Thursday, September 23, 2010

Akhirnya hukuman mati untuk pembunuh Syafiah Humaira


Aku mendengar berita semalam dan paper hari ini yang mana pernah mengemparkan seluruh negara tentang berita kanak-kanak Syafiah Humaira yang mati akibat ditendang dan dipukul oleh seorang pemandu teksi(Mohd Fazli Azri ) di Kawasan Rumah Murah, Batu 30, Ulu Yam Lama, Batang Kali pada jam 6.30 petang 25 Feb 2010 lalu.

Aku merasakan ia sangat adil dan lega dengan keputusan mahkamah tinggi semalam kerana si adik kecil ini sememangnya tidak bersalah dan budak yg tidak tahu apa-apa ini sanggup diperlakukan sebegitu.

Dia(Mohd Fazli Azri) dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan, tapi akhirnya ia sememangnya didapati bersalah.

Mohd Fazli Azri ini adalah teman lelaki kepada ibu adik allahyarhamah Syafiah Humaira yang didakwa memijak perut dan menendang si adik kecil sehingga mati. Hasil dari saksi2 di mahkamah Pemandu teksi ini dikatakan adalah waras ketika kejadian, tidak mabuk mahupun dalam khayal. Ia normal ketika itu.

Selesailah sudah kes adik Syafiah Humaira. Dan hukuman hasil dari apa yang dilakukan adalah setimpal kerana menyebabkan kematian.

kes ini pernah diceritakan di blog ini : http://kesinambunganzaman.blogspot.com/2010/02/al-fatihah-untuk-syafia-humairah-sahari.html

2 comments:

Zasillah Ariffin said...

alhamdulillah...

memnag setimpal dengan apa yang dia dah buat...

QERY HASAN said...

setuju...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Ping site Hypersmash.com