Wednesday, October 27, 2010

Waktu-waktu yang dilarang minum Air


Sebaik-baiknya korang janganlah minum air selepas waktu-waktu sebegini kerana dikatakan ia boleh melemahkan sistem pencernaan di dalam badan:

  • Selepas bersenam,bersukan atau kerja berat ( rehatkan diri terlebih dahulu dalam beberapa minit, bila dah reda sikit penat barulah minum.
  • Selepas bersetubuh atau jimak
  • Ketika sedang makan
  • Selepas makan buah-buahan
  • Selepas keluar dari bilik mandi
  • Ketika terjaga dari tidur.

11 comments:

rinaDOrina said...

Salam..
tapi saya pernah terbaca.. meminum air sebaik bangun dari tidur itu bagus kerana air liur ketika bangun pagi itu bagus dan baik untuk awet muda. hurmm.. macam mana plak tu?

therosputih said...

setuju ngan rinaDOrina...mcm mana ni ek...

feyus said...

Yap,maksud disitu ketika bangun tidur seelok2nya biarkan dulu dalam beberapa minit,buatlah senaman kecil skit2, kemudian baru minum,baru dpt awek muda. Kerana jika bangun tidur dan terus minum serta merta diyakini ia boleh melesukan badan.

alien said...

thanks for sharing

therosputih said...

ooo...patutla lepas minum tidur balik...ngeh3

esok pagi nak try ah...

hazman aka species1980 said...

kekadang terjaga gak malam2 .... minum air... dahaga punya pasal...

kisahsensasi said...

hmm... kena kontrol gak timing nie yea...

Wan Zulqhairi said...

kalau minum air masa menyelam bleh???

jaizu said...

Kajian para saintis mendapati amalan minum air sebaik bangun dari tidur setiap pagi mempunyai banyak manfaat.

Japanese Medical Society misalnya berjaya membuktikan dalam kes-kes tertentu, amalan ini mampu memulihkan penyakit termasuk yang serius.

Diantara penyakit yang termasuk dalam penyelidikan persatuan perubatan di negara matahari terbit itu ialah sakit kepala, sakit-sakit badan, sistem jantung, artritis, degupan jantung yang pantas, epilepsi, lemak berlebihan, bronkitis, tibi, meningitis, buah pinggang dan jangkitan pada air kencing.

Bagaimanapun amalan minum air kosong sebaik jaga dari tidur ini perlu mengikut beberapa peraturan untuk memastikan keberkesanannya.

*Minum empat gelas air (160 ml) sebaik jaga dari tidur setiap pagi dan sebelum memberus gigi.
*Berus gigi dan bersihkan mulut tetapi jangan makan atau minum apa-apa untuk 45 minit.
*Selepas 45 minit anda boleh makan dan minum seperti biasa.
*Selepas 15 minit mengambil sarapan, makan tengahari dan makan malam jangan makan atau minum untuk tempoh dua jam.
*Bagi pesakit yang lanjut usia dan tidak larat minum empat gelas air sekali gus diperingkat permulaan, mereka boleh memulakan kaedah rawatan ini dengan meminum air secara berperingkat sehingga mampu mencapai empat gelas sehari.

Kaedah rawatan dipercayai mampu merawat pelbagai penyakit dalam tempoh tertentu:

*Tekanan darah tinggi – 30 hari
*Gastrik – 10 hari
*Diabetes – 30 hari
*Sembelit – 10 hari
*Kanser – 180 hari
*Tibi – 90 hari.

Pesakit artritis hanya perlu mengikuti rawatan tersebut untuk tiga hari. Rawatan ini tidak mempunyai sebarang kesan sampingan kecuali diperingkat awal pesakit mungkin kerap buang air kecil.


Khasiat Air Liur Basi

*Air liur basi berkhasiat cerna sistem tubuh manusia. Air liur basi yang diminum bersama air biasa ketika bangun awal pagi adalah penawar semula jadi paling mujarab dalam membentuk kesihatan seseorang insan.

*Air liur basi yang dipandang jijik menyimpan khasiat khusus bagi mencerna sistem dalam tubuh manusia.

*Keberkesanan air liur basi bagaimanapun hanya untuk keperluan tubuh badan individu itu sendiri dan bukan untuk dikongsi dengan orang lain.

*Cara amalannya pula hanya berkesan jika seseorang itu bangun dari tidur dengan terus meminum air putih biasa tanpa perlu mencuci muka, berkumur-kumur atau membersihkan badan.

*Sistem rawatan tersebut telah menjadi amalan Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam dalam kehidupan harian baginda dan telah dikesan kemujarabannya oleh pakar sains perubatan moden.

*Nabi Muhammad semasa hayatnya akan meneguk air putih biasa terlebih dahulu sebelum baginda bersugi dan berwuduk menunaikan solat subuh setiap pagi.

Wallahu’alam…


**(Panjang plak..), perkongsian ilmu..
**thanks admin!

zailani hamat said...

Saya setuju dgn jaizu. Diharap sebarang article yg nak dipostkan biarlah disertakan dgn bukti saintifik atau bukti dari amalah rasulullah... itu yg terbaik. Jgnlah mengelirukan masyarakat dgn post2 yg tiada bukti. Kalau setakat hearsay (contoh : dikatakan), itu tak boleh dijadikan bukti....

zailani hamat said...

Saya setuju dgn jaizu. Diharap sebarang article yg nak dipostkan biarlah disertakan dgn bukti saintifik atau bukti dari amalah rasulullah... itu yg terbaik. Jgnlah mengelirukan masyarakat dgn post2 yg tiada bukti. Kalau setakat hearsay (contoh : dikatakan), itu tak boleh dijadikan bukti....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Ping site Hypersmash.com