Wednesday, August 18, 2010

Azmil pelakon Ali Setan kini berubah.

Nama sebenar beliau adalah Mohd. Azmil Datuk Mustapha kini telah berusia 58 tahun. Beliau pernah melakonkan beberapa filem iaitu Mekanik, seperti katak bawah tempurung, mayat reput di tepi jalan dan bapak tiriku seorang pondan serta yang paling popular bagi beliau dan masyarakat ialah filem Ali Setan pada tahun 80-an dulu. Penampilan terakhirnya pula sebagai Pengiran Demak dalam filem Puteri Gunung Ledang.

Apa yang menarik tentang beliau kini begitu banyak perubahan pada dirinya, kini beliau menjadi penceramah agama yakni penceramah bebas juga kini sudah digelar sebagai seorang ustaz. Beliau juga telah ke Syria untuk mempelajari Bahasa Arab dan mendalami ilmu agama.

Beberapa gambar di bawah menunjukkan perubahan beliau diwaktu dulu dan kini :

Ketika beliau(tengah) dan para pelakon yang lain di masa 80-an.


Beliau kini.....

Tahniah! Ustaz Azmil, sejuk mata melihat beliau ketika berjubah seolah-olah ada Nur di wajah beliau. Semoga beliau dan keluarga beliau dicucuri Rahmat oleh Allah S.W.T.Amin..

4 comments:

Abhamz said...

salam, beliau mengubah cara hidupnya 100% dan tidak terlibat langsung dgn dunia lakonan lagi adalah keputusan yg tepat, krn ada juga artis yg telah sedar ttp masih berlakon nampaknya kesedaran tersebut semakin pudar....

najib said...

salam,beliau azmil sudah mendapat hidayahnya,kiter biler lagi nak berubah eh

feyus said...

Thanks najib dan abhamz, kita tak tahulah bila nak berubah... bukan senang nk mengubah diri sendiri apatah lagi nk mengubah org lain. huhuhuhu.

Tomato Gurl's Life said...

Alhamdulillah suke tengok ustaz azmil :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Ping site Hypersmash.com