Showing posts with label Pengalaman. Show all posts
Showing posts with label Pengalaman. Show all posts

Tuesday, October 30, 2012

Biar Betul! Lembu Lepas Sembelih Masih Boleh Berdiri

Pelik....
Macam-macam cerita pasal lembu kena sembelih ni kan? Ini salah satu pengalaman yang telah berlaku dan sempat dirakam di Hari Raya Korban (Aidiladha) baru-baru ini yang boleh kita kongsi bersama.

Friday, March 26, 2010

Lahirnya Anakku di dunia

Alhamdulillah,

Jam 10.08 malam, hari isnin, 15 mac 2010 bersamaan 29 rabiuawal 1413. Lahirnya seorang bayi lelaki. Alhamdulillah, rezeki katakan.:)

Anakku lahir di Hospital Serdang,Selangor. Alhamdulillah, servis dan layanannya OK. Aku boleh masuk sekali dalam labour Room. Rasa Insaf di hati melihatkan detik kelahiran anakku sendiri. Teringatkan bagaimana ibuku melahirkan aku dahulu. Begitu perit dan sakit sekali.

Selepas anakku mula melihat dunia ini, aku terus azankannya dan terasa hati sangat berdebar-debar. Maklumlah anak pertama. :)


Di sinilah tempat babyku dilahirkan.

Selepas itu Isteri dan baby ditempatkan di wad yang sangat selesa dan beraircon. satu bilik ada 4 katil.Aku boleh lihatnya untuk masa 10 minit sahaja sebab aku tak dibenarkan menemani isteriku. Rasa kecewa jugak.

Jam 7 pagi esokkannya, aku pergi semula ke hospital melihat isteri dan babyku, Alhamdulillah, segalanya OK. Dan telah diberitahu oleh nurse yang isteri dan anaku boleh balik rumah hari itu jugak. Kemudian jam 3 petang aku uruskan bil2 dan aku bawa balik Isteri dan baby.
Best jugak jadi Papa.:)

Aku beri nama Anakku Muhammad Hakim pada mulanya, tapi isteri aku pula nak tambahkan Nur di tengah nama, So...jadilah Muhammad Nur Hakim.Cantik tak? Itulah nama anak pertama ku.

Aku sangat bersyukur pada Allah S.W.T.
Thank You Allah.

Tuesday, February 9, 2010

Pengalaman di Taman Burung



















Pengalamanku ketika di taman burung (KL)berhampiran masjid negara. Macam-macam jenis burung ada wa cakap lu.hehehe. Aku pergi bersama isteri,adik,abg ipar dan kakak ipar. Seingat aku ni dah kali ketiga aku pergi.Seronok dan puas hati jugakla dgn lanskap dan boleh kenal2 byk jenis burung. Ada yang kita belum jumpa lagi pun ada. Tiket masuk murah je RM15 seorang je dengan syarat kene tunjuk mykad atau ic. Kalau takda kene tiket RM42 seorangla beb..ushhh. kalau pelancong maybe dikenekan tiket sebegini.

Di sini de beberapa gambar dan kenangan semasa berada dalam taman burung di KL. Enjoy!!!

Friday, January 1, 2010

KenAnGan Di MaLAm TaHun BaRu.

Assalamualaikum.
Semalam aku dan wife aku keluar untuk tengok pemandangan di putrajaya. Tapi bila sampai je di putrajaya, terkejut plak bila tengok begitu ramai orang. aku pegi di taman Masjid putrajaya. Berdekatan dengan pusat pentadbiran Perdana Menteri. Tapi aku tak dapat parking plak kereta. Terlintas difikiran aku dan wife aku, mesti aku ingatkan ada program apa2 untuk sambutan tahun baru di situ,tapi takde plak maklumat apa2 aku dapat tahu yang disitu ada program tahun baru.

Apa2pun, aku berhenti dan parking di jambatan putrajaya dan menunggu sehingga jam 12 tengah mlm. Aku ingat ada bunga api keluar. Tapi frustla jugak, sebab tungu punya tunggu takda apa2 keluar di udara. senyap sunyi sahaja. Akan tetapi begitu ramai orang sekeliling. Aku dan wife aku rasa cukup ajelah dengan tengok telatah dan gelagak orang di sekeliling.

Polis juga ada mengawal dan memantau sebab jam banyak di jambatan tersebut. Mula2 aku sampai hanya satu baris sahaja yang dijadikan tempat parking kereta. lepas aja 1 jam aku lepak2, dah jadi dua baris dah. Kemudian ketika hampir jam 12 tgh mlm, dijadikan parking tu 3 line.Beberpa polis trafik mengarahkan supaya dijadikan 2 line. Polis memberi warning untuk menyaman kepada sesiapa yang berdegil.

Apapun perkara dah lepas, aku dan wife aku pun pulang kerumah, sambil mengingatkan gerhana bulan yang dijangka pada jam 1.30 hingga pukul 5 pagi. Tapi aku rasa penat plak. So, balik kerumah dan tidur.

Selamat menyambut tahun baru.
:):)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Ping site Hypersmash.com