Showing posts with label Politik. Show all posts
Showing posts with label Politik. Show all posts

Monday, February 7, 2011

Gambar-gambar tragis di Mesir

Kita aman damai di sini, tapi di sana.........









Sememangnya dunia ini penuh dengan warna-warni kehidupan....

Monday, January 31, 2011

Keputusan pilihanraya DUN Tenang

Keputusan Rasmi

Calon BN DUN Tenang Mohd Azahar Ibrahim memperoleh 6,699 undi, mengatasi calon PAS, Normala Sudirman dengan 2,992 undi.

BN menang dengan majoriti undi 3,707.

Jumlah undian ini adalah 71.8 peratus atau 10,579 pengundi daripada 14,753 pemilih berdaftar bagi pilihan raya kecil DUN Tenang kali ini.

Sunday, January 30, 2011

Dun Tenang...BN atau PAS?

Tiba sahaja pilihanraya tidak kira besar atau kecil. ..sudah pasti pelbagai isu dimainkan bagi memperjelaskan dan mempertahankan kebaikan parti masing-masing.

Berbagai2 cerita ceriti yg dapat kita dengar antaranya bila berkaitan kenaikan harga barang rumah, isu tanah, pasir, sosial, politik dan sebagainya. Kekadang ia menjadi bahan penarikan bagi sesebuah parti demi mencapai kemenangan. Walaubagaimanapun, kita perlu rasa bimbang adakah yg kita keluarkan satu cerita itu samaada betul atau tidak? nyata atau tidak? kerana risau ia menjadi bahan2 FITNAH. Ingatlah dosa Fitnah adalah sangat besar umpama seperti dosa orang membunuh.

Tidak kiralah parti mana-mana pun asalkan ia memberi kebaikan kepada rakyat bukannya dengan penerimaan fitnah.

Hari ini (30 januari 2011, Ahad) bermulalah pilihanraya kecil di DUN Tenang ini.
Rasa2 siapa yang menang ek? PAS(Normala Sudirman) atau UMNO(Azhar Ismail)?

Friday, December 17, 2010

Satu lagi pilihan raya kecil akan diadakan.

Al-Fatihah dan Takziah diucapkan kepada keluarga Adun Tenang, Datuk Sulaiman Taha telah meninggal dunia di Hospital Pakar Ampang Puteri, Ampang pada jam 1.10 pagi tadi.

Allahyarham dimasukkan ke Hospital Segamat pada 23 November 2010 kerana demam dan tidak sedap badan sebelum dipindahkan ke Hospital Pakar Ampang Puteri.Allahyarham kemudian dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) hospital berkenaan sejak 24 November 2010 kerana jangkitan kuman dalam darah serta suhu badan yang tidak stabil.
Allahyarham yang juga ketua Umno Labis meninggalkan isteri Datin Noraini Yaakop, enam anak perempuan dan seorang lelaki.

Di bawah adalah pengalaman Allahyarham dan perjuangannya dalam parti :
(klik gambar di atas untuk kejelasan)

Dengan kematian Adun tersebut maka satu lagi pilihan raya kecil yang ke-14 sejak 2008 akan diadakan dalam masa 60 hari ni. Maybe bulan Januari 2011 la kot.

"Yang pergi takkan kembali"
"Segala harta benda ditinggalkan, hanya amalan yang dibawa ke sana"

Wednesday, October 20, 2010

60 negara gagal di dunia...

Kajian yang dilakukan bagi tempoh setengah dekad ini oleh Failed States Index telah menunjukkan sebanyak 60 buah negara masih dalam keadaan hampir stabil atau tidak stabil. Somalia menjadi antara yang paling tidak stabil dari segi sistem politik,pentadbiran,pendidikan, sosial, ekonomi dan lain-lain. Diikuti pula dengan Chad dan seterusnya mengikut susunan di bawah.

Diharapkan negara-negara ini terus dibantu dan mendapat perhatian dari dunia/negara-negara lain supaya mereka cukup makan dan sihat sejahtera. Rakyat negara-negara ini dikatakan serba kekurangan dan diancam pelbagai wabak penyakit dan peperangan yang belum sudah.

Berikut adalah 60 negara-negara yang masih lagi memerlukan bantuan :
  1. SOMALIA
  2. CHAD
  3. SUDAN
  4. ZIMBABWE(foto oleh :Peter Martell/AFP/Getty Images)
  5. DEMOCRATIC REPUBLIC OF THE CONGO
  6. AFGHANISTAN
  7. IRAQ
  8. CENTRAL AFRICAN REPUBLIC
  9. GUINEA
  10. PAKISTAN
  11. HAITI
  12. IVORY COAST
  13. KENYA
  14. NIGERIA
  15. YEMEN
  16. BURMA
  17. ETHIOPIA
  18. EAST TIMOR
  19. NIGER
  20. NORTH KOREA (tied with Niger)
  21. UGANDA
  22. GUINEA-BISSAU
  23. BURUNDI
  24. BANGLADESH
  25. SRI LANKA
  26. CAMEROON
  27. NEPAL (tied with Cameroon)
  28. MALAWI
  29. SIERRA LEONE (tied with Malawi)
  30. ERITREA
  31. REPUBLIC OF THE CONGO
  32. IRAN
  33. LIBERIA
  34. LEBANON
  35. BURKINA FASO
  36. UZBEKISTAN
  37. GEORGIA
  38. TAJIKISTAN
  39. MAURITANIA
  40. CAMBODIA
  41. LAOS (tied with Cambodia and Rwanda)
  42. RWANDA (tied with Cambodia and Laos)
  43. SOLOMON ISLANDS
  44. EQUATORIAL GUINEA
  45. KYRGYZSTAN
  46. COLOMBIA
  47. TOGO
  48. SYRIA
  49. EGYPT
  50. BHUTAN
  51. PHILIPPINES
  52. COMOROS
  53. BOLIVIA
  54. ISRAEL/WEST BANK
  55. AZERBAIJAN
  56. PAPUA NEW GUINEA
  57. ZAMBIA (tied with Papua New Guinea)
  58. MOLDOVA
  59. ANGOLA
  60. BOSNIA-HERZEGOVINA
Sekarang aku rasa korang mesti tengah fikirkan negara kita Malaysia kan? Syukur Alhamdulillah, Malaysia kini stabil dari segi kesemua aspek. Sentiasalah berdoa untuk kesejahteraan Malaysia kita. Allah telah memberi pelbagai nikmat pada kita. Kalau dah sampai tahap macam ni kita masih lagi tidak bersyukur tak tahu nak cakaplah. Apapun, Allah yang menciptakan kita dan kepada Allah jualah tempat kita kembali. Allah tempat kita mengadu dan meminta pertolongan.

Akhir kata :
" Senantiasalah Ingati Allah"
"We want Peace"

sumber : crazeclub/foreignpolicy(postcards_from_hell)
diterjemah : kesinambunganzaman.blogspot.com

Sunday, March 28, 2010

'Saya pernah jadi mangsa konspirasi'

KUALA LUMPUR 27 Mac - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, Datuk Seri Anwar Ibrahim sememangnya licik merancang konspirasi termasuk dengan menggunakan akuan bersumpah.

Oleh itu, katanya, beliau tidak terkejut dengan pendedahan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin berhubung konspirasi mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan pembunuhan Altantuya Shaaribu.

Menurut Dr. Mahathir, beliau sendiri turut menjadi mangsa Anwar yang bijak bermuka-muka di hadapannya tetapi secara diam-diam merancang konspirasi menjatuhkan beliau.

"Dia pernah membuat konspirasi untuk menjatuhkan saya, semua orang tahu dia arah orang serang saya, kata saya ada kroni tetapi Anwar sendiri berpura-pura baik (sebagai) orang nombor dua dalam Kabinet.

"Belakang saya dia lakukan tetapi di depan saya kami boleh duduk semeja, itulah dia, jadi saya tidak pelik dengan tuduhan bahawa dia ada konspirasi untuk menjatuhkan Najib," katanya.

Dr. Mahathir berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang pertama, di sini hari ini.

Pada Rabu lalu, ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong pada sidang Dewan Rakyat, Zulkifli mendakwa pernah diberi tawaran lumayan oleh pihak tertentu untuk mengaitkan Perdana Menteri dan isteri dalam kes pembunuhan warga Mongolia tersebut.

Tanpa mendedahkan pihak terlibat, Zulkifli berkata, antara tugasnya ialah mendapatkan pengakuan bersumpah daripada Perdana Menteri dan isteri selain diminta membuat surat akuan bersumpah bahawa Najib dan Rosmah terlibat dalam pembunuhan tersebut.

Dr. Mahathir pada sidang media itu juga turut membidas Anwar kerana mempersoalkan salah seorang anaknya yang tersenarai sebagai antara orang terkaya di negara ini sedangkan ia berlaku selepas beliau tidak lagi memegang jawatan Perdana Menteri.

Beliau turut menempelak Anwar kerana telah mengkayakan kawan-kawannya sewaktu memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri pada pertengahan tahun 90-an.

"Ada seorang kawan dia memiliki kekayaan RM239 juta, kalau jadi Perdana Menteri macam itulah (lagi teruk) sebab baru jadi Timbalan Perdana Menteri kawan-kawan dia semua jadi kaya, banyak duit juga tapi tidak tahulah dari mana," katanya.

Dalam isu berasingan, Dr. Mahathir menyifatkan Pas telah bersubahat dengan Anwar dalam budaya fitnah dan pembohongan apabila Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyelar perbuatan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim kerana mendedahkan rahsia impian 16 September.

"Nik Aziz kata Zahrain tak patut dedah perbuatan jahat yang dilakukan, jika kita tahu benda itu salah tapi kita tak ambil tindakan untuk mendedahkan kesalahan, itu semacam bersubahat.

"Nik Aziz sokong Zahrain jangan dedah, jadi dia bersubahat dengan Anwar," tegasnya.

Sumber : Akhbar Utusan Malaysia

Friday, February 5, 2010

Siapakah yang benar (Anwar atau Saiful)?

Kini gelombang kes liwat Mohd Saiful oleh DSAI (Datuk Seri Anwar Ibrahim) kembali menghangat isu di tanahair Malaysia yang kita cintai ini. Pelbagai maklum balas dan pandangan dari rakyat diberikan.

Apa yang kita perlu cari ialah siapa yang benar dan siapa sebenarnya yang bersalah dalam hal ini?

Ada pendapat mengatakan Saiful hanya membuat Fitnah dan ada pula yang mengatakan Saiful sememangnya diliwat di Unit 11-5-2, Desa Damansara Kondominium, Bukit Damansara pada 26 Jun 2008.

Mahkamah Tinggi telah melakukan perbicaraan kes ini dan saiful selaku saksi pertama. Perbicaraan bermula dengan Mohd Saiful yang disoal Peguam Cara Negara Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden. Situasi dibincangkan semasa Anwar mengarahkan Mohd Saiful supaya datang ke kondominium untuk berbincang mengenai jadual kerja Anwar dan menghantarbeg hitam berisi dokumen.

Perbincangan ini saya petik dari akhbar berita harian pada 4 februari 2010 :

Mohd Yusof:
Apa buat dengan dokumen bila masuk?

Mohd Saiful: Selepas menyerahkan beg hitam berisi dokumen, kami berbincang jadual kerja dan tidak lama selepas itu beliau tanya satu soalan.

Mohd Yusof: Apa soalan?

Mohd Saiful: Dalam Bahasa Inggeris, Can I **** you today?

Mohd Yusof : Apa reaksi kamu?

Mohd Saiful :Saya merasa marah dan takut. Saya menolak pelawaan itu dan tidak mahu melakukannya. Beliau dengan nada marah berkata "What"?

Mohd Yusof :Selepas itu apa yang berlaku?

Mohd Saiful :Saya ulang perkataan yang sama, saya tidak sanggup melakukannya. Dia agak marah pada ketika itu dan saya takut. Kemudian dia arahkan saya ke bilik tidur utama. Saya ikut arahan dan pergi dulu.

Mohd Yusof :
Dalam bilik itu apa yang berlaku?

Mohd Saiful :
Anwar pergi ke hujung bilik untuk menutup langsir dan lampu, selepas itu dia arahkan saya membersihkan diri di dalam bilik air. Saya masuk ke bilik air dan membilas badan tetapi tidak mandi. Ketika itu saya membuka pakaian dan mengambil tuala, apabila keluar dari bilik air saya membawa kemeja dan gantung di tempat menggantung baju.

Mohd Yusof :
Ketika kamu keluar dari bilik air, di mana Anwar berada?

Mohd Saiful :Dia berdiri di hujung penjuru katil dengan memakai tuala putih. Dia mengarahkan saya pergi kepadanya. Apabila saya pergi kepadanya, dia memeluk saya sambil berdiri.

Pada peringkat itu, Karpal memohon supaya perbicaraan dijalankan secara tertutup dan dibenarkan oleh Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.

Mohd Yusof pula menjelaskan pihak pendakwaan pihaknya tiada masalah jika perbicaraan itu dijalankan secara terbuka, tetapi menyerahkan kepada budi bicara mahkamah jika ia boleh memberikan keadilan.

Berikutan itu, Mohamad Zabidin menangguhkan prosiding dan memerintahkan perbicaraan itu dijalankan secara tertutup hari ini.

Dalam keterangannya sebelum itu, Mohd Saiful yang menjadi saksi pertama pendakwaan, berkata beliau pergi ke kondominium itu yang difahamkan dimiliki oleh seorang lelaki, Hasanuddin, dengan menaiki van Fiat merah dengan nombor pendaftaran WPK5925 kepunyaan bapa tunangnya.

Mohd Yusof :Ada kamu bawa apa-apa ke sana?

Mohd Saiful :Saya bawa dokumen yang perlu diserahkan kepada Anwar yang diberi oleh Ibrahim Yaakob dari pejabat. Saya tidak pasti apa dokumen itu, saya letakkan di dalam beg hitam.

Mohd Yusof :
Ketika masuk ke kondominium itu ada pengawal tanya apa-apa?

Mohd Saiful :
Ada. Saya tidak jawab hendak pergi ke mana tetapi saya kata "Mokhtar" (kata laluan untuk kondominium itu). Saya diberitahu untuk katakan itu oleh kakitangan pejabat PKR. Saya tak tanya kenapa, bila saya cakap pengawal terus beri laluan.

Mohd Yusof :Kemudian?

Mohd Saiful :
Daripada tempat letak kereta saya naik lif ke B2 dan menuju ke blok sebelah. Selepas itu saya sampai ke satu pintu, ada interkom di sebelah kanan. Saya tekan Unit 11-5-2, ada suara lelaki kata "ya", saya kata "Mokhtar" dan pintu pun terbuka. Saya kemudian naik lif ke Tingkat 5.

Mohd Yusof :
Apabila keluar daripada lif, kamu ke unit kanan atau kiri?

Mohd Saiful :Saya menuju ke kanan, saya berselisih dengan seorang lelaki yang baru keluar daripada unit yang saya hendak pergi. Lelaki itu senyum kepada saya tetapi saya tidak kenal dia.

Mohd Yusof :
Kemudian?

Mohd Saiful :
Apabila sampai saya membuka pintu. Dalam unit itu saya melihat Anwar duduk di meja makan, saya duduk berhadapan dengan Anwar dan menyerahkan beg hitam itu kepadanya.

Pada permulaan prosiding, Mohd Saiful menjelaskan beliau hanya bekerja sebagai pembantu khas Anwar selama empat bulan dari awal Mac hingga 28 Jun 2008 kerana tidak rela dan tidak sanggup diliwat.

"Bagaimanapun dalam e-mel kepada Anwar, saya berikan alasan bahawa saya tidak berdisiplin, sering datang lewat ke pejabat dan dimarahi oleh beliau.

"Saya juga katakan bahawa saya tertekan kerana diberikan bilik, sedangkan saya kurang kelayakan berbanding pekerja lain dan saya nyatakan selagi saya menjadi pembantunya perkara itu akan menjadi isu," katanya.

Itulah perkara2 yang telah dibangkitkan oleh Mohd Saiful. Bagaimana pendapat kita semua tentang ini? Adakah ia telah terbukti yang kenyataan ini adalah benar atau salah? Atau menampakkan ciri2 cerita ini hanya direka2? Ataupun ia adalah cerita benar yang berlaku ke atas diri Mohd Saiful.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Ping site Hypersmash.com