Friday, February 5, 2010

Siapakah yang benar (Anwar atau Saiful)?

Kini gelombang kes liwat Mohd Saiful oleh DSAI (Datuk Seri Anwar Ibrahim) kembali menghangat isu di tanahair Malaysia yang kita cintai ini. Pelbagai maklum balas dan pandangan dari rakyat diberikan.

Apa yang kita perlu cari ialah siapa yang benar dan siapa sebenarnya yang bersalah dalam hal ini?

Ada pendapat mengatakan Saiful hanya membuat Fitnah dan ada pula yang mengatakan Saiful sememangnya diliwat di Unit 11-5-2, Desa Damansara Kondominium, Bukit Damansara pada 26 Jun 2008.

Mahkamah Tinggi telah melakukan perbicaraan kes ini dan saiful selaku saksi pertama. Perbicaraan bermula dengan Mohd Saiful yang disoal Peguam Cara Negara Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden. Situasi dibincangkan semasa Anwar mengarahkan Mohd Saiful supaya datang ke kondominium untuk berbincang mengenai jadual kerja Anwar dan menghantarbeg hitam berisi dokumen.

Perbincangan ini saya petik dari akhbar berita harian pada 4 februari 2010 :

Mohd Yusof:
Apa buat dengan dokumen bila masuk?

Mohd Saiful: Selepas menyerahkan beg hitam berisi dokumen, kami berbincang jadual kerja dan tidak lama selepas itu beliau tanya satu soalan.

Mohd Yusof: Apa soalan?

Mohd Saiful: Dalam Bahasa Inggeris, Can I **** you today?

Mohd Yusof : Apa reaksi kamu?

Mohd Saiful :Saya merasa marah dan takut. Saya menolak pelawaan itu dan tidak mahu melakukannya. Beliau dengan nada marah berkata "What"?

Mohd Yusof :Selepas itu apa yang berlaku?

Mohd Saiful :Saya ulang perkataan yang sama, saya tidak sanggup melakukannya. Dia agak marah pada ketika itu dan saya takut. Kemudian dia arahkan saya ke bilik tidur utama. Saya ikut arahan dan pergi dulu.

Mohd Yusof :
Dalam bilik itu apa yang berlaku?

Mohd Saiful :
Anwar pergi ke hujung bilik untuk menutup langsir dan lampu, selepas itu dia arahkan saya membersihkan diri di dalam bilik air. Saya masuk ke bilik air dan membilas badan tetapi tidak mandi. Ketika itu saya membuka pakaian dan mengambil tuala, apabila keluar dari bilik air saya membawa kemeja dan gantung di tempat menggantung baju.

Mohd Yusof :
Ketika kamu keluar dari bilik air, di mana Anwar berada?

Mohd Saiful :Dia berdiri di hujung penjuru katil dengan memakai tuala putih. Dia mengarahkan saya pergi kepadanya. Apabila saya pergi kepadanya, dia memeluk saya sambil berdiri.

Pada peringkat itu, Karpal memohon supaya perbicaraan dijalankan secara tertutup dan dibenarkan oleh Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.

Mohd Yusof pula menjelaskan pihak pendakwaan pihaknya tiada masalah jika perbicaraan itu dijalankan secara terbuka, tetapi menyerahkan kepada budi bicara mahkamah jika ia boleh memberikan keadilan.

Berikutan itu, Mohamad Zabidin menangguhkan prosiding dan memerintahkan perbicaraan itu dijalankan secara tertutup hari ini.

Dalam keterangannya sebelum itu, Mohd Saiful yang menjadi saksi pertama pendakwaan, berkata beliau pergi ke kondominium itu yang difahamkan dimiliki oleh seorang lelaki, Hasanuddin, dengan menaiki van Fiat merah dengan nombor pendaftaran WPK5925 kepunyaan bapa tunangnya.

Mohd Yusof :Ada kamu bawa apa-apa ke sana?

Mohd Saiful :Saya bawa dokumen yang perlu diserahkan kepada Anwar yang diberi oleh Ibrahim Yaakob dari pejabat. Saya tidak pasti apa dokumen itu, saya letakkan di dalam beg hitam.

Mohd Yusof :
Ketika masuk ke kondominium itu ada pengawal tanya apa-apa?

Mohd Saiful :
Ada. Saya tidak jawab hendak pergi ke mana tetapi saya kata "Mokhtar" (kata laluan untuk kondominium itu). Saya diberitahu untuk katakan itu oleh kakitangan pejabat PKR. Saya tak tanya kenapa, bila saya cakap pengawal terus beri laluan.

Mohd Yusof :Kemudian?

Mohd Saiful :
Daripada tempat letak kereta saya naik lif ke B2 dan menuju ke blok sebelah. Selepas itu saya sampai ke satu pintu, ada interkom di sebelah kanan. Saya tekan Unit 11-5-2, ada suara lelaki kata "ya", saya kata "Mokhtar" dan pintu pun terbuka. Saya kemudian naik lif ke Tingkat 5.

Mohd Yusof :
Apabila keluar daripada lif, kamu ke unit kanan atau kiri?

Mohd Saiful :Saya menuju ke kanan, saya berselisih dengan seorang lelaki yang baru keluar daripada unit yang saya hendak pergi. Lelaki itu senyum kepada saya tetapi saya tidak kenal dia.

Mohd Yusof :
Kemudian?

Mohd Saiful :
Apabila sampai saya membuka pintu. Dalam unit itu saya melihat Anwar duduk di meja makan, saya duduk berhadapan dengan Anwar dan menyerahkan beg hitam itu kepadanya.

Pada permulaan prosiding, Mohd Saiful menjelaskan beliau hanya bekerja sebagai pembantu khas Anwar selama empat bulan dari awal Mac hingga 28 Jun 2008 kerana tidak rela dan tidak sanggup diliwat.

"Bagaimanapun dalam e-mel kepada Anwar, saya berikan alasan bahawa saya tidak berdisiplin, sering datang lewat ke pejabat dan dimarahi oleh beliau.

"Saya juga katakan bahawa saya tertekan kerana diberikan bilik, sedangkan saya kurang kelayakan berbanding pekerja lain dan saya nyatakan selagi saya menjadi pembantunya perkara itu akan menjadi isu," katanya.

Itulah perkara2 yang telah dibangkitkan oleh Mohd Saiful. Bagaimana pendapat kita semua tentang ini? Adakah ia telah terbukti yang kenyataan ini adalah benar atau salah? Atau menampakkan ciri2 cerita ini hanya direka2? Ataupun ia adalah cerita benar yang berlaku ke atas diri Mohd Saiful.

1 comment:

Sumijelly said...

Mohd Saiful :Dia berdiri di hujung penjuru katil dengan memakai tuala putih. Dia mengarahkan saya pergi kepadanya. Apabila saya pergi kepadanya, dia memeluk saya sambil berdiri.

- x kan la saiful tu x leh balik jer terus...ni g siap bilas badan lagi... pastu biarkan anwarpeluk?? cam xlogik..budak pun pandai meronta kan?? tah2 suka sama suka kot..huhuhu..

http://sumijelly.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Ping site Hypersmash.com