Tuesday, August 17, 2010

Wasiat untuk umat Islam??

Pagi tadi, saya ada menerima emel yg mengatakan cetakan ini perlu dibuat 20 salinan dan diedarkan kpd org lain selepas baca untuk murah rezeki dan jika tdk melakukannya, musibah akan dihadapi. Surat & emel ini terdahulu menceritakan kisah seorang yg bernama Sheikh Ahmad Maeine (Saudi Arabia) telah bermimpi Rasulullah. Kemudian beliau mewasiatkan kpd org ramai akan hal ini. Apa yg saya terkejut surat ini telah menyatakan individu dan beberapa pemimpin yg telah terima surat ini dan melakukannya sebanyak 20 salinan, kemudian dimurahkan rezeki dan pangkat. Adakah perkara sebegini boleh memesongkan akidah seseorang dengan kepercayaan terhadap 20 salinan ini?

Bagi saya, mungkin kisah yg diceritakan itu benar dan boleh disebarkan, akan tetapi dengan cetakan sebanyak 20 salinan dan diedarkan selepas baca dan apabila tdk melakukannya,musibah akan melanda serta jika melakukan cetakan tersebut maka rezeki akan mendatang. Bagi kita perkara2 sebegini boleh memesongkan akidah seseorang kerana tiada satu pun hadis nabi mengatakan sedemikian. Juga apa2 takdir yang berlaku adalah ketentuan Allah S.W.T bukan manusia yg tentukannya. Manusia hanyalah merancang sahaja.

Di sini admin memaparkan emel yg diterima oleh seorang rakan :

bace sampai abez....pastu fowardkn plz..... ni adalah benar... sila baca sehingga habis... dan tlg sebarkan kepada seberapa byk org Islam yg boleh...

Assalamualaikum
Warahmatullahi Wabarakatuh ini adalah surat wasiat dari penjaga makam Nabi Muhammad SAW iaitu Sheikh Ahmad Maeine (Saudi Arabia).Pada suatu malam ketika membaca Al-Quran dimakam Rasulullah SAW. Selepas membaca lalu hamba tertidur, dalam tidur hamba bermimpi didatangi Rasulullah SAW lalu bersabda kepada hamba, dalam 60 000 orang yang meninggal dunia di zaman ini tiada seorang pun yang matinya dalam keadaan beriman.


(a)Isteri tidak mendengar kata suami.


(b)Orang kaya tidak lagi bertimbang rasa.


(c)Orang tidak lagi berzakat dan tidak membuat kebajikan.


Oleh itu wahai Sheikh Ahmad, hendaklah kamu menyedarkan kepada orang Islam ini supaya membuat kebajikan, kerana hari penghabisan(Qiamat) akan tiba di mana bintang akan terbit dari langit, sesudah itu matahari akan turun di atas kepala.


PESANAN HAMBA INI
(a) berselawat - untuk junjungan Nabi kita Muhammad SAW.
(b) bertaubatlah - dengan segera sementara. Pintu Taubat masih terbuka.
(c) Bersembahyanglah
(d) berzakat – jangan ditinggalkan.
(e) Menunaikan Fardhu haji – bila berkemampuan.
(f) Jangan menderhaka kepada kedua ibu bapa.


UNTUK MAKLUMAN
1. Seorang saudagar dari Bombay telah menerima surat ini dan beliau telah mencatak sebanyak 20 salinan dan mengirimkan kepada orang lain, dia kemudiannya dianugerahi Allah dengan mendapat keuntungan yang besar dalam perniagaannya.

2.seorang hamba Allah telah menerima surat ini tetapi tidak mengendahkannya dan menganggap wasiat ini palsu, maka selang beberapa hari kemudian anaknya meninggal dunia.


3. Pada tahun 1977 Tun Dato Mustapha bekas Ketua Menteri Sabah menerima wasiat ini kemudian mengarahkan setiausahanya mencetak sebanyak 20 salinan dan menghantarnya kepada orang lain, maka selang beberapa hari kemudian dia telah mendapat hadiah dari kebajikan masyarakat di malaysia timur.


4. Tan sri ghazali jawi, bekas menteri besar perak secara tidak langsung dipecat dari jawatannya kerana apabila beliau menerima wasiat ini beliau terlupa mencetak 20 salinan untuk disebarkan kepada orang lain tetapi beliau telah menyedari kesilapannya lalu beliau mencetak semula wasiat ini dan mengirimkannya kepada orang lain, beberapa hari kemudian beliau telah dilantik menteri Kabinet Perdana Menteri.


5. Zulfikar Ali Bhuno telah menerima surat wasiat ini dan tidak percaya akan kebenarannya juga menganggap palsu lalu membuangnya ke dalam tong sampah. Seminggu kemudian beliau telah dijatuhkan hukuman pancung sampai mati.


6. Di Terengganu, seorang pekerja bengkel kenderaan telah menerima wasiat ini dari pengirim yang tidak dikenali yang datangnya dari Perak lalu beliau membuat sebanyak 20 salinan seperti yang dituntut.
Alhamdulillah dia dianugerahkan oleh Allah seorang gadis berakhlak mulia seperti yang dituntut oleh Islam. Baginya anugerah ini paling agung dan tidak ada tandingannya.


7. Di Terengganu juga, seorang hamba Allah telah menerima surat ini dari orang yang tidak dikenali tetapi beliau tidak mengendahkannya dengan mengatakan ianya bohong belaka dan sengaja mengada-adakan untuk menakutkan orang yang membacanya. Beberapa hari kemudian dia telah mendapat penyakit ganjil dan penderitaanya amat menyedihkan. Setelah tiga minggu mendapat rawatan rapi di hospital, penyakitnya sukar juga diubati oleh doktor. Akhirnya beliau teringat akan wasiat ini dan mengedarkannya kepada orang lain. Seminggu kemudian barulah beliau beransur sembuh sehingga sekarang.


Banyak lagi contoh-contoh orang yang menerima wasiat ini tetapi tidak mempercayainya dan tidak
mengedarkannya atau menyampaikan kepada orang lain. Dimana mereka mendapat malapetaka.
setelah kejadian yang menggembirakan dan menyakinkan ini anda jangan lupa menyampaikan 20 salinan wasiat dalam masa 96 jam dari masa anda menerimanya.


InsyaAllah anda akan memperolehi sesuatu dari YANG MAHA KUASA dengan penuh keyakinan pasti ia
akan menerangi hidup anda dengan nikmat kebahagiaan hidup. ISNYAALLAH. PERHATIAN
setelah membaca wasiat ini hendaklah ditulis atau dicetak dan disampaikan kepada orang lain sebanyak 20 salinan. sekiranya telah dilakukan anda akan dianugerahkan sesuatu nikmat atau hajat anda akan dikabulkan oleh ALLah. Kata sheikh ahmad lagi. jika apa yang hamba katakan ini tidak benar,
biarlah hamba mati dalam kekufuran dan hamba tidak mendapat perlindungan dan syafaat Rasulullah SAW naaauzubillah. Oleh itu hendaklah ditulis atau dicetak dan disampaikan kepada orang lain.
insyaAllah dalam masa 2 minggu anda akan berolah kebahagiaan dan ingatlah lakukan ini dengan hati yang ikhlas dan janganlah diabaikan atau dibiarkan TLG SEBAR KAN KPD UMAT ISLAM.... SEBAR KAN 20 WASIAT NI KPD UMAT ISLAM..

Benarkah perkara ini akan berlaku yg mana dinyatakan dalam tempoh 96 jam untuk edaran tersebut setelah menerima bacaan ini?

Sungguh setiap kejadian adalah dengan kehendak Allah S. W.T. Apa yang penting kita ikut apa yg ditinggalkan oleh Nabi Sebelum Baginda wafat iaitu Al-Quran dan Al- Sunnah, dan Nabi juga berpesan kita tidak akan sesat selagi kita perpegang kepada kedua-duanya. 2 perkara inilah yang ditinggalkan Rasulullah S.A.W. Nabi kesayangan kita.


1 comment:

Unknown said...

betul,jangan percaya,bukan kat email saja,dalam masjid pun ader orang sengaja letak untuk dibaca pengunjung.Hanya mereka yang kurang beriman saja percaya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Ping site Hypersmash.com