Showing posts with label Resepi Hidangan. Show all posts
Showing posts with label Resepi Hidangan. Show all posts

Wednesday, November 10, 2010

Cara-cara buat kuih Pau Pedas Labu Kuning

Disebabkan aku suka sangat makan kuih Pau dan juga Raya Aidiladha hampir tiba. Maka kita kongsikan-kongsikan cara membuat menu nih.

Bahan-bahan:

500 gm tepung roti
15 gm yis kering
20 gm lelemak sayuran
Garam secukup rasa
Air secukupnya untuk menguli
Minyak untuk menggoreng

Cara Menyediakan Kulit:

1. Masukkan tepung, yis kering, lelemak sayuran dan garam ke dalam mangkuk pengadun dan campurkan air sedikit demi sedikit sambil diadun sehingga menjadi doh yang lembut. Rehatkan hingga naik.

2. Bahagikan doh kepada beberapa bahagian yang sama besar dan masukkan satu sudu inti labu. Bentukkan bulat dan punjut di bahagian atas.

3. Biarkan naik sekali lagi sebelum digoreng di dalam minyak panas sehingga kekuningan.

Bahan Inti:

500 gm isi labu kuning - potong kiub dan rebus
50 gm udang kering
100 gm rempah kari
20 gm bawang merah - hiris
20 gm bawang putih - hiris
30 gm rempah tiga sekawan (bunga cengkih, buah pelaga dan bunga lawang)
Beberapa helai daun kari
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara Menyediakan Inti:

1. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bahan yang telah dihiris bersama daun kari sehingga naik bau.

2. Masukkan udang kering serta rempah, dan tumis sehingga wangi. Masukkan pula labu kuning, kacau sebati. Perisakan dengan garam sebelum diangkat.

sumber : Majalah Saji

Friday, September 24, 2010

Resipi Pizza Ayam Sandwic Croissant

Baru-baru ni orang rumah aku bertanyakan resipi untuk buat pizza. Sampai sekarang aku tak jumpa lagi, tp dah jumpa dalam majalah Saji/Harmoni, petang ni nak bg kat orang umah aku suruh dia buat. Sambil2 dapat resipi nih, aku nak kongsila ngan korang. Ushh nampak mcm best. Boleh mkn pizzala aku nampaknya lepas nih. hehehe. :) nice.



Bahan-bahan:
25gm isi ayam (dipotong dadu)

Bahan A (dikisar)
5gm bawang besar
5gm lada benggala merah
3gm lada benggala hijau
3gm lada benggala kuning
3gm cendawan butang
2gm bawang putih

5ml minyak zaitun
10gm keju Mozarella
1 sudu kecil sulah
Sedikit garam
Sebiji roti croissant
10gm daun salad


Cara membuatnya:

1. Mula-mula panaskan minyak zaitun dan tumiskan bahan A selama 8 minit, angkat dan asingkan.


2. Kemudian potong roti kepada dua bahagian dan letakkan bahan A tadi.


3. Selepas itu, letakkan pula keju Mozarella dan bakar selama 2 minit sehingga keju cair dan kuning keemasan. Angkat dan hiaskan mengikut cita rasa anda.

Sumber : Majalah Saji & Harmoni

Wednesday, September 1, 2010

Resipi Nasi Minyak Binjai

Apa kata kita try menu ini plak untuk hidangan kita terutama untuk berbuka puasa. hehehe. Nak buat untuk hari raya nanti pun ok jugak nih.

BAHAN-BAHAN:

2 cawan beras

2 cawan air

1/2 tin susu cair

4 ulas bawang merah (kisar)

2 ulas bawang putih (kisar)

4 cm halia (kisar)

1/2 cawan minyak sapi

2 batang kulit kayu manis

4 biji buah pelaga

5 tangkai bunga cengkih

2 helai daun pandan

2 batang serai (kisar)

Garam dan gula


CARA MENYEDIAKAN:

1. Panaskan minyak sapi dan tumiskan bawang merah, bawang putih, halia, kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan serai sehingga naik bau.

2. Kemudian masukkan air dan susu cair.Rasa masin dan manisnya.

3. Selepas itu, barulah masukkan beras yang telah dibersihkan tadi. Tanak seperti biasa.


Sumber : Majalah Saji

Tuesday, August 24, 2010

Resipi Apam Mentega&Onde-onde Coklat Labu (Kuih Raya)


Sempena raya ni, jomlah kita sama-sama cuba buat kuih yang nih, sedap tau.....Senang plak tu cara buatnye...Nak try ke? jom...

Menu pertama kita hari ini, :)

Apam Mentega


Bahan-bahan:

1 cawan gula
1 cawan air
3 cawan tepung gandum
250 gm mentega
3 biji telur ayam
1 tin susu cair
1 cawan gula
2 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh soda bikarbonat
1 biji kelapa parut
Sedikit esen vanila

Cara Menyediakan:

1. Hanguskan gula dengan 1 cawan gula. Ketepikan.

2. Pukul telur dengan gula hingga kembang.

3. Masukkan mentega (yang telah dipukul berasingan), susu cair, gula hangus, esen vanila dan tepung yang diayak dengan soda bikarbonat dan serbuk penaik. Pukul sebati.

4. Sapu minyak pada mangkuk acuan dan masukkan adunan. Kukus hingga masak.

5. Hidangkan bersama kelapa parut.

6.Siap sudah menu kita hari ini. :) good luck.


Menu Kedua kita hari ini. :)

Onde-Onde Coklat Labu

Bahan-bahan:

250 gm labu

500 gm tepung pulut

Air secukupnya

Kelapa parut putih

Sedikit garam

Bahan Inti Kelapa Coklat:

125 gm gula merah

50 ml air

100 gm gula

175 gm kelapa parut

1/2 sudu kecil garam

100 gm coklat masakan

Cara menyediakan:

1. Kacau inti kelapa coklat di atas api sederhana sehingga pekat dan likat.

2. Kukus labu terlebih dahulu, kemudian dilenyek.

3.Gaulkan dengan tepung pulut. Tuangkan air sedikir demi sedikit sehingga boleh dikepal.

4. Ambil sedikit doh, bulat dan leperkan. Letakkan inti kelapa coklat ditengah-tengah, kemudian bulatkan semula.

5. Masukkan onde-onde di dalam air mendidih. Apabila timbul, angkat dan golekkan di atas kelapa yang digaul dengan sedikit garam.

6. Sudah siap..mmm bestnye.:)

Sumber : Majalah Saji
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Ping site Hypersmash.com