Monday, November 15, 2010

Selamat Hari Raya Aidiladha

Aidiladha adalah hari yang sangat mulia dan istimewa untuk memperingati sejarah Nabi Ibrahim yang begitu patuh arahan Allah S.W.T dan kesabaran anakandanya Nabi Ismail dalam kisah korban dan Haji.

Dalam bahasa Arab dipanggil Eid Ul-Adha. Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, 10 Zulhijjah juga merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.

Perayaan ini disambut dengan penyembelihan lembu, kambing, unta, kerbau atau lain yang halal juga dengan ibadat Haji di Mekah. Semoga Allah memberkati hidup kita dan Semoga para Haji mendapat haji yang Mabrur.Amin...

Di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha buat semua umat Islam dan pengunjung blog ini. Segala perbuatan salah tutur atau kata-kata yang tidak disengajakan mohon kemaafan.

Terimalah kad raya yang tak seberapa ni ye.:)

(klik gambar ini utk besarkan)

4 comments:

nur said...

selamat hari raya jugak
ALL IN ONE

Ahmad Tarmizi said...

Selamat ari raye..aidiladha :)

seriwangi said...

sama-sama menyambut hari raya aidil adha

zulhilmi tempoyak said...

Salam AidilAdha.

raikan dengan penuh rasa syukur. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Ping site Hypersmash.com