Sedar tak sedar kita sudah pun memasuki tahun yang ke - 53 kemerdekaan. Tahun ini kemerdekaan negara disambut di Stadium Putra Bukit Jalil dengan tema 1 Malaysia Menjana Transformasi.
Apa yang menarik sambutan kemerdekaan kali ini penuh dengan keunikan dan sejarah baru iaitu dengan menggunakan formasi cahaya serta imej yang menggambarkan semangat 1Malaysia. Wow!, tentu ia sangat menarik nih. Rugi tak tengok. :)
Kemerdekaan tahun ini juga berlaku pada bulan Ramadhan iaitu 31 ogos 2010 bersamaan dengan 21 Ramadhan 1431 Hijrah.
Sejarah kemerdekaan telah tercipta pada 31 ogos 1957 dengan laungan padu dan penuh dengan perasaan rakyat terdahulu. Sejarah terukir dengan darah tumpah pengorbanan datuk nenek kita terdahulu. Kemudian riang gembira tersemak disanubari rakyat Malaysia pabila Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah melaungkan MERDEKA!!! MERDEKA!!! MERDEKA!!!!MERDEKA!!!.
Selamat menyambut kemerdekaan kepada semua rakyat Malaysia. Akan tetapi perlu diingat, perjuangan kita belum selesai....
3 comments:
selamat menyambut hari merdeka ...
yahoo..besok cuti!!!!
esok merdekaaaa HAHAHH :DD
salam, merdeka ! merdeka! merdeka!
Post a Comment