Friday, November 12, 2010

Shamrin Kumpulan Fotograf Meninggal dunia.(Al-Fatihah).

Pagi ini terkejut aku bila membaca satu artikel yang menyatakan Shamrin ahli Fotograf yang terkenal dengan lagu-lagu hit seperti Di Alam Fana Cintamu, Ke Pintu Kasihmu juga Korban Cinta telah meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital. Kejadian berlaku ketika beliau rebah di padang bola,Di Kampung Baru lewat petang semalam.

Berita kematian Shamrin disahkan sendiri oleh rakannya Riot dari kumpulan Kool yang juga berada ditempat kejadian pada petang semalam (11.11.10).

Kematiannya adalah disebabkan terjatuh ketika bermain bola sepak dan dikatakan ia akibat komplikasi sakit jantung. Aku sangat meminati lagu-lagunya yang pernah mencapai kegemilangannya di era awal 90-an. Begitulah kehidupan manusia, tidak kira artis mahu sesiapapun, mati datang tidak kira masa. Ingatlah 5 perkara sebelum perginya 5 perkara.


Semoga Arwah Shamrin aman di sana dan marilah kita sama-sama sedekah surah Al-Fatihah. Semoga rohnya berada dikalangan orang-orang yang beriman.

1 comment:

therosputih said...

alfatihah buat arwah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Ping site Hypersmash.com