Sunday, April 10, 2011

Koleksi pingat yang diraih Malek Noor

Heboh baru-baru ini yang mana Malek Noor (49 tahun) masuk Unit Rawatan Rapi (ICU) kerana penyakit jantungnya yang kini masih dalam pengawasan. Kejadian berlaku apabila beliau rebah ketika bermain bola sepak bersama pasukan pilihan menteri besar di Ipoh.

Kini Alhamdulillah, beliau beransur pulih. Yep, Cerita tentang beliau ni, di sini aku nak nyatakan beberapa koleksi pingat Beliau ketika beliau menjadi jaguh bina badan mewakili Malaysia dalam beberapa kategori beberapa tahun lalu. Mungkin ramai yang tidak ketahui yang beliau sememangnya sudah banyak menaikkan nama Malaysia dipersada dunia.

Berikut adalah pingat-pingat yang telah diperolehi beliau dan untuk negara.
  • Mr. Universe Heavyweight Finalist (2 kali)
  • Mr Asia Heavyweight (6 kali)
  • Mr. ASEAN Heavyweight (4 kali)
  • Mr. Malaysia Heavyweight (6 kali)
  • Olahragawan Negara Malaysia 1986 dan 1990
  • Pingat emas Personaliti sukan Benson and Hedges 1985
  • Ahli Mangku Negara (AMN) 1986
  • Sultan Ibrahim (PIS) 1986
  • Legendary Sportsman of Malaysia
  • Coca-Cola Olympian tahun 2007

Selain sukan, beliau yang berasal dari Batu Pahat,Johor juga pernah menceburi bidang lakonan. Beliau pernah melakonkan filem Ujang,Juara, Rimba Malam, Kelisa, Pendekar Mata Satu dan Sahabat (1999).

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Ping site Hypersmash.com