Friday, January 1, 2010

KenAnGan Di MaLAm TaHun BaRu.

Assalamualaikum.
Semalam aku dan wife aku keluar untuk tengok pemandangan di putrajaya. Tapi bila sampai je di putrajaya, terkejut plak bila tengok begitu ramai orang. aku pegi di taman Masjid putrajaya. Berdekatan dengan pusat pentadbiran Perdana Menteri. Tapi aku tak dapat parking plak kereta. Terlintas difikiran aku dan wife aku, mesti aku ingatkan ada program apa2 untuk sambutan tahun baru di situ,tapi takde plak maklumat apa2 aku dapat tahu yang disitu ada program tahun baru.

Apa2pun, aku berhenti dan parking di jambatan putrajaya dan menunggu sehingga jam 12 tengah mlm. Aku ingat ada bunga api keluar. Tapi frustla jugak, sebab tungu punya tunggu takda apa2 keluar di udara. senyap sunyi sahaja. Akan tetapi begitu ramai orang sekeliling. Aku dan wife aku rasa cukup ajelah dengan tengok telatah dan gelagak orang di sekeliling.

Polis juga ada mengawal dan memantau sebab jam banyak di jambatan tersebut. Mula2 aku sampai hanya satu baris sahaja yang dijadikan tempat parking kereta. lepas aja 1 jam aku lepak2, dah jadi dua baris dah. Kemudian ketika hampir jam 12 tgh mlm, dijadikan parking tu 3 line.Beberpa polis trafik mengarahkan supaya dijadikan 2 line. Polis memberi warning untuk menyaman kepada sesiapa yang berdegil.

Apapun perkara dah lepas, aku dan wife aku pun pulang kerumah, sambil mengingatkan gerhana bulan yang dijangka pada jam 1.30 hingga pukul 5 pagi. Tapi aku rasa penat plak. So, balik kerumah dan tidur.

Selamat menyambut tahun baru.
:):)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Ping site Hypersmash.com