Monday, April 19, 2010

Pagi-pagi dan keluarkan peluh.

Di sini hanya nak kongsikan critelah..

Al- Kisah, pagi td tgh2 on da way pi ke kerja terserempak seorang wanita yg nampak begitu gelisah sekali dengan kereta Myvinya nya tersadai di tepi jalan raya. Aku pun berhentilah bertanyakan apa masalah.

katanya tayarnya pancit..first time kene masalah mcm tu dan tak tahu camana nk tukar gantinya.

Aku pun nk pi kerja jugak, tp teringat dulu aku pun pernah di bantu oleh seseorg ketika minyak habis di tepi jalan. Tapi pakai motor masa tu. Adala insan yg tolong aku tanpa meminta pembalasan apa2. die menolak motorku dgn kakinya dan aku duduk atas mtrku. sampailah ke stesen minyak berdekatan, dlm 10 km jugak jauhnya dr tempat motor tak hidup.

Ya, kembali kita crite pg td.. lepas tu aku pun amiklah alat2 dlm keretanya dan menukar tayar yang pancit tu. Rosak dah akibat langgar lubang.
Aku amik masa hanya dalam 10 minit sahaja, aku dah berjaya gantikan tayar tersebut. Aku pun berkemas smula nk pi keje tapi tuan punya kereta tu nk bagi duit, dah siap hulur dah.. Tapi aku tak nak. Aku pun terdengar dari mulutnya selepas itu, hanya Allah yang akan membalas budi awak... Alhamdulillah, kata2 itu yg aku mahukan, itu sudah cukup bgku. Bukan nak tunjuk baik, tapi memikirkan aku pernah susah jugak dahulu tp org lain membantu tanpa meminta apa2. Lepas tu aku pergi kerja mcm biasa dan dia pun nk pi kerja mcm biasa juga.

Sampailah lewat aku tempat kerja td. Tp cool je walaupun berpeluh skit.hehehe.

3 comments:

Anonymous said...

bagus apa membantu. tapi kalau saya la kan, memang tolong tgok je la perempuan tu, sebab mmg x leh nak bantu tukar tayar pun.huhu.

tlg anto dia ke destinasi mungkin la boleh kot..:D

Maiyah said...

dpt pahala tu..

brat2104 said...

awak memang baik.. masih bujangkah? *wink*wink*

saya pernah tkar tayar masa bulan puasa.. rasa nak nangis je mula2.. sib baik la kawan dah penah buat, dia ajar, pastu buat la sama2..

tp, mcm best la plak.. tp xnak buat lagi dah.. sayang tayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Ping site Hypersmash.com