Wednesday, December 30, 2009
SELAMAT TAHUN BARU 2010
Tahun baru 2010.Begitu cepat rasanya tahun 2009 sudahpun mengakhiri siri satu tahunnya. Sedar-sedar kita tertanya2,adakah kita berjaya mencapai azam yang kita mahukan untuk tahun 2009? Sudah pasti jawapanya ada yang telah berjaya akan tetapi ada jugaklah orang yang tidak dapat mencapai azam yang mereka idam2kan untuk tahun 2009.
Gagal mereka bukanlah satu kegagalan buat selama-lamanya. Jadikan kegagalan itu sebagai satu noktah dan satu langkah bagi mencapai kejayaan.Kejayaan tidak akan hadir dalam diri kita tanpa kegagalan. Betulkah? Sudah tentu,pada tahun 1887, orang yang bernama John Boyd Dunlop (pencipta tire) pernah mengalami beribu2 kegagalan. Tapi kegagalan itu membuatkan beliau lebih semangat dan tidak berputus asa untuk mencipta satu benda baru. Sehingga kini tahun 2010 dan masa mendatang tire Dunlop sentiasa terkenal dan kini Dunlop adalah satu jenama terbaik dan berkualiti.
Kita asyik berbicara tentang azam,Apa pula maksud azam?
Azam adalah satu bentuk keinginan dan kemahuan bagi diri selain memperkembangkan serta memajukan lebih baik dari yang sedia ada.
Pelbagai azam kita telah bicarakan, tapi sampai mana kita mampu mencapainya. Kekadang keinginan mengatasi segalanya. Ini berkait rapat dengan kehendak nafsu. Manusia mempunyai nafsu baik dan buruk. Sudah tentu kita memilih yang baik. Manusia akan bahagia memilih yang baik,memilih yang buruk memberi kesan yang buruk jua.
Manusia sentiasa tercari2 tujuan hidup sebenar, sesetengah orang yang kaya-raya masih lagi buntu dan tidak bahagian. Diselubungi harta kekayaan,tapi hati kosong dan tidak diisi dengan pengisian yang tenang.
Manusia tidak akan lari dari kehendak jiwa yang sebenar. Manusia sentiasa mencari kedamaian.Itu lebih penting dari apa yang ada. Hakikatnya, kepada Allah S.W.T juga tempat kita mencari kedamaian. Kehendak kerohanian bukanlah dengan makanan dan minuman, sebaliknya amal ibadat. Keimanan membolehkan rohani kenyang dan tenang.
Oleh itu,rancanglah azam kita sebaik-baiknya demi kebaikan dunia dan akhirat. Satu perkara yang menambahkan lagi keinginan kita adalah dengan menulis dan menyenaraikan azam-azam untuk masa mendatang,kemudian lekatlah pada dinding berhampiran tempat tidur anda,sentiasalah membacanya dan kita akan tips atau tanda Ok jika kita sudah mengamalkan apa yang kita kehendaki.
Azam mampu mengubah cara hidup seseorang dengan kesungguhan yang nyata,bukan main2 kerana hidup ini adalah sementara sahaja. Selama Satu tahun, jika kita tiada pengisian yang baik,maka ia amat rugi bagi kita.
Oleh itu,isilah masa yang ada dengan pengisian yang baik kerana kesannya membawa kita kejayaan didunia dan diakhirat.
Dikesempatan ini,Admin ingin mengucapkan :
SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2010.
1 comment:
Selamat tahun baru 2010.
Post a Comment