Tuesday, March 25, 2014

Kehilangan Dan Misteri MH370 Akhirnya Terjawab

Sedih, pilu dan hanya berserah kepada Allah S.W.T... dimana setelah 17 hari misteri pencarian kapal terbang MAS Malaysia Airlines akhirnya terjawab oleh Perdana Menteri yang mana pesawat MH370 telah berakhir di Lautan Hindi berhampiran darat di Perth, Australia dan telah disahkan juga oleh pihak syarikat dari Britain iaitu Inmarsat dan Bahagian Penyiasatan Nahas Udara United Kingdom (AAIB).

(gambar diatas mengenai kawasan penemuan beberapa serpihan dipercayai MH370 yang berjaya ditemui pihak Maritim Australia)

Berikut adalah ucapan dari Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib semalam:




PM NAJIB RAZAK’S PRESS STATEMENT ON MH370

24 MARCH 2014, 10PM

This evening I was briefed by representatives from the UK Air Accidents Investigation Branch (AAIB). They informed me that Inmarsat, the UK company that provided the satellite data which indicated the northern and southern corridors, has been performing further calculations on the data. Using a type of analysis never before used in an investigation of this sort, they have been able to shed more light on MH370’s flight path.

Based on their new analysis, Inmarsat and the AAIB have concluded that MH370 flew along the southern corridor, and that its last position was in the middle of the Indian Ocean, west of Perth.

This is a remote location, far from any possible landing sites. It is therefore with deep sadness and regret that I must inform you that, according to this new data, flight MH370 ended in the southern Indian Ocean.

We will be holding a press conference tomorrow with further details. In the meantime, we wanted to inform you of this new development at the earliest opportunity. We share this information out of a commitment to openness and respect for the families, two principles which have guided this investigation.

Malaysia Airlines have already spoken to the families of the passengers and crew to inform them of this development. For them, the past few weeks have been heartbreaking; I know this news must be harder still. I urge the media to respect their privacy, and to allow them the space they need at this difficult time.

ENDS


Berikut adalah Transkrip atau translation ke bahasa Melayu dari ucapan diatas:

Malam ini saya telah diberi taklimat oleh wakil Cawangan Siasatan Kemalangan Udara syarikat Air UK.
Mereka memaklumkan kepada saya bahawa Inmarsat, syarikat UK yang menyediakan data satelit yang memunjukkan koridor utara dan selatan, telah membuat kajian lebih teliti terhadap data berkenaan.
Dengan menggunakan pendekatan analisis yang tidak pernah digunakan dalam penyiasatan seumpama ini, mereka telah mendapat lebih banyak petunjuk mengenai laluan penerbangan MH370 itu.
Berdasarkan analisis terbaharu mereka, Inmarsat dan AAIB telah menyimpulkan bahawa MH370 telah melalui koridor selatan, dan kedudukan terakhirnya adalah di tengah-tengah Lautan Hindi, sebelah barat Perth.
Ini adalah lokasi yang terpencil, jauh dari mana-mana lapangan mendarat. Maka dengan dukacitanya saya memaklumkan kepada anda bahawa, berdasarkan data baru ini, penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi.
Kami akan mengadakan satu sidang akhbar esok dengan maklumat lebih lanjut. Dalam pada itu kami akan cuba sedaya upaya untuk memberikan perkembangan terkini.
Kami berkongsi maklumat ini berdasarkan dua prinsip yang dipegang sepanjang penyiasatan ini, iaitu komitmen untuk bersikap terbuka dan menghormati keluarga.
Malaysia Airlines sudah bercakap dengan keluarga penumpang dan anak kapal untuk memberitahu mereka mengenai perkembangan terbaru ini.
Bagi mereka, beberapa minggu lalu amat memeritkan. Saya tahu berita ini mesti lebih sukar diterima. Saya menggesa pihak media supaya menghormati privasi dan memberi ruang yang amat mereka perlukan pada waktu yang sukar ini.
Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada mangsa seramai 239 penumpang dan anak kapal dan Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa.

Walaubagaimanapun, usaha pencarian kotak hitam serpihan lain tetap diteruskan supaya kesudahan punca dan kenapa terjadinya sedemikian akan terungkai tidak lama lagi.
sumber : Awani Channel,ob21.net

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Ping site Hypersmash.com