Monday, December 23, 2013

Borang ONLINE Untuk BR1M 2014

Kini Heboh orang ramai yang berpendapatan bawah RM4K bagi ketua keluarga dan bagi ibu tunggal. Syarat-syarat :

Yang mana pendapatan bulanan keluarga bawah RM3K, warganegara Malaysia ATAU Warga Emas 60 tahun  ke atas yg tidak ditanggung sesiapa akan menerima bantuan sebanyak RM650.


Manakala bagi warganegara Malaysia, berpendapatan RM3K sehingga RM4K layak menerima bantuan sebanyak RM450.

Bagi syarat untuk Bujang juga ada disediakan iaitu Warganegara Malaysia, Berumur 21 tahun ke atas, Berpendapatan RM2K dan
ke bawah, Tidak mempunyai tanggungan, bukan pelajar IPT yang mana akan menerima juga bantuan baucer buku RM250. Mereka ini yang bujang akan menerima bantuan sebanyak RM300.

Bagi pemohon yang rasa berkelayakan boleh memohon secara atas talian (ONLINE) di :


Bagi yang nak guna cara secara manual kemudian hantar di mana-mana agen BR1M seperti di Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), Jabatan Pembangunan Persekutuan, Pejabat daerah dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Boleh muat turun borangnya di sini :


Perlu diingat tarikh dibuka adalah pada 23 Disember 2013 sehingga 31 Januari 2014.

sumber : hasil.gov.my

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Ping site Hypersmash.com