Promosi Giler-Gilerrrr!!!!

Thursday, September 23, 2010

Petua cegah penyakit medu atau gastrik


Mungkin sesetengah orang tidak mengetahui cara ini (tradisional melayu) tentang bagaimana untuk mengatasi masalah penyakit gastrik. Ada yang memakan ubat,pil dan sebagainya, walaubagaimanapun ia hanya bersifat sementara dan hanya sebagai ubat penahan sakit akan tetapi ia tidak mampu untuk menghilangkannya, oleh itu korang cubalah dengan cara tradisional melayu yang diterangkan di bawah ini, ianya mungkin mampu untuk menghilangkan penyakit ini. InsyaAllah, Usaha tangga kejayaan. :)

Cara pertama :
Ambil hempedu/pedal ayam yang masih mentah, kemudian hiriskan halus-halus. Seterusnya jemurkannya sampai kering, Setelah kering tumbuklah sehingga menjadi debu.
Kemudian masukkanya ke dalam air panas secukupnya dan minumlah.
Boleh campurkan sedikit kopi untuk hilangkan hamis. Minum sebanyak 3 kali sehari.


Atau

Cara kedua :
Ambil susu kambing asli (masih mentah) , masakkannya bersama dengan buah tamar (kurma), setelah masak makanlah.
Amalkannya selalu.

Digalakkan melakukannya dengan memulakan selawat ke atas nabi.

InsyaAllah, dengan inzin Allah gastrik beransur-ansur akan hilang.

Sumber : petua dari ayah

3 comments:

armouris said...

info tentang gastrik di SIHAT SELALU - Tanda dan Rawatan Gastrik

Anonymous said...

Terima kasih. terbukti berkesan utk gastrik dan angin medu dgn menggunakan hempedal ayam.

Syafieqah Umierah said...

slm.. ap lagi tanda2 medu angin ni? time ksh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Ping site Hypersmash.com