Thursday, November 11, 2010

Setahun lagi akan jadi 11/11/11

Perasan atau tidak, hari ini bertarikh 11/11/2010. Maka setahun akan datang ia akan jadi 11/11/2011. MMmmmm satu angka yang menarik. Aku baru sahaja cek dalam kalendar tentang tarikh yang mungkin sangat menarik apatah lagi 11/11/11 adalah hari Jumaat.

Aku dapat rasakan yang pada tarikh itu akan ramai yang ambil cuti kecuali Kedah, Kelantan dan Terengganu dah sememangnya cuti pada hari tersebut. Tarikh ini akan ada yang buat kenduri kendara dan majlis perkahwinan bagi mendapat satu sejarah yang cantik untuk diperingati di hari-hari mendatang.

Apapun, Jangan kita lupa, hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan di hari itu juga orang ramai akan memenuhi masjid-masjid untuk melakukan solat jemaah di tengahari.

Manusia sukakan benda-benda yang menarik dan indah. Tapi ia akan lebih indah jika ia dipenuhi dengan ibadat-ibadat kepada Allah S.W.T.

Apapun aku menulis ini hanyalah sekadar kongsi2 dan luahan. Hehehehehe...
Semoga hidup kita sentiasa diRahmati Allah S.W.T.
Amin...

3 comments:

alien said...

mungkin ramai akan bernikah pada tarikh itu

Anonymous said...

Yap, setuju tu alien...sebab ia jatuh hari sebelum cuti umum.

paih ujey said...

boleh kawin ni taun depan..
Visit paihujey.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Ping site Hypersmash.com