Friday, February 10, 2012

Hati-hati Dengan Resit Jual beli barang

Ohhh, hari ni aku rasa hampa dan kecewa sangat-sangat. Disebabkan aku tidak semak kembali harga barang pada resit, aku telah kerugian RM12.50. Nak tahu kenapa? sebab aku hanya tengok harga jumlah besar (total) sahaja.



Sume barang ni adalah barang-barang my wife. Yang aku bulatkan merah tu berlaku kesilapan pengiraan. Sepatutnya RM12.50 x 5 = RM62.50 tapi dituilisnya jumlah RM75.00. Bila tolak RM75.00-RM62.50 kerugian aku alami adalah sebanyak RM12.50. huhuhuhu.

Aku perasan benda ni bila dah sampai kat rumah, Bila fikir2 nak patah balik ke kedai tak berbaloi plak, buat habis duit minyak je lebih dari yang rugi. Huhuhuhuhu. Yang jurujual tu pun satu, nak berniaga tapi tahu kira. Ni yang rasa nak marah ni.... hampeh!!! tulla.

So, Korang lau nak beli apa-apa barang berhati-hatilah dan semak terlebih dahulu resit sebelum bayar. Jangan jadi macam aku ni. huhuhuhu

Fikir-fikirkan...

1 comment:

HAFIY HAZMI said...

Salam,

Saya setuju, kena selalu tengok resit setiap kali pembelian barang. Semalam saya baru terkena, dia scan barang tu, tapi terlupa nak masukkan dalam troli. Bila balik rumah baru perasan takde.

Best regards,

Hafiy Perodua
www.buy-perodua.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Ping site Hypersmash.com