Tuesday, May 24, 2011

Video Puting beliung di Amerika,116 orang terkorban

Sedang negara kita ditakuti mengalami musim kejadian tanah runtuh..dalam masa yang sama juga Kejadian bencana alam puting beliung telah berlaku di Joplin,Missouri pada 22 mei lalu, Amerika Syarikat yang sudah mengorbankan seramai 116 orang semalam. Kejadian yang berlaku ini amat tragis dan mengemparkan seluruh dunia hari ini.

Yap, kuasa Allah mengatasi segalanya..manusia tidak mampu untuk melawannya. Kita hanya berserah dan berdoa.

Lepas satu-satu bencana berlaku didunia ini. Adakah kerana sikap kerakusan manusia itu sendiri?

Semoga bencana besar ini memberi banyak keinsafan kepada kita tentang kekuasaan Allah S.W.T. Jika Allah menghendaki sesuatu kejadian itu berlaku, maka ia akan terus berlaku tanpa lengah-lengah dan tertangguh.

Lihatlah video ini,bermula puting beliung terbentuk lalu menghancurkan segalanya. rumah,pokok,kereta,bangunan dan segalanya hancur dan menjadikan semua tempat yang dilanda puting beliung ini sudah menjadi padang jarak padang terkukur. Kejadian berlaku hanya sekelip mata sahaja.

Mari kita sama-sama saksikan kejadian yang baru berlaku 2 hari lepas.



3 comments:

Unknown said...

serammnyer...cemaner le kalau pat kite..huhuhuhu

ANDAIANNYA said...

Huh..baru sikit je 2..belum lagi Allah gegarkan satu dunia...kalo dah gegarkan 1 dunia maknenye kiamat la kan....aaaaaa...amalan xcukup lg ni

hanna said...

memang tak boleh nak bayangkan jika bala semua ni terjadi di Malaysia..
~crookedteeth

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Ping site Hypersmash.com