang pengguna jalan raya ini amat mengejutkan orang ramai seluruh dunia.



Dan selang beberapa kereta perakam dibelakangnya:

Friday, December 26, 2014

Sayu Dan Gementar Bila Baca Dan Dengar: Rayuan Dan Rintihan Penduduk Yang Terjejas Banjir Kelantan

Terkejut, Sayu, sedih dan hiba bila mendengar rayuan-rayuan ini. Di ketika ini, mereka mengharapkan bantuan dari mana-mana pihak untuk membantu dari segi makanan, pemindahan, pakaian dan sebagainya supaya tidak mendatangkan lebih bahaya dan kelaparan.


Berikut adalah beberapa rintihan yang dapat disampaikan dan dikongsikan bersama, kemungkinan mereka diketika ini masih mengharapkan bantuan-bantuan ini. Jika berkesempatan, bantulah ditempat-tempat mereka sebutkan ini:

Friday, December 19, 2014

21 Gambar Terkini Yang Menyedihkan Banjir Di Kelantan

Sangat-sangat menguji rakyat Kelantan dan Terengganu pada bulan disember 2014 ini apabila hujan yang berterusan semenjak 2 minggu yang lalu telah menyebabkan beberapa kawasan dilanda banjir teruk sehingga menyebabkan pertambahan orang ramai ke pusat pemindahan bagi menyelamatkan diri.

Diharapkan juga semua NGO-NGO, kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dapat membantu mengurangkan beban mangsa-mangsa banjir ini.

Berikut adalah gambar terkini banjir di beberapa kawasan dan kelantan:

Di Jambatan Sultan Yahya Berhampiran Tesco


Rantau Panjang:

Thursday, December 18, 2014

Pengumuman Kadar Dividen dan Bonus 2014 Dan Sejarah Dividen ASB

Berikut adalah sejarah dari 6 tahun yang lalu bagi pemegang Amanah Saham Bumiputera (ASB):

2008 - 7.00 + 1.75
2009 - 7.30 + 1.25
2010 - 7.50 + 1.25
2011 - 7.65 + 1.15
2012 - 7.75 + 1.15
2013 - 7.70 + 1.00
(Dividend) + (Bonus)

Perlu juga kita tahu bagaimana sejarah agihan pendapatan ASB sejak tahun 1990:

Monday, December 8, 2014

Jadual Gaji Penjawat Awam 2015

Tahun 2014 kian melabuhkan tirainya. 2015 kian menhampiri untuk membuka tirainya. Semoga azam ditahun baharu tercapai hendaknya.

Sekadar share di sini jadual gaji Penjawat Awam pada tahun 2015 untuk persediaan perbelanjaan masing-masing.




Wednesday, November 19, 2014

2 Sebab Kenapa Anda Perlu Beralih Dari Gunapakai RON 95 Kepada RON97

Berita semalam mengatakan yang harga minyak dari RON 97 telah turun sebanyak 20 sen menjadikannya harga RM2.55 berkuatkuasa pada 19 November 2014 telah membuka minda orang ramai untuk bertukar dari RON95 kepada RON97.

Ini kerana jika difikir kembali ada dua sebab iaitu :

Thursday, October 23, 2014

3 Video Menakutkan Puting Beliung Yang Melanda Pandamaran, Klang

Rakaman ini telah dilakukan orang awam yang berdekatan puting beliung tersebut. Kejadian pada 21 Oktober 2014 yang menakutkan ini seolah-olah memberi amaran kepada kita yang mana kuasa Allah, tiada siapa yang mampu melawannya.

Mungkin puting beliung ini dikatakan yang kecil. Bayangkan bagaimana datangnya yang lebih besar dari yang ditunjukkan dalam video-video ini.


Jom saksikan video-video ini: Masya Allah..

Video 1:


Video 2:

Thursday, October 2, 2014

Sejarah Kenaikan Harga Minyak RON95 Malaysia Sejak 1990 sehingga 2014

Berita mengejut dilakukan Kerajaan semalam pada jam 6.15 ptg 1 oktober 2014  menurunkan subsidi minyak petrol dan diesel sebanyak 20 sen telah mendapat banyak pandangan. Ini kerana rakyat hanya menunggu dan buat persediaan untuk menghadapi musim GST april tahun depan. Last2 keluar berita sebegini telah menambahkan lagi bebanan yang perlu dipikul rakyat yang dibawah paras kemiskinan dan sederhana.

Mungkin menteri-menteri juga perlu mendengar rintihan rakyat seperti di bawah ini:


Dan ini adalah Kronologi atau sejarah harga minyak RON95 dari 1990 hingga 2014:

Tuesday, September 30, 2014

23 Gambar Banjir Kilat di Dua Daerah Selangor 29 September 14

Di kajang 29 september 2014:




Gambar seterusnya..

Friday, September 5, 2014

Pengacara Mulut Celupar Hina Rakyat Palestin Meninggal Dunia

Pengacara Bermulut celupar Joan Rivers mati pada jam 1.17 petang semalam. Kematiannya akibat dari masalah pernafasan yang cukup parah secara tiba-tiba. Dia kemudian menjalani pembedahan tekak di Hospital Mount Sinai, New York.


Walaubagaimanapun, pembedahan tersebut tidak berjaya dan menyebabkan dia koma dan meninggal dunia.

Sebelum ini dia Joan Rivers pernah mengutuk rakyat palestin dengan mengatakan "Rakyat Palestin layak mati dan mengatakan yang mereka (rakyat palestin) yang terbunuh adalah orang-orang dengan IQ rendah".

Video penghinaan pengacara tersebut:

Friday, August 22, 2014

Live Streaming Ketibaan Jenazah MH17

Bagi yang tidak sempat untuk menonton di kaca Televisyen, anda bolehlah melihat secara live streaming menggunakan saluran Internet bagi menyaksikan siaran secara langsung ketibaan jenazah MH17.


Boleh ke Website ini:


Boleh klik beberapa channel, tapi dicadangkan untuk memilih saluran TV1.

Kisah Berita tragis ini pernah diceritakan di sini:

Friday, July 18, 2014

Tragis: Video tempat kejadian dan Senarai Nama KRU MH17

Ya Allah, terkejut dengar berita ini pagi tadi, satu lagi ujian besar buat negara apabila sebuat pesawat dari syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) jatuh rebah ke bumi akibat dari peluru berpandu yang dilancarkan pihak yang tidak bertanggungjawab di sempadan kawasan bergolak Ukraine dan Russia yang menyebabkan kehilangan nyawa seramai 298 orang termasuk kru penerbangan tersebut dan disahkan oleh berita AFP tiada seorang pun yang selamat.



(senarai di atas adalah kru-kru yang mengendalikan Kapal Terbang tersebut.)

Mereka bertolak dari Amsterdam pada jam 12.15 pagi (waktu Amsterdam) dan dijangka tiba pada jam 6.10 pagi hari ini di Kuala Lumpur.

Video dibawah adalah video yang dirakam oleh pemberita dari Russia (lifenews.ru) Sangat-sangat menyedihkan:

Thursday, July 17, 2014

Video Kiki Kamarudin Sudah Berbaik Semula Dengan Uncle Sim

Kes pergeseran kereta dan pergaduhan yang menjadi Viral dan hangat diperkatakan rakyat Malaysia kini telah menjadi cool kembali apabila siaran Anjuran Radio Era ini menjadi bukti yang mereka berdua sudahpun berbaik semula.



Video di bawah telah pun membuktikan yang Kiki sudahpun Berbaik semula dan saling bermaafan antara satu sama lain:

Monday, June 30, 2014

Video Peragut Dibelasah Orang Ramai

Kejadian yang berlaku di Lebuhraya DUKE ni sangat menyedihkan apabila seorang makcik telah diragut dan muka makcik ditoreh dengan pisau. Walaubagaimanapun perbuatan jahat peragut tersebut dapat dikepung oleh orang ramai yang berdekatan dan sekaligus peragut ni serta merta kena balun dan dipukul orang ramai sebelum dihantar ke pihak Polis.


Saksikan video tragis ini:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Ping site Hypersmash.com