Mungkin korang akan terfikir yang gambar ini di edit atau dibuat-buat. Tapi hakikatnya kejadian ini benar2 berlaku dan telah dirakam oleh seorang jurufoto bernama Joe Orman pada tarikh 27 Disember 2008.
Kejadian pelik ini berlaku di Southern California. Apa yang menarik, batu ini seolah2 berbentuk simbol Hati yang tercantum hujung di bawah dan terpacak kukuh di situ. Ini adalah satu titik seimbang yang terpacak pada dasar di bawah (pada batu lain).
Dikatakan batu ini seberat 19kg dan mempunyai keseimbangan yang menarik sehingga ia mampu berdiri dengan berkaki tajam di bawah.
Jurufoto ini sangat terkejut dengan kejadian ini lalu merakam gambar tersebut ketika waktu petang kebetulan ketika berkunjung di sebuah kolam di Dana Point Marine Life Refuge, di pantai California Selatan.
Bagaimana dengan kita yang tidak terlintas difikiran akan kejadian ini? Mungkin simbol ini mahu mengajar kita supaya sentiasa bersifat kasih sayang antara satu sama lain, Bukan sampai kasih sayang menuju ke maksiat ek? jangan salah faham plak korang nih. Ini mungkin bermaksud sentiasa sayang pada kedua ibu bapa, suami isteri, atuk nenek dan anak2.
Apapun, ini menunjukkan kebesaran Allah S.W.T. Jika Allah mahukan sesuatu itu jadi, maka jadilah ia.
Fikir-fikirkan....
Sumber : watchonepiecepoint.com
diterjemah oleh : www.kesinambunganzaman.blogspot.com
6 comments:
wow! bertapa hebatnya makna cinta dan kasih sayang...
first time tengok gamba ni..
menakjubkan..
Menakjubkan....kejadian Tuhan...
amazing!!
takde orang nakal gi tolak ke? hahaha
hurm....
xde yg mustahiL...
Post a Comment