Friday, December 26, 2014

Sayu Dan Gementar Bila Baca Dan Dengar: Rayuan Dan Rintihan Penduduk Yang Terjejas Banjir Kelantan

Terkejut, Sayu, sedih dan hiba bila mendengar rayuan-rayuan ini. Di ketika ini, mereka mengharapkan bantuan dari mana-mana pihak untuk membantu dari segi makanan, pemindahan, pakaian dan sebagainya supaya tidak mendatangkan lebih bahaya dan kelaparan.


Berikut adalah beberapa rintihan yang dapat disampaikan dan dikongsikan bersama, kemungkinan mereka diketika ini masih mengharapkan bantuan-bantuan ini. Jika berkesempatan, bantulah ditempat-tempat mereka sebutkan ini:

Bismillah.

Sekarang generator sudah kehabisan minyak. Seluruh hospital bergelap, lampu kecemasan menyala di sesetengah bilik. Tadi kami intubate baby dalam gelap...SpO2 drop sampai 18, bradycardia, Anaest specialist sendiri datang menyelamatkn keadaan. Pesakit icu dan ccu bernafas dengan mesin yang dijana kuasa bateri. Kalau bekalan tak pulih, kami akan bergilir2 manual bagging ...sampai..?


Minyak diesel utk generator dijanjikan sampai pkul 8.30 malam. Akan dihantar dengan helikopter. Masalah yg sedang dibincangkan; kami gelap gelita, flare gun tak ada, we need lights to show them where we are.

Kuala Krai has become a huge river, and our hospital is one of the few islands, which unfortunately doesnt glow in the dark.

Petang tadi kami semua excited. Helikopter datang with all the pomp, flair and machismo of Hollywood action movies. Everyone - who could make it, were out in the parking lot, waving, taking photos, wiping tears of joy, finally we were going to be saved. But were we? NO.They weren't able to land. No space wide enough. No heli pad (duh of course). The rotor whirled so hard water splashed from the flooded area, debris flew up, and they said the roofs would detach if the heli came closer. The only way to rescue patients is by hoisting them up, airlift them - like in the movies. From the boats, or from a clearing very near the water edge.We're talking about ill patients here. Yang bernafas dengan mesin, bayi2 baru lahir, orang tua patah tulang.

Mereka pergi. They departed and left us wondering. Kami terpinga2.Kemudian kami diarahkan utk bersedia semula utk evacuation. Able bodied patients, those few who are well enough to do a Schwarzenegger up a helicopter, were rounded up. Kami keluar ramai2 dan menunggu - tak tahu tunggu apa.Helikopter berlegar2...dan tidak menghantar apa2. Kenderaan amfibia milik bomba datang. Kemudian ia pergi semula. Matron mengumumkan "tak jadi pindah, sila pulang ke wad masing2." Dan kerana lif tidak berfungsi (menggunakan lif dalam keadaan elektrik on-off begini pun adalah tindakan amat bahaya), pesakit2 ini beramai2 mengheret badan menaiki tangga.Kami kecewa. Kecewa, dan takut.

Seorang kanak2 bertanya bapanya, as he saw the amphibian vehicle left us..deserted us."Abah, bakpo diorg datang?"Entah. Kenapa kalian datang? Pusing2, tengok2 keadaan, kemudian bye bye good luck?Kami dengar khabar ada pasukan bantuan di Pejabat Tanah, di Wisma. Kami dengar khabar kanak2 yg berlindung di SMKSYP tak ada makanan. Kami dengar khabar kampung2 masih terpisah drpd bantuan kerana 'arus deras, tak cukup bot, bahaya'.Khabarnya minyak diesel utk generator akan sampai sekejap lagi. Kami menunggu. Khabarnya persediaan sedang dibuat utk memindahkan pesakit, for real this time. Kami menunggu.Seorang doktor tentera (SATU-SATUNYA PIHAK LUAR YANG BARU SAMPAI SETAKAT INI) baru tiba, dan kami harap ketibaannya will mean a difference.Kami menunggu.

Mak ayah dan adik2 saya masih terperangkap entah atas bukit mana di Kuala Nal. Orang2 kampung Kuala Nal bertarung nyawa dengan arus deras, rumah2 telah hanyut. Bagaimana dengan orang Kampung Bahagia, orang2 di kampung2 seberang Sg Kelantan? Saya tak tahu apa nak dibuat.

Khabarnya pagi tadi tv menyiarkan isu perkahwinan semasa banjir.SHAME ON YOU, MALAYSIA. SHAME ON YOU.

Kami menunggu.Dr adibah. Mo HKK. Papisma.Hosp Kuala Krai
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------





















1 comment:

Anonymous said...

weh...najib mane? najib samdol..tak layak jadi pm,baik ko letak jawatan je..bole ko pegi main golf time2 macam ni..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Ping site Hypersmash.com