Thursday, November 4, 2010

Jasa ibu dan ayah tidak terbalas....

Hari ini aku nak luahkan sedikit perasaan, aku tidak tahu kenapa tiba-tiba aku rasa hendak menulis tentang mak ayah aku. Semalam aku teringatkan sewaktu aku kecil dahulu. Aku dijaga rapi oleh ibu dan ayah. Aku kini berjauhan dari ibu dan ayah. Aku kini di perantauan mencari rezeki untuk keluarga aku. Tapi dalam segenap dan bisikan kecil hatiku, aku ingin membawa ibuku kemari dan menjaganya pula seperti mana ibuku menjagaku diwaktu kecil hingga dewasa. Aku mengingatkan beberapa peristiwa yang x dapat aku lupakan sehingga kini. Sungguh jasa ibu dan ayah belum terbalas.

Pernah dahulu ketika kecil aku xcident sehinggakan ia melukakan kepala aku dan ibuku begitu tergaman melihat keadaanku. Lalu ibuku bersungguh2 membawa aku ke klinik dan kepala aku selamat dirawat. Waktu ini ayah aku kerja outstation, so, tugas diambil oleh ibuku sepenuhnya.

Pernah Ibuku menceritakan detik nak melahirkanku, ibuku menaiki land rover meredah jalan yang belum di tar lagi. Meredah hutan untuk sampai ke rumah arwah nenek dan land rover itu bergetar2 kerana jalan tidak sekata dan menyakitkan ibuku ketika itu tengah mengandungkanku.

Pernah Ayahku membeli pakaian sekolah dan peralatan menulis ketika mula menjejak kakiku ke alam persekolahan darjah 1. Sehinggalah segalanya lengkap untuk aku mencari ilmu dan sudah pandai berdikari.

Pernah Ibuku bersusah payah memasak dan menyediakan makanan untukku ketikamana aku lapar. Ibuku menyuapkan nasi ke mulutku dan juga adik beradik yang lain sehinggalah kami kenyang. Selepas kami kenyang baru ibuku kedapur untuk makan.

Pernah Ibu dan ayahku membawa aku ke tempat mengaji Al-Quran dan mendaftarkanku untuk mencari ilmu-ilmu agama supaya aku menjadi manusia yang berguna dan tidak lupa Tuhan.

Pernah ketika ayahku tiada duit krn akhir bulan pada masa itu, ibuku dan ayahku menahan lapar dan tidak makan, tetapi ibuku masih lg dapat memberi makan kepada aku dan juga adik beradik yang lain dan menyuap ke mulutku sehinggalah aku kenyang. Aku masih ingat lauk hanya telur goreng dan kicap, kekadang berlaukan ikan bilis sahaja tapi sungguh selera. Sedangkan, ibuku tidak makan ketika itu menahan lapar.

Pernah ibuku membalut lukaku ketika aku rebah akibat bermain-main dengan budak-budak lain dan terkena kaca di kaki. Ayah ku terus balik rumah dan menghantarku ke klinik dengan serta merta dan luka pulih dalam beberapa hari selepas itu.

Banyak lagi kisah suka duka bersama ibu dan ayah. Kalau difikirkan lagi, sungguh aku akan keluarkan airmata, kerana jasanya amatlah besar dari segala-segalanya.

ibu, ayah... aku cintakanmu. Sungguh jasa-jasamu tidak berbalas lagi.... aku mahu mendakap mu ibu dan ayah.

Ampunilah dosa-dosa kami adik beradik jika kami pernah melukai hati kamu. Aku mempunyai 7 orang adik beradik. Semuanya membesar dengan baik dan hampir semua sudah melalui alam pekerjaan.

Aku kini sudah mempunyai seorang anak. Aku dapat merasakan betapa susahnya menjadi bapa. Bayangkan, aku hanya ada seorang anak dah pernah rasa nak merungut tapi ayah dan ibuku mampu menjaga seramai 7 orang anak.
Gambar : Khas buat insan tersayang Ayah & Ibuku tersayang


Gambar Khas : kami adik beradik diwaktu dulu

Ya Allah, ampunilah dosa-dosa ibu dan ayah juga adik beradiku yang lain. Sungguh, hanya Engkau Ya Allah yang lebih mengetahui segalanya-galanya.

Aku dapat merasakan.......



"Jasa ibu dan ayah tidak terbalas....Begitu besar pengorbanan mereka."

Walaubagaimanapun, aku akan cuba sedaya upaya aku untuk membalas jasa-jasamu ibu ayahku tersayang...

"Syurga terletak dibawah tapak kaki ibu"
=Coretan pada : 4 November 2010=

3 comments:

Anonymous said...

sedihnya dan membuatkan saya teringat pada org tua saya yg mmg susah semasa membesarkan saya dgn adik2 yang lain .....

amin said...

trigt lakk kat makk yg sedang mnjalankan haji kt mekkah... doakan moga mak blk dengn jayanya..

LURZAN TAZA LIMAJ said...

sayu bace entry ni, rindu plak kt mak di mekah ;-(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Ping site Hypersmash.com