Wednesday, February 24, 2010

Salam Maulidur Rasul 2010



Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul. Hari yang penuh dengan sejarah kelahiran Nabi Muhammad S.A.W yang akan disambut pada hari Jumaat (26 Februari 2010) bersamaan 12 Rabiulawal 1431H. Tema untuk tahun ini adalah "Memantap Ukhuwah Memperkasa Ummah".


Sama-sama kita hayati ketika zaman kelahiran Nabi Muhammad S.A.W....

Sebelum kelahiran Rasulullah, Zaman Jahiliah yang juga dianggap sebagai zaman kebodohan berlaku dengan kekejaman dan ketidakadilan juga penghinaan dan kemaksiatan berleluasa di Tanah Mekah. Anak-anak perempuan ditanam hidup-hidup,jarak kemiskinan dan kekayaan makin jauh menyebabkan orang miskin terus jadi miskin,dan orang kaya terus menerus tamak mencari harta kekayaan. Pada zaman ini mereka menyembah berhala yang dibina mereka sendiri yg tidak dapat berbuat apapun kerana tidak percaya lagi dengan ketuhanan Allah S.W.T.

Pada tahun kelahiran Nabi, mengukir sejarah dan peringatan yang mana datangnya tentera Abrahah mahu menyerang Kaabah yang begitu cemburu dengan kemajuan di Mekah. Akan tetapi tentera mereka kalah dengan perlindungan dari Allah yang menghantar burung Ababil yang membawa batu dari neraka untuk menghancurkan tentera jahat Abrahah yang akhirnya mereka tumpas seperti dedaun kayu yang dimakan ulat. Dengan peristiwa ini,maka tahun tersebut diberi nama tahun Gajah.

Begitu juga dengan peristiwa lain sewaktu kelahiran Rasulullah iaitu Api yang menyala beribu-ribu tahun yang menjadi tempat penyembahan kaum Majusi tiba-tiba padam.
Begitu menakjubkan dan mulia ketika kelahiran Nabi Muhammad, Baginda dilahirkan di Mekah dari kaum Bani Hashim. Baginda menjadi anak yatim dalam usia 7 bulan kerana kematian ayahanda Abdullah Bin Abdul Mutalib.

Beliau diasuh oleh Ibunya Aminah Binti Wahab dan diberikan dan disusui oleh Siti Halimatu Saadiah kerana kerisauan dengan penyakit berjangkit di Kota Mekah pd ketika itu, Pada asalnya Halimah tidak mahu menyusui anak yatim, akan tetapi tanda Kenabian yang ada menyenangkan hati Halimah untuk menyusui Nabi. Semasa Saad Halimah menjaganya, Allah memurahkan rezeki kepada mereka,Kambing2 ternakan banyak menghasilkan susu.

Setelah selama 2 tahun diasuh oleh Halimatu Saadiah,ketika Nabi bermain-main dengan anak-anak Halimahtu Saadiah, Baginda didatangi oleh dua orang pemuda yang berpakaian putih iaitu Malaikat diutuskan Allah untuk membedah dada Nabi Muhammad untuk membersih dan menanam kemuliaan. Peristiwa ini tidak diketahui oleh Halimah yang mendapat aduan dari anak-anak mereka akan hal itu. Halimah terus memeriksa badan Nabi akan tetapi tidak ada satu pun kecacatan atau parut yang ada pada Nabi.

Selama 5 tahun Nabi dijaga Halimah kemudian Halimah menyerahkan kembali kepada Datuk Baginda iaitu Abdul Mutalib. Dalam ketika itu, Ibu baginda Aminah pula meninggal dunia kerana jatuh sakit. Ketika Nabi berusia 8 tahun, Datuknya Abdul Mutalib pula meninggal dunia. Kematian Abdul Mutalib suatu kehilangan besar bagi Bani Hasyim kerana sifat wibawa,tegas dan sentiasa memberi pandangan bernas juga menjadi pemimpin kepada kaum Bani Hasyim ketika itu. Begitu Nabi Muhammad sangat sedih akan kehilangan orang tersayang,walaubagaimanapun, Baginda tetap tabah menghadapi dugaan ini, walau baginda masih kecil, akan tetapi Baginda sudah mengerti yang ini adalah kehendak Allah S.W.T.

Kemudian Baginda diasuh oleh Bapa saudaranya iaitu Abu Talib. Abu Talib sangat menyanyangi Baginda. Abu Talib sangat tertarik dengan budi pekerti dan sifat baik yang ditunjukkan Rasulullah.

Semasa Baginda Rasulullah berumur 12 tahun, Abu Talib dan saudara lain mahu berkunjung ke Syam untuk berdagang. Rasulullah juga bersama Abu Talib berdagang,Sepanjang perjalanan,Allah melindungi Rasulullah dengan awan tebal yang melindungi Baginda dari panas terik.Dalam perjalanan mereka bertemu dengan seorang Rahib yang tahu tentang ciri-ciri kenabian Rasulullah. Rahib tersebut berpesan kepada Abu Talib supaya menjaga dan melindungi Rasulullah sebaik-baiknya dan menjauhi dari kaum Yahudi yang cuba mengkhianati Nabi.

Baginda dan Abu Talib sangat mesra dan Abu Talib melayani Nabi seperti anak-anaknya yang lain, Nabi juga seorang yang rajin dan Nabi melakukan kerja dengan mengembala kambing,Baginda juga selalu merenung dan berfikir tentang kejadian alam ciptaan Allah.Pada ketika ini juga Nabi telah digelar Al-Amin oleh penduduk Mekah yang mempercayai bahawa Nabi tidak pernah menipu dan Baginda sentiasa jujur dalam perbuatannya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Ping site Hypersmash.com