Wednesday, January 18, 2012

Misteri Pokok Terbakar dengan sendirinya

Yap, Kuasa Allah mengatasi segalanya. Hari ini satu lagi petunjuk yang agak pelik didengar.

Di Florida, Taman Pokok Besar Longwood. Ada satu berita gempar yang mana sebuah pokok yang dianggarkan berusia 3500 tahun terbakar dengan sendirinya dari dalam dan tumbang begitu saja.



Punca kejadian sebenar juga tidak diketahui kenapa ia berlaku sedemikian.


Pokok yang diberikan nama sebagai sipres terbakar pada jam 5.45 pagi, seramai 15 anggota bomba bergegas ke sana untuk memadamkan kebakaran. Pokok tersebut akhirnya tumbang pada jam 8.15 pagi.

Semalam aku ada juga dengar berita satu kejadian misteri yang berlaku di Malaysia di Kota Samarahan, Sarawak yang mana ada beberapa penduduk yang mendengar satu suara pelik dari langit yang sangat menakutkan dan ia berjaya dirakam oleh beberapa penduduk di situ pada 11 dan 12 januari 2012. Tidak lama selepas itu berlaku satu gempa bumi kuat pada 7.3 skala richter yang mengegarkan bumi Sumatera, Indonesia.

Video ini adalah suara yang telah berjaya dirakam sebahagian penduduk Kota Samarahan :



Hikmahnya disebalik apa yang berlaku ini hanya Allah sahaja yang tahu.

Fikir-fikirkan............

Sumber : nydailynews.com & selatanonline.net

2 comments:

jobmall said...

seram juga bunyi tu,, cuma takder gambar apa2,, kalau ada gambar bulan ke bintang ke lagi terasa

grosir busana muslim said...

tulisan yang baik untuk di simak,,nice post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Ping site Hypersmash.com