Sunday, October 10, 2010

10.10.10 Tarikh yang menjadi rebutan..

Hari dikatakan antara yang menjadi hari yang paling famous kerana numeric atau no pada tarikh hari ini dikatakan sangat cantik dan menarik apatah lagi ada yang mengatakan tarikh keramat sehingga ada yang sanggup menantikan tarikh tersebut untuk mengadakan pelbagai-bagai majlis atau kenduri untuk memperingati hari tersebut dimasa-masa akan datang.

Percayakah anda bahawa hari tersebut dikatakan sebilangan manusia bahawa hari yang sangat bertuah dan akan mencantikkan lagi kehidupan seseorang.

Aku percaya untuk 2011 akan ada orang akan membuat sesuatu pada 11.11.2011 dan untuk tahun 2012 pula orang akan menanti2 untuk tarikh 12.12.2012. Terfikirkah korang bagaimana plak dengan tahun 2013? kalau letak 13.13.2013 tak ke pelik tu....:)

Percayalah, aku dapat rasakan orang ramai akan tergesa2 mengejar untuk 12.12.2012 kerana dikatakan tarikh terakhir untuk menjanjikan sesuatu yang sgt menarik dalam kehidupan seseorang.

Akan tetapi hakikatnya, kita sememangnya tidak perlukan semua itu? Kerana Allah menjanjikan sesutau yang lebih menarik dari semua itu iaitu Di bulan Ramadhan, dalam bulan ramadhan pula ada satu hari yang sgt terbaik dari seribu bulan iaitu hari LailatulQadar.

Sila klik gambar di atas untuk besarkan lagi...nak dibuat sebagai wallpaper pun sila2kan ye. :)hehe

Sedarlah kita bahawa kita perlu menjalani kehidupan sebagai hamba Allah, bukan untuk hamba tarikh dan lain2. Semuanya dengan keizinan Allah dengan apa yang berlaku ke atas diri kita.

Percayalah, LailatulQadar adalah hari yang paling kita mencari2 pada hakikatnya kerana ia membawa pelbagai keistimewaan juga pada hari tersebutlah turunnya Malaikat ke bumi bagi menyaksikan setiap perilaku makhluk di atas muka bumi ini..

Semoga Allah merahmati dan memberkati kehidupan kita. Amin...

3 comments:

therosputih said...

sebab tu lah kita kena betulkan balik niat masing kan...

wanhairi said...

saya pilih lailatulqadar...

ken said...

nice date =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Ping site Hypersmash.com