Monday, August 16, 2010

Perkara-perkara yang membatalkan puasa. (hati-hati)


Dengan segala puji hanya bagi Allah yang telah menghadirkan dan berjumpa sekali lagi kita dibulan mulia Ramadhan Al-Mubarak. Puasa mengajar kita erti kesabaran dan keimanan yang perlu kita fahami.

Dibulan yang mulia ini marilah kita sama-sama berebut melakukan ibadah kerana Allah melipat gandakan pahala kepada sesiapa yang berbuat kebaikan di bulan ini. Alhamdulillah jumpa lagi kita dibulan ramadhan yang penuh berkat.

Di sini admin mahu menekankan tentang perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa seperti dibawah selain dari makan dan minum:

  1. Kedatangan haid atau nifas
  2. Melahirkan anak
  3. Mengeluarkan Mani (Mimpi basah sehingga terkeluar air mani tidak batal puasa, tetapi perlu melakukan mandi junub)
  4. Menjadi gila
  5. Pitam sepanjang hari
  6. Melakukan jimak atau hubungan seks pada waktu siang
  7. Muntah dengan sengaja
  8. Mabuk sehingga hilang kewarasan
  9. Murtad
  10. Merokok

Selain itu, memasukkan sesuatu benda ke rongga yang terbuka dengan sengaja boleh membatalkan puasa kecuali ia dalam keadaan sakit dan terpaksa melakukan rawatan(darurat). Bagi sesetengah orang juga yang melakukan suntikan ubatan bagi pesakit dimaafkan dan boleh meneruskan puasa tersebut kerana ia tidak membatalkan puasa.

Sabda Rasullulah S.A.W :

“Sesungguhnya Allah mengampuni umatku yang tersilap, terlupa atau dipaksa melakukan sesuatu.” (Riwayat At-Tabarani)

SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA.:)

Rebutlah peluang ibadah di bulan mulia ini.

Bab kata lirik lagu waliband "hidup cuma satu kali". hehehe. moh kita rebut peluang beribadat kepada Allah S.W.T.

2 comments:

MAZHA said...

salam, sama-sama ingat mengingatkan...amalan yang mulia, maklumlah puasa sebulan aje setahun, mgkn ade yg terlupa..

feyus said...

betul tu abhamz, semoga kita mendapat rahmat Ilahi dalam bulan yg penuh keberkatan ini.Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Ping site Hypersmash.com