Wednesday, June 22, 2011

Himpunan BERSIH suara politik atau pembelaan?

Kini, negara kita heboh dengan perkataan BERSIH, perkataan ini tiba-tiba menjadi glamour kerana ia kini sudah menjadi tumpuan wartawan dan semua orang.Semua rakyat Malaysia tahu akan perhimpunan yang bakal berlangsung di Kuala Lumpur pada 9 Julai 2011 nanti. Aku bercakap di sini sebenarnya bukanlah atas dasar politik atau menyebelahi mana-mana pihak. Akan tetapi, atas nama rakyat Malaysia, aku perlu menyatakan sesuatu yang mungkin boleh dikongsi.

Secara peribadinya aku akui yang dalam himpunan BERSIH ini bukanlah bertujuan untuk memerangi kerajaan atau negara. Sebaliknya ia menyatakan suara rakyat bagi menguraikan beberapa perkara ketidakpuasan hati rakyat. Bagi aku jika kerajaan memberi cakna atau mengambil perhatian dengan suara ini, rasanya ia boleh memberi banyak kelebihan sama ada kepada rakyat sendiri mahupun kerajaan.

Mungkin ada beberapa perkara yang tidak diberi perhatian, oleh itu dari himpunan aman inilah maka sesuatu boleh diucapkan dan disampaikan pada semua.

Perlulah dipertimbangkan akan himpunan ini kerana mereka bukanlah membawa senjata atau mahu menyerang. Mereka hanya mahu menyatakan sesuatu.

Memang betul, dengan BERSIH inilah satu medan dan saluran untuk menyatakan sesuatu supaya dapat sampai kepada pemerintah negara.

Apakan tidak, perhimpunan ini telah mendapat persetujuan 99% rakyat Malaysia dan bersetuju dengan apa yang dirancangkan. Kajian peratusan ini telahpun dilakukan oleh pihak The Star dan ia boleh diakui.



Dan ini adalah perkara-perkara mahu dibawa dalam himpunan BERSIH versi 2.0 :
  1. BERSIHKAN SENARAI UNDI
  2. MENREFORMASI UNDI POS
  3. GUNA DAKWAT KEKAL
  4. MASA KEMPEN MINIMA 21 HARI
  5. AKSES MEDIA YANG BEBAS DAN ADIL
  6. KUKUHKAN INSTITUSI AWAM
  7. HENTIKAN RASUAH PILIHANRAYA
  8. HENTIKAN POLITIK KOTOR


Secara ringkasnya,himpunan BERSIH tidak menyebelahi PAS,BN,Keadilan,DAP atau mana-mana parti akan tetapi ia suara Rakyat jelata Malaysia.

Demi anak-anak kita dan kesejahteraan keluarga kita....

Fikir-fikirkan....

1 comment:

Mr Paktam said...

banyak keburukan dari kebaikan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Ping site Hypersmash.com