Esok kita sudah berada di siri kedua tahun 2011. Memang aku merasakan masa berlalu begitu pantas dan tidak sedar. Apakah kita sudah mencapai hajat atau cita-cita pada tahun ini? Atau masih dalam bayangan.
Aku tidak tahu apa target aku di tahun ini sebab aku menganggap kita hanya merancang tapi Tuhan yang menentukan segalanya. Ok, tutup bab cita-cita.
Sekarang aku nak fokus berkenaan bencana alam yang sudah melanda dunia pada siri pertama tahun 2011. Korang tentu masih ingat lagi bencana Tsunami Jepun diawal tahun 2011, lagi bencana puting beliung yang melanda Amerika Syarikat, Tanah runtuh di Hulu Langat,Selangor, Banjir Besar di Australia yang menenggelamkan beberapa buah bandar, dan semalam kita baru dikejutkan gempa bumi di sumatera yang memberi kesan gegaran di negeri selangor,perak, melaka dan kuala lumpur.





Itu belum termasuk lagi dengan kejadian dari perbuatan manusia sendiri, sontoh isu pergolakkan di Mesir dan Libya dan Palestin. Tidak sudah-sudah masih berlarutan sehingga kini.
Fikir-fikirkan.........
No comments:
Post a Comment