Friday, August 13, 2010

Hukuman gantung kepada pesalah buang bayi


Hasil dari perbincangan kabinet baru-baru ini memutuskan untuk mengetakkan lagi undang-undang kepada pesalah buang bayi yang kini semakin teruk dan sentiasa berlaku.

Pesalah yang disyaki membunuh bayi akan dikenakan hukuman gantung sampai mati di bawah Seksyen 302 kanun keseksaan. Manakala bagi cubaan membunuh akan disiasat di bawah seksyen 307 kanun sama yang boleh membawa kepada hukuman penjara maksimun selama 20 tahun.

Saya amat bersetuju dengan pengadilan ini kerana bayi yang tidak bersalah dibuangnya macam sampah sedangkan Allah telah menjadikannya sebagai anugerah untuk manusia. Manusia yang berhati binatang ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja sedangkan bayi yang baru hendak kenal dunia ini mati kerana perbuatan jahat manusia.

Dikatakan setiap hari berlaku kes2 buang bayi dalam Malaysia. Apakah kerana undang-undang yang sedia ada tidak mampu untuk menginsafkan manusia ini. Sebelum ini kes buang bayi disiasat mengikut seksyen 31 akta kanak-kanak yang blh dihukum maksimun hanya RM20k sahaja atau penjara sehingga 10 tahun ataupun kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.

Lihatlah kawan-kawan semua gambar di bawah ini, adakah kita hanya mampu melihat sahaja? semoga Allah menempatkan bayi2 ini di syurga yang hakiki:






Hapuskan pembuangan bayi!!!!!!

-Bayi yang baru lahir umpama kain putih yang terbentang, kitalah yang mencorakkannya.
-Sungguh, bayi itu suci dan tidak berdosa.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Ping site Hypersmash.com