Wednesday, October 2, 2013

Rakaman Kamera Polis Dilanggar Warga Iran

Diharapkan kepada yang melanggar ini dapat diberikan hukuman yang setimpal kerana telah menyebabkan kematian seorang anggota Polis yang sedang menjalankan tugas demi keamanan negara.

Seorang anggota polis mati bila motosikalnya dirempuh kereta yg dipandu oleh warga Iran di Jalan Cenang,Langkawi. Kejadian berlaku di persimpangan Hotel Asenia, dan telah mengorbankan Konstabel Kalaichelvam.



Laporan kemalangan maut melibatkan anggota polis URB Matsirat Langkawi. Kons Kalaichelvam dan Kons. Hafiz di rempuh oleh sebuah kenderaan yang di pandu oleh pelancung Iran yang di syaki mabuk di persimpangan Hotel Asenia. Kons.

Hafiz sempat melompat dan mengalami kecederaan luar manakala
Kons. Kalai meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital. Ucapan takziah buat keluarga Mendiang Konstabel Kalaichelvam dan semoga cepat sembuh kepada Konstabel Hafiz URB Matsirat Langkawi.

Rakaman CCTV ini menunjukkan bagaimana kereta yang dipandu seorang warga Iran yang dikatakan
sedang mabuk merempuh Konstabel Kalaichelvam.



Mesej: " Jauhi dari minum Arak ". Bila Mabuk anda tidak dapat mengawal diri lagi. Sedar-sedar anda sudah melakukan jenayah dan maksiat yang boleh buatkan anda menyesal suatu masa nanti.

sumber : youtube Crew Fathi   

1 comment:

Anonymous said...

langkawi tu ramai melayu..xpayahla susah2 nak tarik pelancong luar nk buat ala2 bali..arak tu sah2 bw mudarat..xpasal2 nyawa polis tu melayang..rezki, untung suma bukan ditgn pelancong2 luar tu..haramkan arak dikedai sekitar chenang tu..peniaga melayu je ramai pun...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogger Tips And Tricks|Latest Tips For Bloggers Free Backlinks
Ping site Hypersmash.com