Anugerah juara lagu (AJL) sejak dulu lagi sentiasa mencipta sejarahnya yang gemilang. Kini AJL 24 yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur kembali melakukan kelainan yang membawa rentak Indie sebagai juara keseluruhannya.
Keputusan AJL ke 24 ini adalah :
Juara Lagu : Pergi (Pete Teo/Amran Omar/Aizat)
Naib Juara : Dan Sebenarnya (Yuna)
Tempat Ketiga : Bercinta (Audi Mok/Faizal Tahir)
Vokal Terbaik : Black - Aku Rindu Sayang Kamu.
Persembahan Terbaik : Aizat- Kau Aku.
Juara pada AJL 24 ini adalah satu artis baru Aizat yang dulunya pernah memasuki Akademi Fantasia.
Anugerah Juara Lagu ini juga berjaya mencecah hampai 5 juta Penonton yang menyebabkab kesesakan berlaku di stadium tersebut.
Selain itu, ada juga sesetengah individu melontarkan gosip dan ketidakpuasan keputusan AJL 24 yang mana kemenangan lagu 'Pergi' adalah berkaitan dengan orang kuat TV3 Dato’ Sri Farid Ridzuan yang rapat dengan arwah Yasmin Ahmad yang telah lakukan filem 'Talentime' juga dengan tindakan penukaran giliran persembahan antara Faizal Tahir dan Tomok.
Walaubagaimanapun, industri muzik tanahair semakin gah dan masih lagi menunjukkan kualiti lagu yg masih sedap didengar. Syabas dan tahniah kepada juara.
1 comment:
kami mencari talent wanita & lelaki! join contest kami dan menangi free photoshoot! :) contest ends on 23/1/2010.
http://annahtalent.blogspot.com
Post a Comment