Monday, September 5, 2011

Kemalangan Jalan Raya Yang Sempat Kami Rakam Gambar

Tarikh pada 3/9/2011 (Sabtu) semalam, adalah hari dimana satu hari peristiwa dalam keluarga bagi majlis menyambut menantu buat perkahwinan adik perempuanku.

Bertolak dari rumah orang tuaku pada jam 12 tgh. Dalam 4 buah kereta bertolak secara serentak dari Kuala Terengganu ke Alor Lintah,Besut Terengganu.
Sambil menyambut Raya yang ke 5, amatlah membimbangkan aku apabila memandu, apa tidaknya kereta amat banyak dan laju2 ditambah pula dengan jalan yang sempit menyukarkan sedikit perjalanan dan berisiko tinggi.

Alhamdulillah, selamat perjalanan kami semasa pergi kerumah menantu orang tuaku. Segalanya berjalan dengan lancar dan baik majlis kami. Selesai semua dalam waktu selepas asar, kami pun bertolak balik ke kampung orang tuaku semula.. Alhamdulillah, selamat semuanya dan sempat pula kami membeli keropok lekor di tengah-tengah jalan.
Akan tetapi sepanjang perjalanan pulang kami pada jam lebih kurang 6 ptg, ada satu kemalangan ngeri yang sempat kami rakam gambar kemalangan tersebut.


Jalan menjadi sesak dan berbunyi siren ambulans yang menuju ke tempat kejadian. Kejadian berlaku dijalan setiu. Kami tidak dapat bayangkan kereta yang jatuh gaung dan tersasar lebih kurang 200 meter dari jalan raya. Aku tidak dapat bayangkan bagaimana nasib penumpang dan pemandu kereta jenis proton wira ini.


Dalam tempat sama juga disebelah kanan jalan pula terdapat lagi sebuah kereta kancil terbalik dan terlihat beberapa orang cedera di bahu jalan. kereta ni juga kami sempat rakam, dalam bulatan merah dalam gambar adalah sebuah kereta perodua kancil.



Situasi ini sangat menyayat hati lebih-lebih lagi mengenangkan nasib mereka yang berada dalam kedua kereta tersebut.

Semoga mereka dilindungi Allah dan menyembuhkan kecederaan mereka.

Semoga ia menjadi iktibar buat kita semua. Ingatlah orang yang tersayang dan berhati-hatilah ketika memandu dijalan raya.

2 comments:

Unknown said...

ooooo org treganu ke..la haiii sekapal la kite yerk..Alhamdulillah selamat perjalanan awak sekeluarga..

fairus said...

ALAMAK... SIAP TERBALIK TU.. MESTI LAJU... HATI2LAH SEMASA MEMANDU... INGATAN UNTUK DIRI SENDIRI JUGA...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Ping site Hypersmash.com