Wednesday, January 27, 2010

Dunia Semakin Panas....

Assalamualaikum..

Dunia oh dunia, sentiasa digamit pelbagai perkara yang tidak putus2 berlaku. Aku merasakan dunia semakin panas bukanlah kerana perubahan iklim dan cuaca semata-mata, akan tetapi pelbagai perkara dan masalah yang dibuat oleh tangan manusia sendiri.

Terlalu ramai manusia di muka bumi ini yang alpa tentang cara sebenar kehidupan di atas muka bumi ini yang diamanahkan oleh Allah S.W.T untuk menjaga sebaik-baiknya. Allah memerintahkan manusia menjadi khalifah di dunia ini. Memelihara bumi sebaik-baiknya. Manusia begitu cepat lupa akan perkara ini. Manusia sebaliknya terus menerus di hasut oleh syaitan dan iblis yg pernah berjanji untuk merosakkan manusia kerana dek iri hati dengan manusia yang dijadikan Allah daripada Tanah.



Manusia sentiasa memikirkan dimanakah hala tuju yang sebenarnya,manusia sentiasa tercari-cari tujuan hidupnya.Hakikatnya, manusia akhirnya tahu nafas terakhir akan menanti sekaligus menamatkan nyawa manusia yang hanya dipinjamkan pada kita daripada Allah. Oleh sebab itu, sesungguhnya demi masa manusia itu dalam kerugian.Marilah kita beramal dan beribadat untuk kita meneruskan kehidupan yang baik di akhirat sana. Sungguh jiwa manusia jika diberi pilihan samaada mahukan neraka ataupun Syurga...manusia sudah pasti akan memilih syurga yang penuh dengan kenikmatan. Nabi Muhammad S.A.W meninggalkan kita dengan dua perkara iaitu Al-Quran dan As-sunnah..mengapa kita tidak mengikutnya? itu sahajalah panduan hidup manusia yang sebenar-benarnya.

Kini, dimanakah akhlak baik kita? Sehingga ada yang sanggup melukis karikatur Nabi Muhammad dan Allah sehingga memburuk2kannya? Sehingga ada yang memburuk2kan isteri Rasulullah. Sehingga ada yg sanggup menghina mazhab2 Islam (kes Aduka Taruna). Sehingga ada yang sanggup membunuh keluarga sendiri. (Kes Rashidi di Kg Batan Rokan,Gemencheh,Tampin,N.Sembilan). Sehingga begitu banyak penangkapan khalwat semasa malam tahun baru. Sehingga ada yang sanggup melontarkan kepala babi di masjid-masjid. Sehingga ada cubaan membakar surau (rumah Allah). Sehingga ada yang sanggup menerima rasuah untuk kepentingan diri. Sehingga ada yang sanggup merompak dan meragut yg mengakibatkan nyawa mangsa melayan. Sehingga ramai pelacur-pelacur melacurkan diri dihotel-hotel. Sehingga ada orang yang namanya Islam,tetapi minum arak. Sehingga orang-orang yahudi cuba mengambil dan merampas tanah-tanah palestin. Sehingga begitu ramai rakyat Islam Palestin dibunuh dan dianiayai oleh orang yahudi Israel.

Terlalu banyak perkara-perkara yang dibuat oleh tangan manusia sendiri. Kenapa perkara ini berlaku?



Lupakah kita akan tagedi Tsunami dan gempa bumi di Haiti? Di Haiti sahaja dikatakan lebih 500 000 menjadi mangsa korban gempa bumi. Tsunami sudah tersedia maklum yang meragut begitu banyak nyawa manusia. Berfikirlah kita tentang kekuasaan Allah, Kita yang hidup ini sudah pasti tidak menjangkakan bilakah kita akan mati. Bila-bila masa sahaja mati akan tiba tanpa diduga.


Marilah semua kita sama2 bermuhasabah diri. Hayati dan bacalah Al-Quran dan sunnah Nabi Muhammad (pedoman kehidupan manusia).

Ingatlah kawan-kawan, kita hidup didunia ini hanyalah sementara waktu. Kepada Allah kita akan kembali.

Percayalah, Dunia akan menjadi sejuk kerana akhlak manusia yang baik.

3 comments:

A N A K - A N A K K U said...

sebab kiter semakin hampir ke "sana", sama ada kita sedar@ tidak, tp y penting berdoalah agar iman kita masih kukuh di dada sehingga smp waktunya....

Mak Su said...

ngeri tgk crita dr dunia barat... semakin bersemgt bercerita ttg kiamat, malaikat, ketuhanan, iblis... rasa2nya dorang yg terlebih2 takut bab dunia nak kiamat ni... tu dok sebok pesongkan akidah orang

FiDa@aMiDa said...

salam membalas kunjungan ziarah anda empoh hari..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Ping site Hypersmash.com