Ini adalah sebahagian ucapan PM :
Kerajaan tidak takut dengan pandangan penulis blog, sebaliknya mahu menjadi rakan blogger kerana pandangan mereka diperlukan, termasuk kritikan membina untuk bersama-sama membentuk masa depan lebih baik untuk negara dan rakyat.
“Bagaimanapun, harus ada batas supaya tidak menggunakan ruang siber untuk menipu atau menyatakan separuh kebenaran. Justeru, mesti ada batasan. "
“Jika anda bekerja dalam lingkungan berkenaan (menulis atau memberitahu perkara yang benar dan betul), saya percaya blogger akan memainkan peranan amat penting dalam membentuk masa depan lebih baik untuk Malaysia dan ASEAN,”
“Ada kira-kira 10.1 juta pengguna Facebook di Malaysia ketika ini, malah 500,000 blog sudah wujud sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) pada Mac 2003, iaitu sebelum Tun Dr Mahathir memulakan blog beliau yang kini menarik lebih 30 juta pelawat,”
"Aktiviti blog di Malaysia ialah antara yang paling rancak serta bebas di dunia dan pentadbiran negara kepemimpinannya memberi sepenuh komitmen untuk meneruskan janji Dr Mahathir ketika menjadi Perdana Menteri dan membangunkan Koridor Raya Multimedia (MSC) bahawa Malaysia tidak akan menapis Internet. "
sumber : Berita Harian.
2 comments:
Bagus2..thanks for sharing feyus..Memang seharusnya kerajaan menggunakan platform alam siber nie untuk mendengar luahan hati rakyat..Memudahkan rakyat untuk menyalurkan pandangan,pendapat dan kritikan yang membina kepada kerajaan..
JOM JOIN BLOGLIST BLOG JAMAL
thx for share..
drop by baca entry ini dan menabung...
sama2 menabung...
Post a Comment