Sunday, February 28, 2010

Al-Fatihah untuk Syafiah Humairah Sahari


Kejadian yang menimpa Adik kecil yang berumur 3 tahun ini sangat menyentuh hati saya. Apatah lagi ianya didera dengan tanpa belas kasihan, Teman lelaki ibunya yang mengaku Adik ini sebagai anak tirinya telah bertindak kejam dengan menyepak,menampar dan memijak kepala si adik kecil ini dengan tanpa belas kasihan di Kampung Batu 30, Ulu Yam Lama, dekat Batang Kali,Selangor.

Kelakuan sebegini menyebabkan luka teruk di bahagian muka,perut,parah ditubuh serta lebam di tangan dan kaki sehingga si adik yang tidak bersalah ini meninggal dunia ketika perjalanan ke Hospital Kuala Kubu Bahru. Adik ini yang dibawa sendiri oleh teman lelaki ibunya ke Hospital dan mendakwa ia akibat kemalangan jalan raya kemudian suspek tersebut bergegas keluar melarikan diri dengan memberi alasan untuk terus ke Balai Polis untuk membuat laporan.

Kemudian dari hasil siasatan bedah siasat hospital, Adik ini bukanlah mati akibat kemalangan jalan raya,akan tetapi ia disebabkan penderaan teruk hasil penemuan beberapa kesan lebam dan luka dalam akibat dipukul.

Selepas Jam 3 pagi, suspek yang bekerja sebagai pemandu teksi ditahan pihak polis untuk siasatan dan suspek telah mengaku melakukan penderaan terhadap adik Syafiah ini. Penderaan tanpa belas kasihan ini berlaku dipadang bola hanya kerana melarang si adik ini bermain air.

Dimanakah sifat kemanusiaan? Sehingga anak-anak kecil menjadi mangsa kekejaman. Dimanakah puncanya? Mungkinkah kerana tekanan hidup atau dendam yang menyelubungi dan menguasai diri sehingga sanggup melakukan perkara-perkara diluar batasan agama dan kemanusiaan.

Kejadian tragis ini diharapkan menjadi tauladan dan pedoman untuk semua. Semoga roh Si Adik ini berada dikalangan orang-orang yang beriman dan syurga untuknya. Amin

Marilah kita sedekahkan Al-Fatihah untuk Allahyarhamah Adik Syafiah Humairah Sahari.

4 comments:

Anonymous said...

memang sadis gila! x larat dah nak sedih pasal kes dera n bunuh budak2 ni... T__T Al-Fatihah...

- zuriey - said...

sedihnya..harap2 si pendera dapat hukuman setimpal dgn perbuatan dia

Cik Cinta said...

kalau die dikenakan hukuman didunia sekalipun xmampu nak tanggung penderitaan si kecil tu.. comey je dak ni..mmg xberperikemanusiaan..

niny said...

Ya Allah, kesiannye baca berita ni. Semoga kes mcm ni takkan berlaku pd anak2 kecil yang lain pula. selalu dgr cerita mcm ni. Mana pergi sensitiviti dan kemanusiaan orang sekarang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Ping site Hypersmash.com