Friday, July 1, 2011

Gambaran Azab Seksa Peristiwa Israj Mikraj

Assalamualaikum....

Ini adalah antara gambaran-gambaran azab siksaan yang dipertontonkan kepada baginda Rasulullah S.A.W sepanjang Malam Israj Mikraj :

1) Peristiwa sekumpulan manusia yang menghantukkan kepalanya kebatu berkali-kali. Ini adalah kerana azab bagi mereka yang tidak melakukan Solat.

2)Peristiwa Sekumpulan manusia yang memakan tumbuh-tumbuhan yang berduri. Gambaran azab ini adalah bagi mereka yang tidak mengeluarkan zakat.

3)Peristiwa diperlihatkan kepada Nabi sekumpulan manusia yang memakan daging busuk sedangkan ditangannya ada daging yang baik. Ini adalah azab bagi orang-orang yang melakukan perbuatan Zina.

4) Peristiwa sekumpulan manusia yang meletakkan bebanan demi bebanan di atas belakangnya sedangkan dia sudah tidak mampu lagi untuk memikulnya. Ini bagi gambaran azab mereka yang tidak amanah.

5) Peristiwa sekumpulan manusia yang berenang-renang dilautan darah sedangkan mulutnya penuh dengan batu. Azab bagi orang-orang yang memakan riba.

6) Peristiwa sekumpulan manusia yang mencakar-cakar wajahnya dengan kuku yang tajam, kemudian mereka mengambil cebisan dagingnya sendiri untuk dimakan kemudian mereka makan pula daging orang lain yang berbau busuk. Ini adalah azab bagi orang-orang yang suka mengumpat dan memburuk-burukan orang lain.


Semoga kita dapat mengambil iktibar dari peristiwa di atas.

Selamat menyambut Israj Mikraj....

Semoga kehidupan kita diberkati oleh Allah S.W.T...

Sumber :Kutbah Jumaat

5 comments:

Used Car for Sale said...

thanks for sharing

fairus said...

SEMOGA KITA SAMA2 MENGINSAFINYA..

Noor Fatin said...

takotnya :( semoga kita terhindar dari semua ni..

eclipsesweet said...

tq.. :)

Zuraini said...

harap2 terhindar dr demua tu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Ping site Hypersmash.com