Tuesday, April 20, 2010

Pening dengan masalah aset di jabatan...

Ushhhh... melihat aset di dalam bilik stor sangat2 memeningkan kepala, tindakan pertama mengadakan mesyuarat semua ahli jawatankuasa aset termasuk aku.
Barang-barang ni semua akan dilupuskan tetapi antara aset dan inventori perlu diasingkan terlebih dahulu.








Setelah pihak kami datang menjengah setiap bilik stor akhirnya kata putus diberikan hasil mesyuarat tak rasmi ajk aset yang diwakili.

1) Akan memanggil lori untuk membuang aset2 yg tidak berekod seperti kabel2, kertas2, kotak2, dan bermacam2 lagi...

2) Menyusun semula aset sebenar jabatan seperti komputer, scanner,printer,meja dan ohp serta lain2 yg lebih pada harga RM3000 ke atas.

3) Merekod kembali aset2 yang disusun untuk dilupuskan setelah diluluskan oleh pihak bendahari.

4) Menunggu keputusan dari jabatan bendahari Fakulti untuk dilupuskan.

5) Merancang untuk meletakkan server di bilik stor yg paling besar juga meletakkan HPC (high perfomance pc).

Itulah, gerak kerja akan dilakukan secepat mungkin setelah diluluskan dari ketua jabatan.

UShhh... boleh tahan juga jadi ajk aset nih.. Apapun buat ajelah. dah tugas kan:)selain membuat kerja tugasan hakiki.Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan baik selepas ini.

"Bersama Memacu Kecemerlangan" > beginilah tema bagi fakulti sains, tempat aku cari makan.

Apa yang paling penting ialah kerjasama (Team Work)

2 comments:

brat2104 said...

selamat menjadi ajk aset.. saya pon kena jaga aset panitia saya. sangat tension.. paling x boleh blah, stok bodo2 pon kena rekod. adeh..

kk said...

ye, selamat.:) InsyaAllah, kita sama2 mengatasi masalah ini. ni pun sebab audit nak datang.hehehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Ping site Hypersmash.com