Showing posts with label Artis. Show all posts
Showing posts with label Artis. Show all posts

Monday, July 7, 2014

Video Permintaan Terakhir Allahyarham Syarifah Aini

Kepada Pihak Media Tolong Jangan Tayang Video atau gambar Allahyarham Syarifah Aini yang tidak berhijab dahulu.

Jom kita dengar pesanan yang baik ini :

Thursday, September 26, 2013

Sejarah Kehidupan Tegar Septian

Beliau adalah penyanyi yang asalnya dari seorang pengemis jalanan yang hidup susah. Desakan hidup untuk beliau membantu keluarganya tercapai akhirnya apabila lagu2 yang dulunya dinyanyikan hanya dijalanan kini telah kedengaran di semua stesen-stesen radio terutamanya di Indonesia,Malaysia, Singapore dan Brunei dan hangat mendendangkan lagu Tegar ini. Dan kini beliau seorang artis paling popular dan rezekinya semakin banyak mendatang. Alhamdulillah


Kisah hidupnya pernah disiarkan stesen TV indonesia RCTI dalam rancangan dasyat. Jom saksikan kisah liku-liku sejarah kehidupannya sebelum menjadi artis terkenal. Ia diceritakan sendiri oleh Tegar Septian.





Dan ini adalah video yang dirakam orang ramai ketika beliau menyanyi dijalanan :

Friday, June 21, 2013

Sajak Arwah Ibrahim Taib, 'Mok,Aku Nok Tubaik'

Negara semalam telah kehilangan seorang lagi penggiat seni puisi, sajak dan teater yang terkenal Di Terengganu akibat kemalangan jalan raya di KM 38 Jalan Kuala Terengganu-Kuala Berang semalam.

Berita penuh tentang kemalangan ini boleh rujuk di SINI 

Sepeninggalan sangat berharga Beliau Arwah Ibrahim Mohd Taib atau lebih dikenali sebagai Ibrahim Orang Ulu adalah sajaknya yang bertajuk ' Mok... Aku Nok Tubaik'. Apa yang menusuk kalbu kita adalah ayat terakhir Beliau dalam sajak ini yang berbunyi 'Mok..kalu aku mati hadioh la kat aku Fatihoh ..'

Bawah adalah suara Arwah yang merdu dan lirik sajak beliau yang terkenal itu:

Tuesday, June 4, 2013

Al-Fatihah S.Shamsudin Meninggal Dunia

Sedih apabila mengingati seniman yang pernah menaikkan nama perfileman Malaysia suatu ketika dulu. Lakonannya bersama Arwah Tan Sri P-Ramlee ini amatlah memberi kesan kepada generasi sekarang apabila sejak kecil dan kanak-kanak lagi kita telah pun didendangkan lakonan lawak S.Shamsudin ini.
Berita ini telah disahkan sendiri oleh anaknya iaitu Noredah S.Shamsuddin.


Beliau meninggal dunia pada jam 10.56 pagi hari ini (Selasa-4 jun 2013) di rumahnya di

Monday, April 8, 2013

Lawak Parody Johan Yang Terkejut Besar

Tak boleh tahan lawak si artis ini semalam yang mampu buat audience dan penonton Televisyen dalam rancangan ABPBH 2012 (Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012) siaran lansung dari TV3.



Friday, April 5, 2013

Sebab Noor Kumalasari Bertudung

Kisah Bagaimana Akhirnya Saya Bertudung – Noorkumalasari | Profesion saya sekarang ialah pengurus rumah tangga. Dahulunya saya penghibur, artis, penyanyi, bintang filem, pelakon drama televisyen dan peragawati. Saya bersekolah di Singapura kemudian di Happy Garden, Petaling Jaya sehingga Tingkatan Lima aliran Perdagangan. Saya mula berhijab pada usia 40 tahun. Bagi saya kehidupan sebenarnya bermula pada usia 40 tahun.



Tuesday, February 26, 2013

Sebab Keislaman Adam Corrie Lee Abdullah

ADAM CORRIE LEE BIN ABDULLAH

Assalamualaikum sahabat-sahabat.
Saya ada banyak menerima msg dari sahabat-sahabat di FB yang ingin tahu bagaimana saya boleh memeluk Islam.

Saya ringkaskan di sini untuk sahabat-sahabat budiman.

Secara rasmi saya telah kembali pada fitrah.
Berasal dari keluarga cina yang menganuti agama Budha.

Saya giat belajar mengenal Islam sebelum memeluk Islam lagi. Belajar bagaimana solat, serba sedikit mengenai fardu ain.

Saya telah mengucap 2 kali syahadah sebagai Adam Corrie Lee bin Abdullah.
alhamdulillah dengan hidayah yang diberi di ketika usia 39 tahun.
Impian pertama sebagai Muslim ialah ingin menjadi tetamu-Nya.

Bagaimana boleh peluk Islam?


Thursday, January 31, 2013

Gambar Dato Siti Nurhaliza Ambil Lesen Motor

Dikatakan gambar ini diambil oleh JPJ Pahang pada bulan April tahun 2000...


Friday, October 19, 2012

Video Sejarah dan Ketika Pengkebumian Arwah P. Ramlee

Mungkin ramai yang tak tahu tentang video ini. Rakaman ini telah dirakam oleh pihak RTM TV1. Kematian pelakon seni yang sangat terkenal sehingga generasi ke generasi ini amat memilukan dan mengejutkan negara ketika itu. Beliau meninggal dunia pada tarikh 29/5/1973.

Thursday, October 18, 2012

Gambar Rossa Kini Bertudung

Cantik, Manis dan Menawan...itu yang boleh diperkatakan apabila Artis Wanita ini yang sebelum ini berpakaian seksi berubah kepada berpakaian muslimah dan dikatakan kini beliau sedang menunaikan haji. Nama penuhnya adalah Sri Rossa Roslaina Handiyani, 34 tahun.

Beliau terkenal dengan lagunya yang hits : Ayat-ayat Cinta dan Pudar

Monday, October 8, 2012

Wajah Raja Ema Sekarang,Biar Betul?

Wajah Raja Ema dulu-dulu dibandingkan pula dengan kini. Pelik tapi benar...Beginilah gaya Raja Ema Sekarang yang dulunya terkenal dengan lagu "Jejaka Idaman". Macamana dibuatnya tak tahulah. Nampak muda 15 tahun dari umurnya. Dikatakan kini umur Raja Ema sudah 43 tahun lebih. Dilahirkan pada 26 November 1968 di Pahang.

Tuesday, September 18, 2012

Inilah Rupa Sebenar Pencipta Lagu Gangnam Style

Kini dunia telah diselubungi satu virus yang semakin menular dengan gaya lagu yang tari menarinya sangat-sangat simple tapi ia menjadi kegilaan ramai terutamanya golongan muda-mudi.

Wednesday, March 7, 2012

Filem Fetih 1453 Paling Popular

Sebuah Filem yang bakal menjadi filem terhebat dunia sedang ditayangkan terutamanya di Turki. Kini di negara tersebut filem ini sangat terkenal dan menduduki rangking pertama dan telah menjadi tarikan seluruh dunia untuk melihat seorang tokoh Islam terkenal dari kerajaan Uthmaniah yang menceritakan kehebatannya menakluk kota Constantinople pada abad ke-15.

Tuesday, August 23, 2011

Selain Bob Lokman,Azmil,Sham Kamikaze,Ustaz Radzi Melissa pula?

Assalamualaikum...

Mungkin ramai lagi Bekas-bekas artis yang mengubah gaya dan identiti daripada "Full Hiburan kepada Full Pengabdian kepada Allah S.W.T", Ok ke ayat ni? Reka2 je ni.:)hehehehe.

Bukanlah untuk mengutuk sesiapa tetapi gaya kehidupan artis banyak yang tidak kena. Berlakon berpegangan tangan antara pompuan dan lelaki apatah lagi adanya adengan berpelukan yang melakonkan watak kekasih. Ya, memangla berlakon, tapi haram tetap haram oiii, yap, jelas agama menerangkan bersentuhan antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim adalah Haram dan berdosa besar.Tapi bila berlakon tidak semestinya ia memberi lampu hijau untuk bersentuhan. Oh, tidak sama sekali.


Yap, tajuk aku ni hanya sebut artis lelaki je, mana artis pompuan? yap, ia ada juga seperti Wardina, Ogy, Aida Khalida, Syarifah Aini dan ramai lagi yang asalnya seksi dan tidak bertudung kepada gaya bertudung.

Bagi lelaki pula, ada lagi beberapa artis yang aku tidak sebutkan iaitu iwan dangdut dan Ustaz Akhil Hayy. Pernah suatu ketika dulu popular dengan lagu yang dibawanya.

Tapi aku tertarik pula dengan seorang lagi dari Kumpulan rock seketika akhir 80-an dan awal 90-an dahulu iaitu penyanyi dari kumpulan Melissa. Siapa tak kenal dengan artis rock kumpulan rock kapak ni dulu kan? Mungkin ramai yang kenal nama kumpulan sahaja tetapi tidak kenal dengan penyanyinya. Yap mereka dulunya terkenal dengan lagu "Cinta Untuk Nabila"

gambar : perubahan dulu(kiri) dan kini(kanan)

Inilah dia : Ustaz Radzi Melissa, semoga beliau beroleh kemenangan dunia dan akhirat.InsyaAllah.

dan dengarkan dari lirik "Cinta Untuk Nabila" kepada "Cinta Untuk Nabi Lah"



"Sesungguhnya Allah lebih maha mengetahui atas apa-apa yang berlaku."

Tuesday, June 28, 2011

Gambar Kenangan Rock Kapak 90-an

Diwaktu aku kecil-kecil dulu memang gemersik telinga apabila mendengar lagu-lagu hits ketika akhir dan awal 90-an dulu. Apa tidak, legenda rock yang bertemakan jiwang karat sememangnya mendapat pujian yang melambung tinggi dari kalangan peminat-peminat muzik tanahair diwaktu ketika itu.

Mungkin generasi sekarang tidak sempat merasa bagaimana alunan muzik diwaktu dulu memang berbeza. Hanya dengan alatan gitar,drum dan bass mampu berdentum habis jantung mendengar lagu-lagu ini.

Kalau dulu-dulu memang hanya dengan koleksi kaset dan cd serta tape sahaja di pasaran. Tapi kini bermacam-macam cara blh dapatkan lagu-lagu.

Dulu-dulu dengan pakaian bertemakan ala cowboy seluar ketat habis rambut berambu dan panjang. Gempak habis!!!

Ohhh!!!, kerana aku rindukan dengan lagu dulu-dulu.......aku sediakan ini semua:

Kumpulan Mega

Kumpulan XPDC

Kumpulan Desire

Kumpulan Melissa

Kumpulan Wings

Kumpulan Ukay


Kumpulan Iklim

Kumpulan Slam

Kumpulan Search

Kumpulan Fotograf (Al-Fatihah Buat Arwah Shamrin-Vocalis)

Kumpulan Exist

Kumpulan BPR (Bumi Putra Rockers)
Kumpulan Gersang
Kumpulan Spoon (Al-Fatihah buat arwah Along -Vocalis)

Kumpulan May


Kumpulan Spring
Diharapkan lagu-lagu mereka kekal hingga sepanjang zaman. Memang lagu-lagu mereka sangat sedap didengar...

Thursday, May 12, 2011

Gambar 3 isteri dan bakal +1 Salih Yaacob

UShh.. berita sebelum ni sibuk dengan perkembangan Usop Wilcha. Tapi terbaru dan terkini, pasal Salih Yaacob pula.

Kenapa Salih Yaacob? Dia dah buat album baru ke atau lakonan baru? hehehehe, bukan berita pasal itu, tapi kerana bakal beristeri 4. Memang power dan pandai menjaga hati isteri-isteri si Salih ni. Apa tidak beliau boleh berbahagia dalam waktu yang sama. Tahniah buat Salih Yaacob. Semoga beliau terus hidup bahagia bersama-sama anak-anak dan isteri-isteri.

Yap...Ramai yang ingin tahu wajah-wajah isteri Salih... yang paling ketara adalah orang ramai ingin melihat gambar bakal isteri keempat beliau. Hanya mahu dikenali sebagai Emi sahaja berusia baru 24 tahun. Masih menuntut di sebuah IPTA, tak silap aku di Uitm.

Di sini aku info perkembangan terkini berkenaan isteri-isteri Salih Yaacob.

Isteri Pertama :
Nama : Norizah Mamat
Umur : 46 Tahun
Tahun Perkahwinan : 1989
Anak :4

Isteri Kedua :
Nama : Norraha Hamat
Umur : 43 Tahun
Tahun Perkahwinan : 1993
Anak :6

Isteri Ketiga:
Nama : Norfara Wahida Sulaiman
Umur : 33 Tahun
Tahun Perkahwinan : 2007
Anak :1

Isteri keempat pula dot.dot.dot.dot...Kalau jadila.
Nama : Emi
Umur : 24 Tahun
Tahun Perkahwinan : belum ditetapkan
Anak : Rezeki dari Tuhan nak bagi nanti.:)

Inilah wajah-wajah Isteri Salih Yaacob:

Dan ini bakal menjadi Isteri Keempat Salih Yaacob:

Wednesday, April 27, 2011

Video Siti Nurhaliza Mengaji Al-Quran

Yap, kita biasa dengar Dato Siti Nurhaliza ni menyayi kan? Tapi apa kata kita tengok pula Dato CT ni mengaji Al-Quran. Aku rasa best sangat-sangat dengar. Suara gemersik syahdu. Tahniah Dato' Siti.

Apapun video ni bukanlah yang terbaru ye? video ini di upload pada tahun 2005 dan satu lagi pada tahun 2006, masih bujang. Tengoklah rupanya ayu je...masih remaja waktu itu.

Jom, sama-sama kita saksikan Dato Siti Nurhaliza Mengaji... :)





(Gambar Dato' Siti Nurhaliza 2011....)



"Dunia sememangnya penuh dengan warna warni kehidupan"

Sunday, April 10, 2011

Koleksi pingat yang diraih Malek Noor

Heboh baru-baru ini yang mana Malek Noor (49 tahun) masuk Unit Rawatan Rapi (ICU) kerana penyakit jantungnya yang kini masih dalam pengawasan. Kejadian berlaku apabila beliau rebah ketika bermain bola sepak bersama pasukan pilihan menteri besar di Ipoh.

Kini Alhamdulillah, beliau beransur pulih. Yep, Cerita tentang beliau ni, di sini aku nak nyatakan beberapa koleksi pingat Beliau ketika beliau menjadi jaguh bina badan mewakili Malaysia dalam beberapa kategori beberapa tahun lalu. Mungkin ramai yang tidak ketahui yang beliau sememangnya sudah banyak menaikkan nama Malaysia dipersada dunia.

Berikut adalah pingat-pingat yang telah diperolehi beliau dan untuk negara.
  • Mr. Universe Heavyweight Finalist (2 kali)
  • Mr Asia Heavyweight (6 kali)
  • Mr. ASEAN Heavyweight (4 kali)
  • Mr. Malaysia Heavyweight (6 kali)
  • Olahragawan Negara Malaysia 1986 dan 1990
  • Pingat emas Personaliti sukan Benson and Hedges 1985
  • Ahli Mangku Negara (AMN) 1986
  • Sultan Ibrahim (PIS) 1986
  • Legendary Sportsman of Malaysia
  • Coca-Cola Olympian tahun 2007

Selain sukan, beliau yang berasal dari Batu Pahat,Johor juga pernah menceburi bidang lakonan. Beliau pernah melakonkan filem Ujang,Juara, Rimba Malam, Kelisa, Pendekar Mata Satu dan Sahabat (1999).

Monday, April 4, 2011

Pemenang-pemenang ABPBH2010

Kali ini memang cukup-cukup meriah. Semalam aku tengok live siaran lansung ni. Memang lawak gilerla zizan. Aku suka pelawak ni sebab hidungnya kedepan dan memanjang.hahahaha.

Ni aku nak cerita bab2 pemenang-pemenang Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 (ABPBH2010). Tanpa aku mengomen perkara-perkara yang lebih-lebih, Nah!! keputusan ABPBH 2010 : Memang Gempak habis!!!

Kategori

Pemenang

Artis Duo/Berkumpulan Popular

Sixth Sense

Pelakon TV Wanita Paling Popular

Fasha Sandha

Penyampai Radio Popular

Faizal Ismail

Artis Komedi Wanita Popular

Noor Khiriah

Penyanyi Nasyid Popular

Rabbani

Pengacara TV Lelaki Popular

Aznil Haji Nawawi

Artis Baru Lelaki Popular

Shahir

Penyampai Radio Wanita Popular

Fara Fauzana

Pelakon TV Lelaki Popular

Remy Ishak

Pengacara TV Wanita Popular

Fara Fauzana

Artis Komedi Lelaki Popular

Zizan

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat

Dato Rosnani Jamil

Penyanyi Lelaki Popular

Faizal Tahir

Pelakon Filem Wanita Popular

Lisa Surihani

Artis Mobile Popular

Sixth Sense

Artis Baru Wanita Popular

Ana Raffali

Pelakon Filem Lelaki Popular

Shaheizy Sam

Penyanyi Wanita Popular

Yuna

Bintang Paling Popular ABPBH2010

Shaheizy Sam

TAHNIAH buat Shaheizy Sam kerana memenangi anugerah kali ini. Juga bagi pemenang-pemenang setiap kategori yang lain..

Tuesday, February 1, 2011

Penjara 3 tahun 6 bulan Ariel Peterpan

Terjawab sudah kes Nama sebenar Nazriel Irham (Ariel Peterpan) dikenakan hukuman 3 tahun 6 bulan dan denda sebanyak 250 juta rupiah (RM85,000) setelah perbicaraan mahkamah daerah bandung semalam.

Ia didapati bersalah dalam membuat dan mengedar video pornografi melibatkan artis Luna Maya dan Cut Tari.

Yang aku mushkil nih, kenapa cut tari dan luna maya tidak dimasukkan penjara sekali?


Aku tak nak bagi komen banyak pasal hal nie, yang penting terimalah akibatnya dari perbuatan tersebut, berani buat berani tanggung. Tapi aku rasa 3 tahun 6 bulan penjara tu sekejap je tu...huhuhuhu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Ping site Hypersmash.com