Friday, April 29, 2011

Sejarah Pembinaan Mekah Part 1-5

Mekah... dibina sejak zaman Nabi Ibrahim A.S setelah menerima perintah dari Allah supaya meninggalkan anaknya Nabi Ismail A.S dan Isterinya Siti Hajar di sebuah gurun yang gersang dan kering kontang.

Ketika kehabisan air, Nabi Ismail A.S ketika itu masih bayi menangis-nangis meminta susu. Siti Hajar sangat gelisah ketika waktu itu dan Siti Hajar terpaksa berlari-lari anak sebanyak 7 kali dari bukit Safar hinggalah ke Bukit Marwah.

Dalam kekalutan itu, Nabi Ismail menangis-nangis sambil menghentak kakinya dan dengan izin Allah, terkeluarlah air mata air dan Siti Hajar dan anaknya Nabi Ismail pun begitu bersyukur dengan kurniaan Allah dan sejak dari itu mereka tidak lagi kelaparan dan kehausan.Nabi Ibrahim kemudiannya datang kembali mendapatkan keluarganya dan mereka hidup dengan bahagia sekali. Sehingga kini Air mata tersebut tidak pernah kering dan dibuat telaga yang dinamakan telaga ZamZam. Dan Allah telah memberikan rezeki yang mana bumi Mekah hidup subur dan aman.


Kemudian ramailah pedagang-pedangang dan kabilah-kabilah datang berhenti rehat di Mekah, lalu mereka membuat penempatan baru di situ. penempatan baru ini dinamakan Kota Mekah. Nabi Ibrahim bersama anaknya Nabi Ismail kemudiannya membina Kaabah.

Kita juga sedia maklum yang Nabi Muhammad S.A.W juga dilahirkan di Mekah. Begitu banyak kisah suka dan duka para Nabi kita dalam menegakkan siar agama Islam keseluruh dunia dan umatnya.

Sehingga kini, Islam tersebar meluas keseluruh pelusuk dunia. Dan bumi Mekah sentiasa dilawati bilion manusia dari pelbagai negara disatukan dalam satu agama. Terutamanya ketika ketibaan musim Haji. Alhamdulillah.

Di sini aku sediakan 5 video sejarah perkembangan Bumi Mekah yang dimuatnaik oleh ymtameez : Saksikan...

Video 1



Video 2




Video 3





Video 4





Video 5



Allah Maha Besar atas segala sesuatu....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Ping site Hypersmash.com