Tuesday, May 31, 2011

Berkenaan blog hina Islam, Bloggers sila baca ini....

Atas nasihat dan pandangan seorang sahabat saya semalam benar-benar menginsafkan saya. Apakan tidak, berkenaan dengan post saya sebelum ini iaitu : "pihak polis, tolong tangkap blogger ini"pada 24 mei lalu, telah mendapat perhatian salah seorang sahabat baik.

Sebenarnya perkara ini secara tidak sengaja, niat untuk membasmi blog-blog yang cuba mempermainkan agama Islam yang suci, Tapi bagi pandangan sabahat saya ini telah merungkai sebaliknya. Dalam post saya tersebut sebelum ini pernah saya print screen kan gambar kaabah yang dicaci oleh blog hina Islam kedalam post saya. Gambar tersebut sangat-sangat hina dan boleh menjejaskan akidah umat Islam jika dibaca.

Atas dasar mengambil kira pandangan sahabat saya itu, beliau mengatakan tidak perlu kita letakkan gambar dari blog hina islam itu dan tidak perlu untuk kita meletakkan link ke blog tersebut kerana dikuathiri seolah-seolah kita telah mempromosikan blognya dan minta orang lain baca blog tersebut sekali gus menganggap kita telah bersekongkol membantu blog hina Islam. Apa salahnya kita hanya adukan sahaja kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk mengambil tindakan, tidak perlu kita menghangatkan lagi ke dalam post-post blogger. AstafirullahAlazimm...

Aku mula berfikir tentang pandangan tersebut, lepas itu barulah aku sedar ada betulnya cakap member aku tu..lalu aku telah delete gambar dan link ke blognya dan hanya bercerita sahaja dalam post aku tu.

Dengan itu, aku berharap juga blogger-blogger yang lain supaya terus menghentikan membuat post berserta dengan gambar dari blog hina Islam dan link ke blognya. Jika kita fikirkan gambar yang dimasukkan ke dalam post adalah berasingan link. Bila orang search menggunakan google atau yahoo dalam kategori image, ia akan hanya memaparkan gambar sahaja. Jika gambar tersebut tidak dihitamkan atau menutup, ia boleh mengundang pembaca akan hanya membaca yang negatif tentang islam.

Apa yang aku lihat sekarang ini ramai blogger yang sudah membuat post beserta dengan gambar. Oleh sebab itu atas dasar jalinan mesra dengan blogger lain mohon sekali lagi kita bersama-sama membasmi blog hina Islam ini dengan cara tidak mempromosikannya blognya dan semoga blog kita juga diberkati oleh Allah dalam setiap post yang kita lakukan.

Apapun ini hanyalah pandangan yang aku luahkan sahaja, tidak berniat untuk memaksa blogger lain untuk melakukan seperti yang dinyatakan dalam post ini. Blog korang adalah hak korang, tetapi berhati-hatilah dalam membuat sesuatu post kerana ia sangat-sangat sensitif.

5 comments:

Unknown said...

yer looo...nanti cik sue ikut buat jagk hapuskan n3 tersebut..huhuhu mekasihh

burst said...

dorang lagi suka kalau kita hebohkan pasal blog dorang.... betterway lapor pada pihak berkuasa saja....

aiEz said...

betul tu,elok blog yg menghina Islam sebegini jangan dipromosikan lagi,sebab boleh menaikkan trafik keblog mereka..lagi banyak kritikan dan hinaanbg blogger tu suka sebab dapat banyak komen dan trafik yg tinggi..cuma biarkan,mereka tahu takkan ada yg nak masuk lagi ke blog mereka,dan sendiri akan bosan..

eva said...

agree! saya da dgr jugak.. sampai kwn bg kat link.. tgk imbas2 jer.. lps tu pkr.. lagi kta promosi blog dia.. makin dia suka lagi dia post byk2.. tu yang dia nak.. ckp ngn kwn.. biar lah.. takyah nak tunjuk geram atau marah.. sedih benda ni jadi..

Kama Irahsa said...

lg satu, slalu perasan yg rmai org suke share teori2 konspirasi yg ntah dr mane sumbernya. apatah lg dlm teori2 tu byk fakta2 yg slh dan diragui kesahihannya.

igt x psl rahsia di sebalik simbol dlm microsoft word tu? terang2 slh.. org yg xcheck pulak sebarkn konon ats dasar nk membela islam. isk..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Ping site Hypersmash.com