Thursday, April 7, 2011

Berhati2..Telur ayam pun ada yang tiruan

Ohh!!!, terkejut aku bila membaca berita dari Kosmo (bahagian Negara) hari ni. Berkenaan dengan telur ayam tiruan.

Inilah kerja manusia apabila mahukan keuntungan keterlaluan. Telur ayam pun dibuatnya tiruan. Kesian kat ayam-ayam. Telur tiruan ini ditemui di Georgetown, P. Pinang yang menyerupai telur ayam gred A dan dikatakan mengandungi bahan kimia berlebihan.

Pendedahan ini juga telah dibuat oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP).

Aku ringkaskan ciri-ciri telur ayam ini :

- Ia menyerupai telur ayam gred A (Ia agak lebih besar daripada telur biasa)
- Ia diperbuat daripada lilin parafin dan kalsium karbonat
- Kuning telur dan putih telur tiruan itu pula dihasilkan menggunakan natrium alginat, alum,
gelatin, asid benzoik, kalsium klorida serta air dan pewarna lemon.

Kesan jika memakannya :
-Boleh menyebabkan gangguan kadar metabolisme dalam badan, hati dan otak jika dimakan
pada kadar yang kerap.

*Berhati-hatilah dalam membeli telur ye? Jika ada telur sebegini terus laporkan kepada pihak yang berkenaan ye. Jangan dibiarkan perkara ini tersebar. Bahaya untuk kesihatan kita dan keluarga.

sumber : kosmo

5 comments:

! Sam Posmen ! said...

memang salute la pencipta telur ayam tiruan tu. cool

tapi pada masa sama memang sial. hanya mementingkan diri sendiri

Encik Ketam said...

Ayam tiruan ada dah (lorong hj.taib), ni telur tiruan pulokk..

YUL said...

tu la pasal, macam2, telur pon ada tiruan jugak eh -.-

Sharinginfoz said...

Risau betul sekarang ni, macam2 tiruan

Mr Paktam said...

dasyatnya cobaan zaman nihh..ada negara org mati tak dapat makan,tempat kita mati kerana banyak makan,banyak makan banyak penyakit le..tambah2 makan yang tiruan nihh,yang asli pun ada kesanya,tambah2 yang tiruan lagi la bertambah penyakit..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Ping site Hypersmash.com