Wednesday, September 1, 2010

Selain 5S, 4R juga perlu diamalkan...


Sesuai sangatlah kita lakukan 4 benda nih untuk persiapan hari raya khasnya. Tak raya pun blh buat jugak oiii... hehehe.

Apa bendala 4 R nih?Biasa dengar 5S je, tak pernah dengar pun..
Takpelah, aku pun baru je tau benda nih, itupun dari e-warga Fakulti Sains, UPM. Jom kita amalkan....

Reuse, Recycle, Reduce dan Respect!

Kita guna semula (reuse) apa-apa yang boleh dipakai semula contoh songkok yang masih baru lagi dan kita kitar semula (recycle) terutama barangan plastik, kertas, kaca dan logam yang pastinya telah memenuhi ruang dirumah atau tempat kerja kita.

Kita kurangkanlah (reduce) pengambilan gula ke, atau kurangkan berat badan, atau kurangkan isi di almari yang penuh dengan pakaian yang agak sayang nak dipakai tapi dah bertahun terperuk memenuhi ruangan tersebut.

Kita perlu rasa hormat (respect) termasuklah kepada diri kita, tetangga kita, keluarga kita, pemimpin kita dan negara kita. Apa yang tidak kurang pentingnya kita perlu Respect alam sekitar kita.

Untuk 4R perkara di atas ni adalah maksud contoh je untuk mudah difahami tau. Apapun bak kata Nabil Raja lawak : Lu fikirlah sendiri... hehehe.

Selamat beramal dan selamat mengemas rumah serta diri sendiri. :)

4 comments:

Abhamz said...

salam, boleh juge diamalkan tips2 tu bila raya ni bukan ape boleh jimat...

feyus said...

Betul tu Abhamz,mmg jimat dan menjimatkan...

wanhairi said...

ingt x 5s tu ape???

feyus said...

Yap, 5S pernah dihuraikan di blog ini. ini link dia :
http://kesinambunganzaman.blogspot.com/2010/03/apa-itu-5s.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Ping site Hypersmash.com